“Saya sentiasa bersukan dan bersenam, namun saya masih dalam kategori berat badan berlebihan, kalau tak bersenam dan diet lagi cepat berat badan naik."
Jom ilyaa share 5 SEBAB kita tak dapat menurunkan berat badan walaupun dah diet dan bersenam.
1) Metabolisma Rendah.
2) Selalu abaikan Sarapan Pagi.
3) Tidak Makan Sebelum Bersenam.
4) Diet Tapi Tak Komited
5) Kurang Minum Air Masak
Body kita memerlukan support. Senang je, Uollss perlukan COCO HOTZ untuk memudahkan proses penurunan berat badan. VISIT IG @bodydream.official now!!😍 Ilyaa nak kita sama-sama dapat kurus dan sihat tahun ni.
Ilya akan live dengan founder bodydream , Stay Tuned sebab Founder nak share macam-macam lagi Tips yang menarik untuk uollss.. CLICK LINK AT MY BIO AND JOIN TELEGRAM NOW 😍
📌ATTN : BODYDREAM PRODUCT TIDAK DIJUAL DI SHOPPE DAN LAZADA. DAPATKAN YANG ORIGINAL DARI HQ & AGENT YANG SAH.
@bodydream.official 📲 01116006418
#cocohotz #cocohotzhq #cocohotzofficial #bodydreamofficial #bodydreamhq #cocoslimming
同時也有2部Youtube影片,追蹤數超過38萬的網紅Bumi Ratu Channel,也在其Youtube影片中提到,Cara kurus dn kecutkan rahim dengan cepat melalui masakan dn treatment terbaik berpantang bonda kongsikan . . Sy masak kan ikan bawal putih dngn bahan...
「tips masak cepat」的推薦目錄:
- 關於tips masak cepat 在 Facebook 的精選貼文
- 關於tips masak cepat 在 Facebook 的最讚貼文
- 關於tips masak cepat 在 Najib Asaddok Facebook 的最佳解答
- 關於tips masak cepat 在 Bumi Ratu Channel Youtube 的最佳解答
- 關於tips masak cepat 在 Bumi Ratu Channel Youtube 的最讚貼文
- 關於tips masak cepat 在 Cara Masak Daging Agar Cepat Empuk | By ASLI Masako 的評價
- 關於tips masak cepat 在 TIPS MASAK CEPAT NASI LIWET 5 KG UNTUK 50 PORSI 的評價
tips masak cepat 在 Facebook 的最讚貼文
Bagaimana didik anak?
(LAPAN cara mudah mendidik anak, nombor TUJUH amat menakutkan)
Pembaca 1:
“Seronoknya tengok video Hamka dan anak anak, ada video raya, ada video muzakarah, ada taklim, bestnya, bagaimana nak didik anak macam tu Hamka?”
Pembaca 2:
“Saya cadang cik Hamka bagi tips didik anak-anak pulak. Isteri saya tengah mengandung. Tapi dia sekarang tengah HO, sangat limited masa untuk diri sendiri. Seharian dalam hospital saja. Jaga pesakit. Ada amalan yang susuai untuk didik anak? boleh share dengan kami, terima kasih”
Pembaca 3:
“Keluarga saya kosong, boleh cik hamka bagitahu bagaimana nak bermula dalam didik anak?”
Jawapan dari Hamka keretamayat.
Salam and solutions.
Anak saya masih kecik-kecik, yang sulung masih SPM, yang kecik OKU Autisme, jadi nak tulis dari segi pengalaman belum sempurna, tapi saya nak tulis juga tip-tips perihal jaga anak setakat yang saya telah amalkan sebagai nota kepada diri sendiri.
1.Mulakan beri nama yang baik baik, dan pendek sahaja.
Agak menyusahkan masa depan si anak jika nama anak panjang berjela, kesian anak korang bila waktu nak isi borang, ruang kotak tak muat, waktu exam terkial kial nak tulis nama, lepas tu bila nak kahwin, terkebil kebil Tok Kadi dan calon menantu nak sebut nama anak yang panjang gaban.
“Saya nikahkan dikau, Tuan Abdul Ahmad Rais Said Altonfok Tonfok Tun Kiai Berahim Bin Ammad Fuad Zambri Mamawee Al Tompek dengan Siti Ainun Bariah Putri Gusti Ledang Amani Kudus Binti Tun Doctor Datok Tuah Syeid Haji Abdul Malik Karim Abdullah dengan mas kahwin.., hargahhh, putus nafas! Semput.. semput!”
Ikut islam banyak nama pendek pendek jer, contoh: Nuh, luth, Adam, Isa, Ali, Umar, dan lain lain, kan senang? Nama anak perempuan saya sepatah jer, Najiha binti Hamka, habis cerita.., senang menantu nak akad lafaz nanti, woha!
2. Masih bab nama: Kalau boleh, bagi nama anak yang unik
Nama unik, maksud saya namanya tak terlalu ramai yang guna, ini dari segi psikologi, anak akan cepat terkenal kerana orang akan mudah ingat nama beliau, dan cerahlah masa depan insyallah, serta mudahlah beliau untuk takluk dunia, macam nama Hitler.., (contoh tak membantu)
Contoh nama saya, Hamka, kat sekolah, jarang sangat saya jumpa dengan orang nama Hamka, kalau jumpapun, tak hensem macam saya, saya tetap win- woha!, dan nama anak saya ada bernama Hazkil, sempena Nama Nabi terdahulu yang sezaman nabi Ibrahim, setakat ni saya tak jumpa nama anak kawan saya bernama Hazkil, dan saya panggil dia dengan nama manja “K”.., mungkin bila besar esok-esok, dia akan jadi Datok K, dapatlah saya menantu Tok Tie. woha!
3. Didik anak cara Sunnah.
Anak macam ‘sponge bob’, akan ‘menyerap’ semua kelakuan ibu bapa sebagai falsafah hidup, bapak yang solat di rumah sebelum PKP, anak juga akan ikut solat di rumah walaupun bila besar jadi ustaz, bapak yang tak solat, anak jugak akan sama tak solat walaupun bila besar jadi pemimpin parti so call islamic. Maka, untuk didik anak cara sunnah, mak bapak dulu kena amalkan sunnah, mak bapak masuk tandas tak tutup kepala, anak akan ikut.., (saya ler ni..oh) mak bapak hantar nenek ke rumah orang tua, anak juga akan hantar korang ke sana,oh..
Jadi, jaga sunnah dalam diri korang, sebab si anak sedang perhatikan korang.., lebih bagus dapat kita duduk dan muzakarah adab dan Sunnah dengan anak anak tiap kali lepas solat, saya buat ni sepanjang PKP dan berdoa semoga kefahaman anak anak bab Sunnah terus kekal dan berkembang.
Alhamdulillah
Secara ringkas, anak belajar dari pemerhatian, bermakna, jika kita ikut sunnah Nabi, maka senang anak nak ikut, jika kita KO, anakpun KO sama, (tertakluk pulak kepada kawan kawannya)
4. Jika ada orang menegur kesalahan anak kita, ucapkanlah terima kasih
Ni penting!, jika ada cikgu marah atau denda anak kita kerana kesalahan anak-anak kita, janganlah jadi seperti ibu bapa yang bangang yang mana akan pertahankan anak mereka dan marah pulak kepada cikgu yang cuba selamatkan masa depan anak kita.. Kenapa Mak bapak jenis tu saya panggil bangang?!
Cuba tengok kat sekolah, ada budak nakal, cikgupun pukul sikit, tapi mak bapak yang bangang terus serang cikgu tu tanpa usul periksa.., dan apa kesan pada anak, jadi bodoh sombong.., lepas tu cikgupun malas dah nak tegur anak mak bapak bangang, bila anak dah besar , dan jadi kurang ajar serta bodoh.., mak bapak pulak salahkan kerajaan, memang bengang!
Masa saya kecik, pernah ada jiran datang jumpa mak saya cakap saya ni nakal usik anak dia, mak saya terus ucap terima kasih, dan pukul saya depan jiran tu sampai jiran tu puas.., dan setiap kali ada orang mengadu kesalahan saya, itulah yang mak saya lakukan..
Tapi ada jugak jiran saya, bila mak saya mengadu anak dia nakal, dia marah pulak mak saya, katanya jangan sibuk jaga tepi kain orang, dan mak akupun dah tak mengadu lagi dengan jiran yang jenis sebgitu..
Sekarang, mak saya dan jiran saya tu pun dah arwah, dan saya tengok, anak jiran saya tu bila besar jadi penagih dadah.., (macam cerekarama, kan?)
Jadi ingat falsafah kereta mayat:
“jika ada orang menegur kesalahan kekasih kita, ucapkanlah terima kasih”
5 .Hidupkan suara Nabi di rumah.
Ini paling penting: Al quran dan Hadis bila dibacakan, akan mengeluarkan satu cahaya yang boleh menerangi hati si pembaca dengan syarat pembaca faham apa yang di baca dan sanggup mendengar dengan penuh rendah diri...
Kita rujuk kepada masyarakat Jahiliah di zaman nabi, masyarakat yang terkenal dengan kejahatan seperti bunuh anak perempuan hidup-hidup, minum arak dalam tengkorak berdarah, dan berjudi dengan membunuh wanita mengandung untuk teka jantina bayi.. serta lain lain maksiat..
Tapi bila mereka mendengar suara Nabi membaca Al quran dan hadith, maka satu cahaya nurani yang terang telah datang dan menerangi hati si pendengar sehingga meleleh air mata mereka keinsafan sehingga akhirnya mereka memeluk ugama islam dan bersolat tak jemu-jemu,
Maka kerana itulah para ulamak telah menggalakkan kita agar menghidupkan bacaan Hadith Nabi dirumah kerana apabila ‘Suara Nabi’ di dengarkan, maka ianya akan mengeluarkan satu cahaya yang boleh menerangi hati si pendengar dengan syarat si pendengar faham apa yang di dengar dan sanggup mendengar dengan penuh rendah diri...
Ilmu penting, kena belajar, tapi jika hati gelap.., maka takde kekuatan untuk amal ilmu kerana hati menjadi buta sehingga tidak nampak kelebihan dari perintah Allah...
Untuk itu, saya juga belajar-belajar menghidupkan ‘Suara Nabi’ (bacaan ta’alim) dirumahku pada setiap malam selepas isyak dan membacanya di hadapan anak dan isteri yang mana saya telah melihat hati mereka mulai terang dengan cahaya kerana mereka mulai menjadi isteri dan anak yang taat kepada Allah dan suami serta ayahnya..
Nikmat mana lagi yang lebih besar dari ditaati? Mana ada raja yang sanggup jadi Raja kepada rakyat yang tak nak taat?, mana korang sanggup jadi bos kepada pekerja yang asyik mogok..?, dan mana best jika jadi suami kepada anak dan isteri yang derhaka?
Best ke jadi Mak kepada Si Tanggang?
Untuk itu, Korang belilah kitab mutakhab Hadith karangan Maulana Yusof atau Fadhilat amal karangan Maulana Zakaria.., kumpul anak beranak, dan baca dengan gaya ustaz walaupun korang bukan ustaz, dan anak beranak kena dengar gaya pelajar walaupun mereka ustaz atau ustazah..
Baca hadith Nabi jika boleh ulang tiga kali.., tak perlu tafsir sebab dah ada tafsir kat bawah.., baca jer.., maka insyAllah.., ianya akan mengeluarkan satu cahaya yang boleh menerangi hati si pendengar dengan syarat si pendengar faham apa yang di dengar dan sanggup mendengar dengan penuh rendah diri...
Dan insyAllah, masyarakat jahilliyah yang bunuh anak hidup-hidup pun boleh jadi baik bila dengar ‘suara Nabi’.., apatah lagi anak anak kita yang tak pernah membunuh, kalau bunuhpun mungkin setakat bunuh cicak dan nyamuk.., apalah sangat..
6. Jangan tunggu 10 tahun baru nak pukul anak.
Ini tak boleh cerita terang terang, kena saman nanti, tapi pukul lah anak jika mereka buat silap. Ada hadith, rumah yang di gantung rotan untuk mengajar anak, dapat pahala, tu gantung, kalau pulul lagi banyak pahala. dan tak perlu saya cerita tahap pukulan yang macam mana, saya tahu korang semua bijak dan tak slow. Ingat pesan Lukman al hakim, anak perlu dipukul seperti kebun perlu di airi...
7.Jangan takutkan anak dengan hantu.
Bagitahu anak, orang tahap tinggi jer boleh jumpa alam ghaib, maka kena rasa seronok jika jumpa hantu! Andai malam malam ada bunyi pelik, pergi tegur dan siasat, dan selalu pasang niat nak jumpa hantu sebab nak berdakwah pada hantu, jika hantu muncul- selfie, moral: jangan takut hantu, takutlah Tuhan.
8.Setiap hari bermusyuarat.
Seronok sangat lepas solat subuh, musyuarat dimulakan dengan tazkirah ringkas dan minta laporan apa aktiviti di buat oleh anak semalam, jika salah kita tegur, jika bagus kita puji.
Jika waktu PKP, masa mesyuarat kita lantik siap siap untuk sepanjang hari siapa jadi Bilal?, siapa jadi Imam? Siapa ajar mengaji? Siapa siram pokok bunga? Siapa bagi tazkirah? Siapa buat muzakarah? Siapa tolong bonda masak atau Bagi makan kucing dan lain lain, dan esok kita mintak laporan balik bagaimana tugas dijalankan.
Begitulah yang saya buat.
Waktu free dia nak main game, tengok TV kea pa, saya biarkan sahaja. Kadang saya layan sama menonton untuk faham apa budak zaman sekarang suka. Kadang kami jongging sama sama dan makan berjamah dna banyak lagilah aktiviti, panjang jika nak cerita semua, boleh beli buku KISAH ANAK BINI atau KISAH LAKI BINi atau NGETEH DIKUBUR AYAH, atau KERANA DIA ANAK SYURGA untuk Nampak suasana keluarga kami-insyaAllah.
Jadi begitulah secara ringkas kisah keluarga kami, (nak panjang ken abaca buku, sempat promote, he he) Sungguh Anak ibarat kain putih, jangan tersilap conteng, nanti bila besar, andai korang berkulit putih, mereka akan menconteng arang ke muka mak bapak, dan andai korang hitam, mereka akan mencoteng muka mak bakak dengan kapur- woha!
Link video kami sedang bahagia, doakan kami bahagia sampai Syurga:
https://youtu.be/uprmEufYEwI
Ps: Kepada Anak anak, dah besar nanti tolong cover line ayah sikit yer-Woha!
tips masak cepat 在 Najib Asaddok Facebook 的最佳解答
Customer "Kekwat"!
.
Kenapa tak kejar? Sebab dah pasrah dan berserah plus malas nak layan bila jumpa 5 Jenis pelanggan ni??
.
-> http://najibasaddok.com/5-ragam-pelanggan-yang-usahawan-kena-tahu/
.
Ya.. Memang mereka ni "kekwat" sikit (banyak sebenarnya)..
.
Tapi kalau sales tak ada, tu bukan salah pelanggan.. Salah kita sebab kita tak bantu pelanggan selesaikan masalah dia..
.
'Habistu produk makanan mana boleh selesaikan masalah?'
.
Siapa cakap? Bab makanan ni lah yang jadi masalah.. Berjam-jam scroll food panda, grab food.. Last sekali rebus maggi jer lagi senang.. Tambah sikit cili dengan bawang... Lepastu pecah telur sebiji dalam tu.. Jangan masak sangat, biar dia cair-cair.. Perghhh.. lebih nikmat tu.. Betul ke betul?
.
Dah pelanggan lari sebab teringin makan maggi yang sedap giler ni.. Rugi..
.
Cer try Tips ni untuk korang atasi masalah closing/pelanggan lari tak kembali.. Okay gurau-gurau..
.
1. Tanya apa masalah pelanggan (mesti ada sebab dia PM kita)
.
2. Selesaikan dengan kelebihan/manfaat/kesan yang boleh bantu mereka dengan produk korang (JANGAN bagi isi kandungan produk!)
.
3. Bagi suggestion untuk pelanggan lebih mudah buat pilihan. ( Sesuaikan dengan masalah pelanggan)
.
Ni tips extra untuk korang buat sales lebih cepat
.
1. Buat by pakej
- Pakejkan produk korang supaya pelanggan beli lebih daripada satu.
- Pakej agar nampak lebih murah dan ada diskaun
- Pakej boleh tarik perhatian pelanggan
.
Cer try follow tips ni.. Semoga berjaya! Abaikan 5 perangai diorang.. Dan fight dengan 3 Tips ni!
.
#onlinekanbisnes
#naktarikpelanggan
#tarik10xpelanggan
#ORMnajibasaddok
tips masak cepat 在 Bumi Ratu Channel Youtube 的最佳解答
Cara kurus dn kecutkan rahim dengan cepat melalui masakan dn treatment terbaik berpantang bonda kongsikan
.
.
Sy masak kan ikan bawal putih dngn bahan yg sgt ringkas untuk disediakan khas untuk org berpantang.. nanti jangan lupa subscribe youtube "Bumi Ratu Channel" ada lagi yg sy kongsikan sebagai panduan ringkas untuk anak2 muda megenal apakah makanan dan sayuran yg paling terbaik untuk dimakan semasa berpantang..
tips masak cepat 在 Bumi Ratu Channel Youtube 的最讚貼文
Nak masak cuba buat ayam panggang sedap sgt cara ni ..
cuma bonda lupa bagi tau tambah sos tiram masa perap itu lagi sedap..
Bonda bagi tips elak kanser.. bonda ajar wanita elakan dr kena gila meroyan dlm pantang.. tapi ada juga tips lain lagi.. X sempat nak letak semua.. Bonda nak masak banyak hari ni sbb nak buat kenduri sambut awal muharram sambil jamu pekerja di rumah hutan .
(mereka ni sgt tekun kerja penat macam mana pun solat jemaah x pernah tinggal.. zikir dn tahajud ramai2).. Sy ni cepat sayang dgn org yg suka ibadah.. seronok sgt dekat org soleh dn baik2.
Jangan lupa Subscribe Channel Bonda & boleh follow bonda di Media Sosial yang lain :
FB PAGES Rozita Ibrahim
https://www.facebook.com/BondaRozita/
Instagram
https://www.instagram.com/bondarozitaibrahim
Ikuti kisah Bonda di blog
http://rozitaibrahim.com/
Dapatkan Produk Jamu Ratu Malaya melalui pengedar SAH kami :
FB PAGES Pengedar & Stokis
https://www.facebook.com/JRMHQ1/
tips masak cepat 在 TIPS MASAK CEPAT NASI LIWET 5 KG UNTUK 50 PORSI 的推薦與評價
2020 Des 22 - Bingung bagaimana caranya memasak NASI LIWET 5 kg dalam waktu cepat dan hasilnya mengembang? Cocok nih buat yang ada acara besar, ... ... <看更多>
tips masak cepat 在 Cara Masak Daging Agar Cepat Empuk | By ASLI Masako 的推薦與評價
Cara Masak Daging Agar Cepat Empuk ... keluarga belum? ... Rasa Sapi agar tambah lezat disetiap masakan. ... nanti di www.dapurumami.com ya, Moms! # ... ... <看更多>