SALAD TEMBIKAI
Untuk korang yang nak diet, jom try buat Salad Tembikai ni!
Bahan-bahan:
✅ 1/8 biji tembikai
✅ 1 pek salad campur
✅ 1 biji timun Jepun (dipotong kiub kecil)
✅ 1/2 cawan keju feta
✅ 10 helai daun pudina (dihiris)
✅ 1/2 cawan kacang walnut (dicincang)
Bahan-bahan (sos salad):
✅ 6 sudu besar minyak zaitun
✅ 6 sudu besar jus limau
✅ 3 sudu besar madu
✅ Garam
Cara-cara:
1. Bentukkan isi buah tembikai menjadi bentuk bebola.
2. Untuk sos salad, gaul minyak zaitun, jus limau, madu dan garam hingga sebati.
3. Di dalam mangkuk asing, masukkan salad campur, timun Jepun, bebola tembikai, daun pudina, keju feta dan sos salad. Gaul.
4. Tabur kacang walnut.
5. Salad Tembikai sudah siap!
KREDIT : SEISMIK MAKAN
#TeamCoachAnuar
#misikurusonline
#onlinecoaching
同時也有2部Youtube影片,追蹤數超過40萬的網紅David Teo,也在其Youtube影片中提到,Makanan yang membantu anda menyihatkan tubuh badan. Tonton video ini untuk mengetahui langkah memasak makanan yang sihat. Ingin Diet Selepas Raya? Ba...
「salad buah untuk diet」的推薦目錄:
- 關於salad buah untuk diet 在 Coach Anuar Facebook 的最讚貼文
- 關於salad buah untuk diet 在 Coach Anuar Facebook 的最佳解答
- 關於salad buah untuk diet 在 Menu & Resepi Diet Sihat Facebook 的最佳解答
- 關於salad buah untuk diet 在 David Teo Youtube 的最佳解答
- 關於salad buah untuk diet 在 SiS ViRAL Youtube 的最讚貼文
- 關於salad buah untuk diet 在 Resep Salad Buah untuk Menurunkan Berat Badan - YouTube 的評價
- 關於salad buah untuk diet 在 Keju parut sebanyak 25 gram Cara membuat Salad Buah 的評價
- 關於salad buah untuk diet 在 39 Aneka Salad untuk Diet ideas - Pinterest 的評價
salad buah untuk diet 在 Coach Anuar Facebook 的最佳解答
🔟 TIPS MENINGKATKAN METABOLISME BADAN
1⃣ MINUM AIR SECUKUPNYA
Anda mungkin biasa mendengar nasihat ini. Memang benar. Minum ikut keperluan berat bdn masing² spt yang disyorkan oleh pakar pemakanan sebenarnya membantu tubuh anda untuk berfungsi pada tahap yang optimum.
2⃣ TAMBAH SUPLEMEN KALSIUM KE DALAM DIET HARIAN ANDA
Kajian menunjukkan bahawa kekurangan kalsium di dalam tubuh mencetuskan hormon yang menyebabkan badan anda berpaut dengan lemak yang sebenarnya boleh dibakar.
Anda juga boleh mendapatkan kalsium dari susu rendah lemak, keju, dadih asli, ikan salmon, taufu dan oat.
3⃣ MAKAN SELANG MASA YANG KERAP, SMALL PORTION
Memakan snek dengan kerap dapat membantu. Sekiranya perut anda sudah mula memulas dan berbunyi, ia bermakna ia memerlukan ‘minyak/fuel’. Bukan minyak goreng ya!
Jika anda tidak makan, fungsi tubuh akan menurun dan anda mungkin akan memakan berlebihan pada waktu makan seterusnya.
Pilihlah snek yang mempunyai kandungan fiber dan protin yang tinggi seperti buah-buahan, kekacang, oat atau salad.
4⃣ TIDUR YANG CUKUP DAN BERKUALITI
Tidur sekurang-kurang 5 ke 6 jam setiap malam penting untuk mengekalkan metabolisme yang sihat.
Kekurangan tidur boleh mengganggu kebolehan tubuh untuk membakar kalori. (Tidur yang lebih juga tidak baik dan mempunyai kesan yang sama!)
Cuba kekalkan rutin tidur yang konsisten dan tidur dan bangun pada masa yang lebih kurang sama setiap hari.
5⃣ JANGAN STRESS
Stress meningkatkan jumlah kortisol di dalam tubuh.
Kortisol merupakan hormon yang memberitahu tubuh untuk menyimpan lemak sebagai persediaan sekiranya di dalam situasi yang bertekanan tinggi.
Melakukan senaman seperti yoga atau bermeditasi adalah contoh yang baik untuk membantu mengurangkan tekanan yang dihadapi.
6⃣ SINAR MENTARI BAIK UNTUK KESIHATAN DAN METABOLISM ANDA
Kajian menunjukkan bahawa menghabiskan masa yang lama di dalam persekitaran yang tertutup dan gelap mempunyai kesan fisiologi yang sama seperti apabila anda tidur atau menambahkan berat badan.
Waktu terbaik untuk berada di luar adalah di antara jam 11 pagi dan 3 petang.
Berehatlah sebentar dari tugas-tugas pejabat atau keluarlah dari rumah dan berjalan di luar
Share & Like. Tq
salad buah untuk diet 在 Menu & Resepi Diet Sihat Facebook 的最佳解答
7 𝙈𝘼𝙆𝘼𝙉𝘼𝙉 𝙄𝙉𝙄 𝘿𝘼𝙋𝘼𝙏 𝙈𝙀𝙈𝘽𝘼𝙉𝙏𝙐 𝙈𝙀𝙈𝙋𝙀𝙍𝘾𝙀𝙋𝘼𝙏𝙆𝘼𝙉 𝙋𝙀𝙉𝙐𝙍𝙐𝙉𝘼𝙉 𝘽𝙀𝙍𝘼𝙏 𝘽𝘼𝘿𝘼𝙉
𝟭. 𝗧𝗘𝗟𝗨𝗥
Sebuah kajian yang telah dijalankan ke atas 60 wanita yang obes membuktikan memakan telur untuk sarapan pagi lebih cepat mengurangkan berat badan berbanding roti bagel.
Bukan itu saja, saintis menemui bahawa hampir kesemua nutrien yang diperlukan oleh badan sudah pun terdapat dalam kuning telur.
Menurut penemuan baru tersebut, ia sama sekali menyingkirkan segala mitos yang mendakwa telur sebagai punca darah tinggi atau kegemukan.
𝟮. 𝗦𝗨𝗣
Apa saja jenis makanan yang mengandungi kandungan air tinggi, seperti sup, dapat mengurangkan pengambilan kalori berlebihan.
Saintis mendapati bahawa apa saja makanan yang dijadikan sup akan menjadikan makanan tersebut lebih cepat mengenyangkan. Hasilnya, kita akan makan dalam kuantiti yang kurang berbanding makanan biasa.
𝟯. 𝗔𝗩𝗢𝗖𝗔𝗗𝗢
Buah avokado adalah sejenis buah yang sangat unik.
Mana tidaknya, buah ini memiliki begitu banyak kandungan ‘lemak sihat’ seperti yang ditemukan dalam minyak zaitun.
Ini menjadikan buah avokado sebagai pelengkap terbaik dalam salad yang dapat mempercepatkan proses penurunan berat badan.
𝟰. 𝗖𝗨𝗞𝗔 𝗘𝗣𝗔𝗟
Pengambilan 15-30ml cuka epal atau ‘apple cider vinegar’ setiap hari membantu menurunkan sekurang-kurangnya 1.2-1.7 kg berat badan dalam masa 12 minggu.
Selain itu, cuka epal ini membantu menurunkan paras gula dalam badan, lalu menjadikan anda lebih sihat dalam jangka masa panjang.
Selain menambah ke dalam makanan atau salad, cara paling mudah mengambilnya adalah dengan mencampurkan cuka epal ini ke dalam air kosong untuk diminum.
𝟱. 𝗖𝗜𝗟𝗜
Berita baik untuk anda yang gemarkan makanan pedas!
Cili didapati mengandungi capsaicin yang dapat mengawal selera serta meningkatkan proses pembakaran lemak.
Buktinya, capsaicin juga menjadi salah satu ramuan dalam makanan menurunkan berat badan seperti suplemen diet.
𝟲.𝗬𝗢𝗚𝗨𝗥𝗧
Yogurt selalu dikaitkan dengan kesihatan perut. Namun, tahukah anda apa kaitannya dengan menurunkan berat badan?
Apabila perut anda sihat, ia dapat melindungi tubuh anda daripada merembeskan hormon leptin yang dipercayai menyebabkan obesiti.
Sebab itulah anda digalakkan memakan yogurt bagi yang sedang diet. Anda juga boleh menggantikan santan dalam masakan dengan yogurt sebagai alternatif yang lebih sihat.
Tapi, pastikan anda memilih yogurt kurang lemak atau kurang manis ya!
𝟳. 𝗕𝗨𝗔𝗛
Seperti yang kita tahu, semua jenis sayuran dan buah-buahan dapat membantu melawaskan sekaligus menjadi agen nyahtoksin yang baik untuk badan.
Dalam banyak-banyak sayuran dan buah-buahan, beberapa jenis yang telah dibuktikan secara saintifik adalah sayuran berdaun hijau, sayuran jenis kubis, buah oren, limau nipis, dan juga ‘grape fruit’.
Salah satu cara paling ‘simple’ untuk anda diet adalah dengan memerah limau nipis pada makanan anda seperti nasi berlauk atau mi goreng.
Selain itu, buatlah jus, ‘smoothies’, salad, tambahkan dalam masakan, atau makan begitu saja. Memang sedap kan?
Jika anda rasa posting ini memberi manfaat kepada anda... mohon SHARE dan TAG kawan-kawan anda untuk manfaat bersama.
salad buah untuk diet 在 David Teo Youtube 的最佳解答
Makanan yang membantu anda menyihatkan tubuh badan. Tonton video ini untuk mengetahui langkah memasak makanan yang sihat.
Ingin Diet Selepas Raya? Banana Soya Memang Berkesan #01
https://www.youtube.com/watch?v=hUFSW...
Tomato Bukan hanya sedap dimakan malah.... #02
https://www.youtube.com/watch?v=_XvjR...
Air Tradisional Cina Berkhasiat yang Melegakan Batuk #03
https://www.youtube.com/watch?v=IPfAV...
Nak Cepat Turun Berat Badan? Cubalah Resipi Salad Potato Ini! #04
https://www.youtube.com/watch?v=9787z...
Ingin Melegakan Sakit Tekak dan Batuk? Cubalah Oren Stim ini! #05
https://www.youtube.com/watch?v=vf2kA...
#InfoMudahSihat #Berkhasiat #KiwiTimun #MigMovie #FullMovie #Mig #MigPictures #DavidTeo #Metrowealth
Copyright By / Hakcipta Terpelihara : MIG Pictures.Sdn.Bhd
====================================================
Marketing and promotions please contact :
Email : ruby@metrowealth.com.my & jane@metrowealth.com.my
No phone : +603-7782-2299 (Monday to Friday | 9am to 6pm)
Subscribe Youtube Mangkin Pictures : https://www.youtube.com/channel/UClqm...
====================================================
Instagram : https://www.instagram.com/mangkinprestij
Facebook : https://www.facebook.com/migonline
SILA LIKE, COMMENT, SUBSCRIBE, & SHARE.

salad buah untuk diet 在 SiS ViRAL Youtube 的最讚貼文
Ramai wanita baik lelaki lupa atau abaikan makan ulam ulaman , sayur, buah, Salad.
Sebenarnya itu membantu untuk kesegaran kulit wajah dan badan kita yer.
Awet Muda tu dari dalam diet makanan kita . Salah makan salah lah jadinya.
Cuba mulakan amalkan dalam menu harian anda , percaya lah Korang akan hepi tengok wajah dan glowing

salad buah untuk diet 在 Keju parut sebanyak 25 gram Cara membuat Salad Buah 的推薦與評價
Cara Membuat Salad Buah untuk Diet, Enak dan Sederhana Bahan-bahan untuk membuat Salad Buah: - Melon sebanyak 200 gram - Anggur sebanyak 100 gram - Apel... ... <看更多>
salad buah untuk diet 在 39 Aneka Salad untuk Diet ideas - Pinterest 的推薦與評價
Resep Menu Utama, Spicy Potato Salad (Karibia), Salad Sayur Untuk Diet, ... Resep Hidangan Buah Pina Mango Salad, Resep Salad Untuk Diet, Club Masak Easy ... ... <看更多>
salad buah untuk diet 在 Resep Salad Buah untuk Menurunkan Berat Badan - YouTube 的推薦與評價
Meski sedang program diet, Bunda tentunya tetap harus menjaga asupan makanan dengan gizi seimbang. Salah satunya salad buah yang menyehatkan ... ... <看更多>