Salam hi semua! 🥰
Since ramai gila yang tanya Yana pakai skincare apa, so ni Yana nak share dengan korang, yang Yana guna @prettian.my 😊 Dan ini adalah review/perkongsian Yana secara peribadi, tidak dibayar atau diminta oleh sesiapa pun. Sebab benda bagus & berkesan untuk Yana, so Yana share dengan korang 🥰
.
Yang Yana pegang ni adalah Triple Oil Cleanser dia. And sumpah lillah this is the best cleanser yang Yana pernah guna! Since awal PKP masa bulan 3 hari tu, Yana start guna and Alhamdullilahhh dah hampir 7 bulan, Yana nampak perubahan yang sangat2 besar pada kulit Yana. Walaupun tidak lah se-flawless macam sesetengah orang yang takde masalah kulit, tapi kalu nak dibandingkan kulit dulu & kulit sekarang, memang sujud syukur tiap2 hari lah 😅 Sebab jerawat dah kurangggg almost takde, kulit makin sekata, tekstur makin bagus and muka macam glow2 gitu. Alhamdullilahhh 😭
.
Macam Yana, antara masalah kulit yang ada ada dulu adalah; jerawat, parut jerawat, kulit kusam, warna kulit tak sekata & texture kulit yang macam jalan tar 😂 Even apply make up pun, dia masih takleh cover. Punya la stress kulit teruk tuhan jelah yang tahu. Bertambah stress bila dalam family, Yana sorang je yang ada masalah kulit. Abang kakak semua kulit cantik 😭
.
Dan sepanjang kulit problem tu jugak, Yana guna produk yang sangat lah mahal. Beribu ringgit 😅 Tapi hasil dia tak nampak sangat. Maybe tak sesuai skincare tu dengan Yana. Tapi now bila Yana dah jumpa skincare yang sangat compatible dengan skin Yana, rasa happy sangat2 and takmau tukar dah!
.
Kepada korang yang ada masalah kulit, Yana betul2 faham apa yang korang rasa. Self-cofidence takde. Nak jumpa orang pun takmau. But trust me, once korang dah jumpa skincare yang terbaik & paling penting, sesuai dengan skin korang, kulit korang akan pulih! Percayalah! Have faith! ♥️
.
Nanti Yana share cemana Yana cuci muka guna Triple Oil ni ok? Btw, korang ada apa2 yang nak tanya Yana tak? Tanya lah! Yana jawab 😊
#UyainaArshad #MySkinJourney
review skincare untuk kulit kusam 在 Asyiqin Roslee Facebook 的最讚貼文
REVIEW | Moisturizing Essence Facial Cream yang bertindak bagus untuk mengatasi masalah kulit kering dan kusam. Dengan mengandungi ingredients hyaluronic acid dan niacinamide, produk Dr. Morita ni mampu membuatkan agar kulit tampak lebih cerah dan sihat.
https://asyiqinroslee.blogspot.com/2019/02/dr-morita-hyaluronic-acid-moisturizing.html?m=1
#drmorita #facecream #moisturizer
review skincare untuk kulit kusam 在 Pakar diari hati Facebook 的精選貼文
#ILMUPENJAGAANKULITMUKA
.
Kebaikan Pembersih Muka
.
- Membersih kotoran secara mendalam dan mengembalikan kesegaran kulit wajah selepas membersih.
- Membersihkan kulit wajah dengan sempurna agar kulit berseri tanpa cela.
- Membantu mengawal minyak dan jerawat.
- Mengekalkan kelembapan kulit wajah.
- Membantu mengecilkan pori-pori agar kulit lebih halus, segar dan berseri.
- Menaikkan seri muka yang letih dan kusam.
- Melindungi dari sinar UV dan radikal bebas.
- Penggunaan berterusan juga membantu mempercepatkan pencerahan kulit.
.
Jenis Pembersih Muka
1. Facial Foam
Facial foam merupakan sejenis pembersih muka untuk membuang sisa kotoran dan debu yang melekat di kulit.
Facial foam berfungsi membersihkan dan menyegarkan semula wajah yang kusam.
.
2. Pembersih Muka Susu
Pembersihan wajah jenis ini memang mempunyai kemampuan yang lebih optimum.
Walaupun bagi beberapa orang, penggunaan susu pembersihan kerap menyusahkan kerana harus melewati beberapa tahap seperti membuang kotoran dengan kapas lalu mengaplikasikan toner untuk menyegarkan.
.
3. Pembersih Muka Krim
Produk pembersihan wajah ini mengandungi kandungan air tidak lebih dari 60 peratus, dan tahap kepekatan rendah.
Namun bagi beberapa orang, pembersihan jenis ini membuat kulit menjadi berminyak.
.
4. Pembersih Muka Gel
Satu lagi jenis pembersihan wajah, iaitu dalam bentuk gel.
Pembersihan wajah dari gel tidak berminyak dan tidak memerlukan air seperti facial foam atau krim pembersihan wajah.
Pembersih wajah gel selamat digunakan untuk pelbagai jenis kulit, termasuk yang berminyak.
.
Kredit: group Skincare Review (Malaysia)
.
=============
Nak dapatkan info lebih lagi mengenai cara penjagaan kulit muka? Jom tengok 1st komen.
=============