𝗥𝗘𝗦𝗘𝗣𝗜 𝗥𝗔𝗛𝗦𝗜𝗔 𝗞𝗨𝗜𝗛 𝗞𝗘𝗥𝗜𝗔 𝗚𝗘𝗕𝗨 𝗚𝗘𝗕𝗔𝗦𝗦𝗦
BAHAN-BAHAN
1) Bahan-bahan untuk kuih :
1 kg keledek putih
1 cawan tepung gandum (anggaran, tambah kalau kurang)
1 sudu teh garam halus
2 sudu minyak masak (guna waktu nak bentuk keria)
Minyak secukupnya untuk menggoreng.
2) Bahan-bahan untuk sira :
1 1/2 senduk gula pasir
1 senduk besar air
CARA-CARA :
1) Kuih Keria
- Keledek dibuang kulit dan dipotong kecil.
Rebus dengan air secukup dengan garam hingga empuk.
- Setelah empuk angkat toskan air. Terus lecek keledek hingga lumat dalam keadaan keledek masih panas.
- Biarkan suam-suam kuku baru letakkan tepung sedikit demi sedikit. Agak-agak kuih dapat dibentuk jadi gegelang kecil dan tak terlalu seroi.
❗Tips penting waktu bentuk gegelang kuih keria. Gunakan minyak supaya bentuk gegelang jadi cantik dan kuih tidak keras. Elakkan guna tepung waktu nak bentuk sebab nanti keria kita akan jadi keras.
- Goreng kuih keria di dalam minyak yang sederhana panas hingga kuning keemasan.
- Angkat dan toskan minyaknya. Biarkan sejuk seketika sebelum disira dengan gula.
2) Sira Gula
- Masak gula pasir dan air dengan api sederhana hingga berbuih.
Setelah berbuih, perlahankan api dan masukkan kuih keria tadi. Kacau rata sehingga gula melekat pada seluruh kuih.
- Tutup api setelah gula tersalut pada kesemua kuih keria.
- Hidangkan kuih keria dan sedia dinikmati.
P/S : Ini resepi dan tips Mama Kak King waktu Mama meniaga dulu. Memang jadi feveret orang sekitar Gombak dulu. Kalau time bazar ramadan, licin sokmo!
Selamat mencuba!! Jangan lupa share tau..
Resepi resepi kuih terbaik follow ye
.
.
同時也有7部Youtube影片,追蹤數超過1,040的網紅Sally Samsaiman,也在其Youtube影片中提到,#YES #YESkasiupB40 #datapercuma #fonpercuma #belajardarirumah Udang Kangkung Stail Masakan Padang Bahan-bahan kisar: 3 biji cili merah 7 biji cili pa...
panas p 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最佳貼文
Buko pandan Filipina. Kiub jeli pandan, berenang di dalam mulut. Buah longan tu saja zie tambah kalau tak letakpun tak apa. Alang² buat biar puas hati itu banyak isi. simpan dlm peti tahan 3-4hari
Enak dinikmati ketika cuaca panas
Bahan-bahan:
1 pekat agar-agar serbuk perisa pandan masak dan bekukan ikut arahan dari belakang bungkusan
1 cawan teh biji sagu cara masak lihat disini #sagudapurpolis
1 sudu kecil coconut Pandan Emulco
1 tin krimer sejat cair SAJI Malaysia jika kurang kuah boleh lebihkan
1 cawan teh whipping cream non diary pukul tak perlu sampai kembang
1 cawan air gula ikut manis yang disukai
1 mengkuk isi kelapa
1 mangkuk kecil Nata De Coco perisa kelapa ambil isinya sahaja
➡️Ais secukupnya
➡️ buah logan jika suka
➡️ setengah cawan biji selasih yg telah kembang (rendam dlm air panas) cara #dapurpolis #bukopandan P/S: Boleh masukkan beberapa titik pewarna hijau untuk warna sedikit kehijauan
Kredit: Aisyah Humaira MAHN
panas p 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最佳解答
RESIPI CHICKEN GRILL 👇
Meh akak tempek resipi..mudah dan cepat..rasa juicy gitu
yang ni resipi berbeza bahan - bahan pun lain..hehehe 😋
Bahan - bahan 👇
🍗 Ayam / daging (ikut citarasa)
🍗 SOs LADAHITAM KIMBALL (Dalam pack senang n jimat)
🍗 Serbuk Rosemary herbs
🍗 Serbuk tyhme herbs
🍗 Serbuk lada hitam
🍗 Garam
🍗 Gula ( kena lebih )
🍗 Campur air panas / air suam sikit je
🍴 First sekali kena la basuh ayam / daging tu bersih2..selawat semua..ehehhe
🍴 Pastu ambik sos ladahitam kimball tu buh dalam bekas(kalau pekat tambah air panas atau suam)
🍴 Lepaih tu kacau bagi sebati masuk perasa iaitu garam,serbuk thyme herbs,rosemary,serbuk lada hitam,dan juga gula (gula kena lebih sebab nak bagi serap dalam isi ayam/daging tu na)
🍴 Pastuh kacau la sampai dah sebati semua baru masukan ayam / daging .. perap semalam kalau nak sedap
🍴 Then bakaq la dalam oven ka air fryer ka..kalau rajin tu p la bakaq kat luaq buat bara api tu ...ahahah 😂😂😂
🍴 Suhu guna air fryer 200°c 17 minit
🍴 Dah masak tu lagutu la rupa dia..pastu ikut suka la nak makan gu ngan apa pun 😋
#doakan akak murah rezeki tau..amin 🤲
Kredit: cik merpati putih
panas p 在 Sally Samsaiman Youtube 的最佳貼文
#YES #YESkasiupB40 #datapercuma #fonpercuma #belajardarirumah
Udang Kangkung Stail Masakan Padang
Bahan-bahan kisar:
3 biji cili merah
7 biji cili padi
1 inci kunyit
Sehiris lengkuas
1 inci halia
2 batang serai
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu kecil biji ketumbar
Bahan-bahan lain:
1 kilo udang
1 ikat kangkung
1 kotak santan (200ml)
2 helai daun salam
2 keping asam keping
2 helai daun kunyit
3 helai daun limau purut
2 sudu besar kerisik
1 kiub pati ayam
Gula & garam secukup rasa
Cara-caranya:
1. Kisar semua bahan-bahan kisar
2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik minyak, masukkan air dan biar reneh lagi sekali, masukkan daun salam & asam keping
3. Kemudian masukkan udang, daun kunyit, daun limau purut
4. Masukkan kiub pati ayam, kerisik dan masukkan santan, perasakan dgn garam & gula
5. Kacau rata bila dah menggelegak boleh masukkan kangkung. Lagi banyak lagi sedap!
6. Dah layu, boleh tutup api dan makan dgn nasi panas
Resipi asal: adikfoods (www.instagram.com/p/CNonI7UjKNi)
Sekarang seronok betul nak memasak dan kongsi di YouTube, sbb dah tak risau pasal data! Nak cari resipi ke, nak update blog ke, even nak upload dekat social media pun jadi lagi smooth je! Sambil search resipi, nak rekod video pun boleh dengan telefon percuma ni… Betul la orang kata, bila kita buat benda yg kita suka, lepas tu berjalan lancar, mmg happy la!
Korang pun jangan lupa daftar dan dapatkan pelan YES PRIHATIN!
➡ Pelan ini khas untuk golongan sasar B40 yang berdaftar!
➡ Setiap pendaftaran yg berjaya, kita boleh dapat telefon bimbit percuma dan semestinyaaaa dengan data percuma juga!
➡ Layari laman sesawang www.yes.my/kasiupB40. Daftarkan semua butir diri dan selepas beberapa hari, kad SIM YES akan dihantar terus ke depan rumah kita, secara PERCUMA!!

panas p 在 beby _toratora Youtube 的最佳貼文
nikmatnya wey mkan @ibusambalnani.hq ..mmg sedap gila ..ttiba rndu sambal cili kering mak aku ..nsib baik ada @ibusambalnani.hq ..mkan dngn nsi panas ,teluq mata pergh trangkat ..pedas pun pedas and cukup rasa smua wey ..aku suka smbal ni tak brapa manis ...sngat2 sedap ..demi Allah mmg sdap and aku suka ..hampa kena try wey sambal @ibusambalnani.hq ..blusher merah nak sama dngn warna sambai dh hahaha !! ? boleh p ig @ibusambalnani.hq

panas p 在 Yatt Hamzah Official Youtube 的精選貼文
FULL RECIPE KAM HEONG CHICKEN
BAHAN2
Utk Goreng Ayam
1. Ayam 1 ekor - potong kecil2
2. Tepung beras 3-4 tbsp
3. Serbuk kari ayam 1 tbsp
4. Garam 1-2 tsp
Utk Sos Kam Heong
5. Bawang besar - 2 biji
6. Bawang putih - 5 Ulas
7. Udang kering - 3 tbsp ditumbuk
8. Cili kering - 10-12 tangkai dipotong kecil
9. Daun kari - 10-12 tangkai
10. Serbuk kari ayam - 1-2 sudu besar
11. Air - 1/2 cawan
12. Sos tiram - 4 tbsp
13. Kicap masin - 5 tbsp
14. Kicap manis - 5 tbsp
CARA2
1. Gaulkan sebati bahan utk gorengan dan goreng ayam dlm minyak panas dg api sedehana hingga garing. Angkat dan ketepikan.
2. Tuang keluar minyak gorengan ayam dan tinggalkan dlm 5 tbsp dlm kuali. Dgn minyak gorengan ayam tadi, tumis udang kering, bawang besar dan bawang putih hingga naik bau dan kekuningan.
3. Masukkan daun kari dan cili kering. Tumis sampai garing dan masukkan rempah kari. Tumis sampai pecah minyak dan masukkan air.
4. Masukkan sos tiram, kicap manis dan kicap masin.
5. Apabila semua bahan dah sebati dan mendidih, masukkan ayam dan gaul rata. Siap!
P/s : Jangan masak terlalu lama hingga sos kam heong terlalu kering.
