Selamat petang! Tidak ada idea untuk memasak menu makan malam ini? Haa...jom kita cuba memasak Sotong Sambal Hitam untuk seisi keluarga malam ini!
Tapi sebelum itu, jom kita mengetahui cara menggoreng Sotong dengan senang.
CARA MEMBUAT SOTONG GORENG
Minyak Masak
Tepung Gandum
Tepung Beras
Gula Pasir
Garam Kasar
Serbuk Kunyit
5 Ekor Sotong Torak
Sebiji Telur Ayam
CARA-CARA MENYEDIAKAN SOTONG
Masukkan 3 sudu tepung gandum dan 1 sudu tepung beras ke dalam mangkuk besar
Kemudian, masukkan 1 sudu gula pasir dan 1 sudu garam kasar.
Seterusnya, masukkan sedikit serbuk kunyit untuk menaikkan warnanya.
Kemudian, potong 5 ekor sotong torak dengan betul.
Pecah 1 biji telur ayam di dalam mangkuk yang lain, masukkan sedikit garam dan kacau sehingga rata.
Kemudian, masukkan sotong yang telah siap dipotong ke dalam mangkuk telur tersebut dan gaulkannya.
Akhir sekali, masukkan sotong yang disaluti dengan telur ke dalam mangkuk yang berisi tepung tadi dan salutkan sekali lagi.
CARA-CARA GORENG SOTONG
Panaskan kuali dan masukkan minyak masak.
Kemudian, masukkan sotong yang disaluti tepung tersebut satu per satu ke dalam kuali dan goreng sehingga masak.
Setelah masak, masukkan sotong yang digoreng tersebut ke dalam pinggan.
Selamat mencuba :)
同時也有73部Youtube影片,追蹤數超過47萬的網紅DESTINASI TV,也在其Youtube影片中提到,PROMO CODE MINGGU INI » DTVSANDWICH Gunakan Promo Code Destinasi TV diatas untuk menikmati 25% Diskaun atas semua pembellian melalui Aplikasi Dego. T...
「menu makan malam keluarga」的推薦目錄:
- 關於menu makan malam keluarga 在 Facebook 的最佳解答
- 關於menu makan malam keluarga 在 Pakar diari hati Facebook 的精選貼文
- 關於menu makan malam keluarga 在 Facebook 的精選貼文
- 關於menu makan malam keluarga 在 DESTINASI TV Youtube 的最讚貼文
- 關於menu makan malam keluarga 在 DESTINASI TV Youtube 的最佳貼文
- 關於menu makan malam keluarga 在 DESTINASI TV Youtube 的最佳解答
- 關於menu makan malam keluarga 在 Menu makan malam untuk keluarga | By myXL - Facebook 的評價
- 關於menu makan malam keluarga 在 Masak makan malam ll untuk keluarga kecil ku ll ... - YouTube 的評價
- 關於menu makan malam keluarga 在 makan malam keluarga - Pinterest 的評價
menu makan malam keluarga 在 Pakar diari hati Facebook 的精選貼文
SAMPAH BAGIMU, HIDANGAN KELUARGAKU.
Suami saya adalah pembekal ayam kampung di negeri ini. Alhamdulillah, banyak restoran-restoran yang menyajikan lauk ini di Kuantan, suami sayalah watak disebalik cerita.
Kebanyakan restoran mahukan ayam yang telah dipotong mengikut kehendak mereka. Ada yang potong 4, ada potong 8!
Apabila ayam dipotong, hampir semua kedai tidak mahu ambil kaki ayam, hati, pedal dan organ dalaman lain. Leceh untuk disimpan agaknya.
Selalunya suami saya akan menyimpan kaki-kaki ayam dan hati ayam ini dalam freezer besar di rumah. Tapi kalau dah masuk 2 minggu dan stok ayam masuk lagi, tempat yang terhad memaksa suami saya mencari jalan untuk mengosongkan freezer dari barang lain. Maka jalan terakhir, tanam atau buang sahaja kaki dan hati ayam ini jika tidak disedekah kepada orang lain.
'Ada kaki ayam tak? Kak Yah nak sikit.' Pesanan ringkas dari kakak sulung saya di satu pagi.
Kebetulan suami saya dah merungut kaki ayam dan hati yang banyak dalam freezer. Kami ambil keputusan menghantar sendiri semuanya ke rumah kakak. Sebenarnya ni satu jalan mudah. Jika kakak datang sendiri, pasti sedikit saja dia ambil. Tapi jika kami hantar dengan kenderaan pacuan empat roda kami, dah pasti kami boleh kosongkan freezer bahagian kaki ayam dan hati sekelip mata. Bagi semua! Padan muka kakak uruskan. 😂
Kami hantar dan terus pulang ke rumah. Lupakan hal kaki ayam.
Esoknya, saya terima pesanan yang sangat panjang dalam aplikasi WhatsApp dari kakak.
'Ti, tau tak. Semalam kak tengok banyak betul kaki dengan hati ayam hampa bagi. Terkejut jugak. Kak rendam semua. Bila dah lembut, kak bungkus. Kak panggil jiran-jiran datang ambil. Mula-mula serba salah juga. Bimbang orang kata: sampah, kau sedekah. Tapi kak fikir, bagi sajalah. Siapa nak, ambil. Tak nak, jangan ambil. Tapi, ramai betul datang ambil. Alhamdulillah habis semuanya.'
Tersenyum saya membacanya. Kemudian dia menyambung.
'Semalam, lepas ajar budak-budak mengaji. Ada seorang jiran kak 'message'.
Terima kasih Kak Yah, bagi kaki ayam tadi. Syukur sangat. Tak tahulah nak cakap macamana. Semacam betul-betul Allah hantar kaki ayam ni pada kami sekeluarga. Sebenarnya dah dua hari kami anak-beranak tak makan. Suami saya kena tangkap polis kes mencuri. Saya tak tahu nak pujuk macamana dah anak saya yang menangis lapar. Makanan di rumah satu pun tak ada. Tiba-tiba Kak Yah bagitau suruh datang rumah ambil kaki ayam ni. Allah. Macam ajaib. Terima kasih Kak Yah. Dah tidur anak-anak saya dapat makan malam ni. Terima kasih sangat-sangat.
Ti, kak tulis ni pun sambil menangis. Lepas ni hampa jangan buang lagi kaki ayam. Bagi kak. Kak nak bagi pada jiran-jiran. Kita tak tahu siapa dapat kita selamatkan dari lapar asbab bagi benda yang kita anggap 'sampah' ni.'
Allah Allah.
Menangis saya baca.
Sungguh, zaman sekarang dah mengubah banyak corak hidup kita. Kita dituntut untuk jaga hak seorang jiran. Tapi, kita makin jauh.
Kita dituntut supaya tidak tidur selagi ada jiran yang masih kelaparan kerana kemiskinan tapi kita langsung tak ambil tahu.
Yang paling dahsyat, ada juga yang tak kenal pun jiran-jirannya. Rupa bagaimana. Kerja apa. Anak berapa orang. (Sayalah itu) Allahu.😭
Sedekahlah. Beri apa yang ada dalam tangan. Bantu tanpa mengharap ia dinilai dan kita dapat pujian. Beri tanpa harap apa-apa.
Ikhlas!
Beri kemudian lupakan.
Allah Allah. Berilah kami peluang yang banyak untuk bersedekah. Sungguh kami selalu leka. Jangan balas kami dengan takdir buruk di akhirat kerana kelalaian kami pada hak saudara kami yang susah. Dalam pada teruja dengan menu-menu berbuka yang serbaneka, berilah kami ruang untuk menghilangkan lapar orang yang teruji.
Sungguh, kamilah hambamu yang hina dan selalu lupa...
Sampah bagi kita, kadang jadi hidangan hebat bagi satu keluarga yang dalam kesusahan.
Moga Allah ampunkan kami.
Wallahu'alam
Sumber: Hayati Abu Hasan
menu makan malam keluarga 在 Facebook 的精選貼文
TOLAK PELUANG KERJA TETAP DEMI KAWAN & BISNES YANG BARU 3 BULAN
Aku panggil ini ujian. Allah hantarkan sesuatu untuk uji sejauh mana kita bersyukur di atas nikmat dan nilai persahabatan. Apa pula akan korang lakukan jika diberi pilihan kerja tetap yg terjamin dan bisnes yang belum tentu akan bertahan dalam musim pandemik ni?
Sementara menunggu pesanan siap, sempat aku berborak dengan dua anak muda ni. Sesekali aroma enak perapan kambing panggang menusuk hidung aku.
Seorang merupakan bekas chef di beberapa buah hotel ternama dan seorang lagi merupakan graduan ijazah sarjana muda KUIS. Beliau baru menamatkan ijazahnya bulan Oktober tahun lalu dan setup bisnes ini pada bulan Disember dan bulan Januari 2021 PKP 2.0. Pada masa yg sama dia turut mendapat tawaran kerja tetap.
"Saya pilih bisnes dengan kawan saya bang. Saya setup bisnes ni sama2, takkan saya nak tinggalkan dia macam tu je. InsyaAllah bang rezeki tu ada je di mana2 selagi kita tak putus asa utk berusaha dan berjaya", katanya sambil memanggang kambing yg aku pesan.
"Hmm sedap!", aku belek2 wrap kambing yg aku makan.
Isinya padat. Penuh ngan bahan. Lagipun dia guna pelbagai jenis salad bagi melengkapkan wrap tu. Dorang tak guna sos biasa tau. Dorang buat home made sos. Menarik rasanya. Then aku suka rasa perapan kambing panggang dia. Rasa tak heavy dan blend cantik dalam kambing tu. Dengar kata dorang akan buat daging lembu gak sebab ada permintaan. Tapi tu plan lepas raya la kata dorang.
Actually dorg run bisnes LapaFrozen yang memperkenalkan menu fusion iranian. Antara menu2 yg korang boleh cuba seperti :
👉 Nasi Minyak Kambing Bakar
👉 Wrap Kambing LapaFrozen
👉 Wrap Ayam LapaFrozen (Hot Item)
👉 Salad Kambing LapaFrozen
👉 Salad Ayam LapaFrozen (Hot Item)
👉 Kambing Perap LapaFrozen (frozen food)
"Sedap ni. Sayang kalau korang tak besarkan market korang luar daripada Kajang", ujar aku sambil habiskan baki wrap.
"Dah bang. Kami mmg plan nak cover area Bangi plak. InsyaAllah Khamis ni runner kami standby untuk delivery sekitar Bangi dan Kajang dah", kata mereka lagi. Nampak puas di sebalik senyuman.
Dorang beroperasi setiap hari KECUALI RABU dari pukul 11.30 pagi hingga 7 malam. Dorang pun akan buka sewaktu bazaar Ramadhan nanti dan ada buat delivery juga. Tu aku kata kat dorang, wrap dan salad dorang ni sedap. Kalau nak buat makan berbuka atau simpan buat sahur pun cantik sangat dah. Tahan lama dan mengenyangkan.
Stall mereka kecil je tepi jalan hadapan Taman Delima, Kajang tapi semangat mereka berniaga besar. Aku sebenarnya kagum ngan semangat anak2 muda macam ni. Anak muda sekarang tak lagi macam anak2 muda dulu. Mereka gigih cari pendapatan utk kelangsungan hidup sendiri dan keluarga. Aku salute dengan semangat yg dorg tunjukkan!
Kot kalau korang tak nak makan nasi, nak makan wrap atau salad macam ni boleh la WA Ecad Kay ni ye ☺️👇
http://www.wasap.my/60178465798/nakorderwrap
Aku doakan adik2 kita ni terus kuat dan diluaskan lagi rezeki mereka. Mana tau satu hari nanti mereka juga mampu menjadi usahawan muslim yg berjaya insyaAllah ☺️🤲
#BotakMakan
#foodreview
#kitasapot
menu makan malam keluarga 在 DESTINASI TV Youtube 的最讚貼文
PROMO CODE MINGGU INI » DTVSANDWICH
Gunakan Promo Code Destinasi TV diatas untuk menikmati 25% Diskaun atas semua pembellian melalui Aplikasi Dego. Tertakluk kepada terma dan syarat.
Download aplikasi Dego:
Apple: https://apple.coP/2D98AK2
Android: https://bit.ly/3ga5WlR
---------------------------------------
Kita bertemu kembali dalam siri Pilihan Terbaik! Pada episode minggu ini, Amal dan Azri akan mencuba Roti Sandwich yang mempunyai tiga harga yang berbeza iaitu dari murah, sederhana dan mahal. Di akhir rancangan ini, kita akan saksikan menu mana yang akan menjadi Pilihan Terbaik dari segi rasa dan harga. Jadi, pastikan anda semua menonton sehingga ke akhir rancangan ya!
Garsa Kitchen yang terletak di sekitar Setapak Jaya menghidangkan Sandwich Tuna Turner yang berharga RM9 untuk 4 keping. Walaupun resepinya nampak mudah, tetapi kelazatan tersebut amat enak! Menariknya, semua resepi yang dihasilkan di Garsa Kitchen adalah menggunakan bahan-bahan yang segar. Bukan itu sahaja, Garsa Kitchen juga menyediakan Sandwich Party Box dan sesuai untuk dikongsi bersama rakan-rakan dan seisi keluarga.
Lokasi » Garsa Kitchen
27, Jalan 2/27E, Setapak Jaya, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
☎️ Telefon » 013 - 2424808
⏰ Waktu Operasi » Dibuka setiap hari pada jam 8:30 pagi - 5 petang
Seterusnya, kami telah mencuba Pulled Beef Sandwich yang berharga RM23 di MAO Cafe. Apa yang uniknya Sandwich di sini adalah mereka menggunakan daging Striploin dengan Brisket yang dibakar selama 8 jam dalam oven "Low Heat". Bukan itu sahaja, Kafe yang berkonsepkan komuniti ini pasti buat anda semua tertarik untuk datang dan cuba merasa menu-menu yang tersedia ada di MAO Cafe!
Lokasi » MAO Cafe
344, Lorong Kedah, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur, Selangor
☎️ Telefon » 03 - 41611766
⏰ Waktu Operasi » Dibuka setiap hari pada jam 9 pagi - 10 malam
Akhir sekali, kami telah mencuba Sandwich yang paling premium iaitu New York Pastrami yang berharga RM60 di Beard Brothers Deli! Yang paling menarik, roti sandwich ini menggunakan kepingan daging Brisket yang berusia 2 minggu yang disalai selama 14 jam! Roti New York Pastrami ini disajikan dengan sos Mustard, keju swiss dan Salted Cabbage Relish. Roti yang digunakan pula sejenis Sourdough Rye.
Lokasi » Beard Brothers Deli
Tropicana Golf & Country Resort, P-G-01, Tropicana Avenue, Persiaran, 47410 Petaling Jaya, Selangor
☎️ Telefon » 012 - 3190962
⏰ Waktu Operasi » Dibuka setiap hari pada jam 10 pagi - 10 malam (Tutup hari Isnin)
Subscribe ke channel Destinasi TV: https://bit.ly/2y97bxp
Ikuti juga Destinasi TV di:
https://facebook.com/DestinasiTV/
https://www.instagram.com/destinasitv/
https://www.tiktok.com/@destinasitv/
https://twitter.com/Destinasitv/
https://www.dimsum.my/programme-freem...
Bermula pada tahun 2017, Destinasi TV melihat budaya kulinari dan darmawisata sebagai pintu kepada sejarah, tradisi dan evolusi masyarakat tempatan.
Merupakan sebahagian dari Kumpulan Manggis (https://manggis.group), Destinasi TV menghasilkan siri video digital yang menghiburkan, mendidik dan berkualiti tinggi untuk tayangan umum secara percuma di platform seperti Youtube, Facebook, Instagram, IFlix dan Dim Sum.
Destinasi TV terkenal dengan siri video digital seperti “Mat Salleh Cari Makan”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Pilihan Terbaik”, “Sembang Bros”, “The Nasi Lemak Show”, dan “Trek Artisan”.
menu makan malam keluarga 在 DESTINASI TV Youtube 的最佳貼文
The Nasi Kandar Show berada di TTDI Shah Alam dan misi mencari nasi kandar terbaik masih diteruskan. Untuk episod kali ini, Anwar Hadi singgah ke Restoran Nasi Kandaq Tersandaq dimana nasi kandar ini dikatakan up and coming nasi kandar di Lembah Klang ni . Jumlah nasi dan lauk yang banyak, siapa yang kena pasti tersandaq!
Kedai ini terletak di ESSO TTDi Shah Alam dan mereka meniaga di jalanan yang terletak diseberang stesen minyak tersebut. Kami dihidang salah satu menu kegemaran ramai disini, iaitu, ayam bawang kicap.] dengan harga RM14. Boleh makan 2-3 orang portion dia, tersandaq!
Pastikan anda semua sentiasa mematuhi SOP memakai mask, sentiasa basuh tangan dengan sabun atau memakai “hand sanitizer” apabila makan diluar. Jangan lupa untuk singgah ke Nasi Kandaq Tersandaq dan rasakan sendiri keunikkan nasi kandar disini.
?Lokasi » Nasi Kandaq Tersandaq
ESSO, Taman TTDI Jaya, 40150 Shah Alam, Selangor
? https://www.google.com/maps/place/Nasi+Kandaq+Tersandaq/@3.0966096,101.5537236,17z/data=!3m1!4b1!4m5!3m4!1s0x31cc4d2db2cd0ce9:0x1bff9f153af510b2!8m2!3d3.0966096!4d101.5559123
☎️ 0129491372 » Nasi Kandaq Tersandaq
⏰ Waktu Operasi » Setiap hari Sabtu - Khamis dari 12 tengah hari hingga 7 Malam atau lauk habis
- - - - - - - - - - - - - - - - -
? Latar Belakang Destinasi TV ?
Destinasi TV merupakan channel Youtube di Malaysia yang akan jalan satu Malaysia dan juga di luar negara untuk buat video tentang makanan. Tidak kiralah makanan Malaysia, makanan Western, dan pelbagai lagi jenis makanan dari serata dunia. Destinasi TV sangat unik kerana akan dihoskan oleh seorang Mat Salleh yang mempunyai jiwa Malaysia iaitu “Rhys William”. Destinasi TV bukan sahaja mengeluarkan video berkenaan makanan sahaja, malah mempunyai rancangan yang akan membincangkan trend semasa, membuat challenge, bermain permainan video dan sebagainya. Rancangan ini dikenali sebagai “Sembang Bros” yang akan dihoskan oleh “Amal” dan “Azri”.
Antara rancangan yang Destinasi TV sendiri keluarkan di Youtube adalah “Mat Salleh Cari Makan”, “The Nasi Lemak Show”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Destinasi Hujung Minggu”, “Trek Mesra”, “Trek Artisan”, “Fjallraven Journey 2017” dan “Jom Pasar Malam”. Kesemua rancangan ini anda boleh lihat di dalam playlist Youtube Destinasi TV. Jangan lupa untuk subscribe dan tekan notifikasi bell channel Destinasi TV jika anda ingin melihat makanan yang sedap, menarik dan unik kami akan sajikan kepada anda dan jangan sampai meleleh air liur. Jangan lupa tekan butang like sebab ianya percuma dan jangan lupa bagitahu kawan-kawan, keluarga, mak cik - mak cik, pak cik - pak cik dan semua orang…. Kerana video Destinasi TV sesuai ditonton oleh semua golongan.
© Copyright & Disclaimer
Kesemua footage video ini adalah hak milik Destinasi TV dan jangan sesekali upload video ini sebagai hak cipta sendiri.
For business inquiries, please email: hello@destinasi.tv
menu makan malam keluarga 在 DESTINASI TV Youtube 的最佳解答
Salam Kemerdekaan buat seluruh rakyat Malaysia! Kembali lagi ke rancangan Destinasi TV, The Nasi Kandar Show bersama hos kami, Anwar Hadi. Dalam rancangan ini, Anwar Hadi akan mencuba pelbagai Nasi Kandar serata Malaysia serta menilai hidangan tersebut berdasarkan 3 kategori iaitu; Nasi bersama kari campuq, lauk-pauk dan harga.
The Nasi Kandar Show berda di Kuala Lumpur dan misi mencari nasi kandar terbaik masih diteruskan. Untuk episod kali ini, Anwar Hadi singgah ke Restoran Nasi Kandar Kudu dimana nasi kandar ini sememangnya terkenal di kalanagn warga kota Kuala Lumpur. Antara menu pilihan kami disini adalah ayam bawang, bendi, daging kicap, dan kari campur yang hanya berharga RM12.00
Ada ke penonton Destinasi TV yang ada sejarah disini? Kongsikan pengalaman anda. Pastikan anda semua sentiasa mematuhi SOP memakai mask, sentiasa basuh tangan dengan sabun atau memakai “hand sanitizer” apabila makan diluar. Jangan lupa untuk singgah ke Nasi Kandar Kudu dan rasakan sendiri keunikkan nasi kandar disini.
?Lokasi » Nasi Kandar Kudu
No 335, Jalan Tunku Abdul Rahman, Chow Kit, 50100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur
? https://bit.ly/3jFkzPI
☎️ 03-2697 7082 » Nasi Kandar Kudu
⏰ Waktu Operasi » Setiap hari dari 8 pagi hingga 8:30 Malam
- - - - - - - - - - - - - - - - -
? Latar Belakang Destinasi TV ?
Destinasi TV merupakan channel Youtube di Malaysia yang akan jalan satu Malaysia dan juga di luar negara untuk buat video tentang makanan. Tidak kiralah makanan Malaysia, makanan Western, dan pelbagai lagi jenis makanan dari serata dunia. Destinasi TV sangat unik kerana akan dihoskan oleh seorang Mat Salleh yang mempunyai jiwa Malaysia iaitu “Rhys William”. Destinasi TV bukan sahaja mengeluarkan video berkenaan makanan sahaja, malah mempunyai rancangan yang akan membincangkan trend semasa, membuat challenge, bermain permainan video dan sebagainya. Rancangan ini dikenali sebagai “Sembang Bros” yang akan dihoskan oleh “Amal” dan “Azri”.
Antara rancangan yang Destinasi TV sendiri keluarkan di Youtube adalah “Mat Salleh Cari Makan”, “The Nasi Lemak Show”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Destinasi Hujung Minggu”, “Trek Mesra”, “Trek Artisan”, “Fjallraven Journey 2017” dan “Jom Pasar Malam”. Kesemua rancangan ini anda boleh lihat di dalam playlist Youtube Destinasi TV. Jangan lupa untuk subscribe dan tekan notifikasi bell channel Destinasi TV jika anda ingin melihat makanan yang sedap, menarik dan unik kami akan sajikan kepada anda dan jangan sampai meleleh air liur. Jangan lupa tekan butang like sebab ianya percuma dan jangan lupa bagitahu kawan-kawan, keluarga, mak cik - mak cik, pak cik - pak cik dan semua orang…. Kerana video Destinasi TV sesuai ditonton oleh semua golongan.
© Copyright & Disclaimer
Kesemua footage video ini adalah hak milik Destinasi TV dan jangan sesekali upload video ini sebagai hak cipta sendiri.
For business inquiries, please email: hello@destinasi.tv
menu makan malam keluarga 在 Masak makan malam ll untuk keluarga kecil ku ll ... - YouTube 的推薦與評價
GERIK. Masak makan malam ll untuk keluarga kecil ku ll menu sederhana. 48 views 3 months ago. Sakitdahulu channel. Sakitdahulu channel. ... <看更多>
menu makan malam keluarga 在 makan malam keluarga - Pinterest 的推薦與評價
See more ideas about makan malam keluarga, makan malam, makanan. ... Krepes. Cafe Food, Food Menu, Food Trucks, Hot Dogs, Food Porn, Bistro ... ... <看更多>
menu makan malam keluarga 在 Menu makan malam untuk keluarga | By myXL - Facebook 的推薦與評價
Menu makan malam untuk keluarga. Kira-kira bikin yang mana dulu ya biar sekeluarga jadi lebih happy? #WeAreMore. ... <看更多>