"Kisah Yang Menghidupkan"
Alhamdulillah, hari ini diberi kesempatan lagi untuk join Program MDB With Youths "Heal & Grow" anjuran 5pages1day. Dan seperti biasa Datuk Dr Mohd Daud Bakar (MDB) akan membuat lontaran minda kepada peserta dalam lebih kurang 15 minit. Penulisan pada minggu ini agak panjang sikit kerana saya hanya memindahkan apa yang telah dikongsikan oleh MDB. Mudah-mudahan semua dapat melihat bahawa tugas MENULIS ini bukan tugas biasa-biasa, tugas orang yang luar biasa. Kerana ramai orang suka membaca mungkin, tetapi kalau tidak ada bahan bacaan, bagaimana manusia boleh membaca? Kata orang-orang motivasi, "tanpa buku ditulis, dunia akan sepi."
Dalam konteks kita kalau tidak ada ilmu dan buku yang ditulis, ilmu juga akan beku. Kita akan melihat suatu kejumudan, suatu kelesuan pemikiran sebab buku itu melambangkan pemikiran, melambangkan suatu gelombang pemikiran yang tinggi di kalangan penulis dan pembaca. Malah kadang-kadang pembaca lebih banyak berfikir daripada penulis dengan lontaran yang kita lontarkan.
Apatah lagi kalau buku itu adalah sebuah kitab yang suci seperti al-Quran yang pastinya sarat dan padat dengan mesej yang boleh ditafsirkan, yang boleh dikembang-kembangkan, boleh dianjal-anjalkan supaya menjadi makna dan gelombang yang sentiasa hidup dalam pelbagai lapisan dan dimensi kehidupan. Pada hari ini, MDB berkongsi berkenaan Surah Yusuf ayat 3:
نَحْنُ نَقُصُّ عَلَيْكَ اَحْسَنَ الْقَصَصِ بِمَآ اَوْحَيْنَآ اِلَيْكَ هٰذَا الْقُرْاٰنَۖ وَاِنْ كُنْتَ مِنْ قَبْلِهٖ لَمِنَ الْغٰفِلِيْنَ
Terjemahan: Kami menceritakan kepadamu (Muhammad) kisah yang paling baik dengan mewahyukan Al-Qur'an ini kepadamu, dan sesungguhnya engkau sebelum itu termasuk orang yang tidak mengetahui.
Apa yang menarik perhatian MDB, bagaimana Allah S.W.T. mengibaratkan atau memberi suatu kualiti deskripsi yang menarik iaitu "Kami akan menceritakan ke atas kamu sebaik-baik Kisah." Maknanya dalam al-Quran ini, cerita ini suatu benda yang penting. Malah tidak keterlaluan jika disebut secara rambangnya 1/3 daripada al-Quran adalah cerita. Cerita itu merupakan satu keperluan kemanusian dan tidak ada manusia yang boleh menafikan bahawa cerita itu hanya relevan pada zaman dahulu. Cerita bukanlah bermaksud konten itu, tetapi cara pengceritaan itu. Manusia sentiasa suka untuk mendengar cerita, membaca cerita, malah difilemkan cerita kerana itu sifat manusia. Dan Allah S.W.T. menjadikan manusia ini pada pandangan MDB suka kepada pengceritaan.
Manusia ini adalah "the best story telling creatures". Manusia ini adalah sebaik-baik pengciptaan Allah untuk menceritakan dan mendengar cerita. Anak-anak kita kalau diceritakan, mereka suka mendengar cerita. Sebab itu di budaya Barat, mereka banyak melakukan cara Pendidikan melalui pengceritaan. Daripada kecil lagi cerita mimpi, cerita perjuangan, cerita visi, cerita masyarakat, cerita binatang telah diajarkan. Sebab itulah motivasi manusia untuk berfikir.
Dalam masyarakat kita di Malaysia, MDB bercerita tentang zamannya dahulu yang mana kita dilarang atau jangan bermimpi. Kita tidak digalakkan untuk melakukan satu imaginasi yang tinggi malah dijadikan dalam silibus Pendidikan, kisah angan-angan Mat Jenin. Tidak boleh angan-angan. Dianggap satu benda yang buruk dan negatif. Kalau kita angan-angan, kita ditegur oleh ibu bapa kita. "Hang ni kenapa duk berangan sangat, kenapa duk berkhayal sangat." Sedangkan angan-angan itu, khayalan itu adalah sifat manusia yang ada gelombang positifnya dalam masyarakat. Jadi, dalam konteks ini kita melihat bahawa cerita itu boleh disalurkan kepada membina mimpi dan impian. Kerana kalau nak bagi rasa semangat dengan fakta dan cerita biasa tidak boleh.
Jika kita nak buat buku motivasi, sekadar buku motivasi, tidak ada pengceritaan, ia tidak menarik. Malah dalam buku motivasi kesemuanya mesti ada case study, mesti ada clinical report, mesti ada pengalaman-pengalaman orang psikiatrik, orang psikologi, orang NGO, orang-orang Korporat yang membuat benda-benda yang luar biasa untuk memberikan motivasi kepada pembaca. Jadi dia punya "core focus" adalah sebuah cerita yang ingin dikongsikan bersama oleh Penulis kepada Pembaca.
Berbalik kepada Surah Yusuf, kenapa al-Quran ini cerita? Dan kadang-kadang kita rasa cerita dalam cerita, dalam bicara hukum-hakam yang serius dimasukkan cerita sekejap, kemudian keluar balik, kemudian masuk balik, mesti ada suatu mesej yang terlalu Agung, yang terlalu mulia yang mungkin frekuensi minda kita tidak boleh mendapat jawapan tersebut. "It's not the fault of the Quran, it's the fault of the Heaven, is the fault of ourself yang kita menggunakan frekuensi yang rendah untuk memahami suatu yang tinggi." Cerita Nabi Yusuf bukan biasa-biasa, sedangkan cerita ini "is the best story ever told in the Quran." Dari segi bahasanya, cara pengceritaannya, cara metaforanya, cara pemikiran futurisnya, cara pemikiran throwback/flashback, cara mesej dalam cerita, cara ketukan-ketukan hati dan minda semua ada dalam Surah ini.
Sebagai mengambil semangat ini, sudah tiba masanya kita "upgrade" ilmu al-Quran kita. Ada orang dia baru atau sedang belajar untuk membacanya. Baik dan teruskan. Ada orang pula dia sedang talaqqi dengan guru untuk memperelokkan bacaan. Bagus juga dan teruskan. Cuma saya nak mengajak diri saya dan pembaca sekalian untuk belajar ilmu Tadabbur al-Quran juga, mudah-mudahan kita bukan sekadar boleh baca tetapi memahami dan mengamalkannya. Tambahan lagi di Televisyen dan Media Sosial dah macam-macam Slot al-Quran ini. Sebagai contoh My Qurantime di TV Al-Hijrah, Pages Facebook Tadabbur Centre dan MDB sendiri ada Slot Tadabbur Al-Quran Secara Kognitif bersama Ustaz KAB setiap Sabtu jam 3 petang (hari ini). Tinggal mahu atau tidak sahaja. "Better late than never." 😃
Berbalik kepada Penulis Muda atau baru belajar menulis, jadi MDB melihat bahawa "Kisah" ini banyak faedah dan manfaatnya. Kalau nak menulis, jangan abaikan aspek ini walaupun kita mula dengan apa yang kita suka dahulu, bidang kita sama ada penulisan sastera, penulisan akademik, penulisan agama, penulisan saintifik, penulisan politik, kritikan dan sebagainya. Jangan lupakan aspek cerita-cerita dalam penulisan kita. Kerana al-Quran pun sarat dan padat dengan "Cerita". Jadi atas dasar itu, kita kena banyak baca buku-buku cerita dan novel. Ceritalah yang dapat merungkaikan segala-galanya.
Untuk menjadi penulis masa hadapan, kita mengambillah inspirasi daripada al-Quran, yang penuh dengan cerita dan kalau kita baca cerita al-Quran, buka minda kita. Kadang-kadang MDB rasa bahawa, (mungkin tidak betul), mesej yang tersirat di sebalik cerita itu, lebih hebat dan lebih berat daripada mesej yang disampaikan secara ayat yang berskala rendah, berfrekuensi rendah. Saya tidak katakan ada perbezaan antara ayat dengan ayat, tetapi dari segi cerita itu kita kena fikir dalam sikit. Contoh ayat berkenaan Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. "Straight forward" dari segi pemahaman. Tetapi bila Allah bercerita mengenai Dzulkarnain, Teknologi Dzulkarnain, tentang tawaran kaum Dzulkarnain, jadi kita baca cerita ini, kita kena lebih fikir dalam sikit supaya dapat mesej daripada cerita.
Jadi "Cerita" ini bukan mudah. Nak tulis pun payah, nak faham pun payah. Itulah satu aspek penulisan yang kita rasa kita kena kembali semula membuat suatu penulisan untuk anak-anak kita yang kecil lagi, 3 tahun, 4 tahun sampailah mereka jadi dewasa dan peringkat zaman sekarang dengan kegawatan ekonomi, politik, sosial, kita kena banyakkan pengceritaan kepada masyarakat. Mereka ini tidak suka baca buku yang berat, buku-buku yang akademik, tetapi untuk masyarakat biasa, orang biasa tidak kira umur, pangkat dan kedudukan, mereka lebih suka membaca buku bertema tinggi tetapi dibuat dalam bentuk novel, buku-buku cerita yang pelbagai bentuk.
Sebagai akhirnya, mudah-mudahan dengan pengisian ini, kita jadilah skill untuk menulis sebuah cerita itu, suatu skill yang ada dalam semua penulisan kita. Dalam cerita itu ada pengajaran. Dalam semua buku motivasi yang kita baca mesti ada cerita tentang pengalaman, cerita pengkajian makmal, cerita pengkajian medan, pengkajian lapangan untuk menjadikan sebuah buku itu lebih lunak dibaca, lebih mencabar minda, dan boleh menjentik perasaan kita. Apa guna tulis buku kalau tidak dapat menjentik minda, perasaan, jiwa dan ruh pembaca kita. Jadi kita kena berusaha lebih kuat lagi, jangan give up, long way to go, banyakkan pembacaan buku-buku yang lebih berjaya daripada kita dan minta Allah S.W.T. ilhamkan kita dan berikan kita keseronokan membaca pagi, petang dan malam untuk kita menulis. Bukan untuk menjadi orang hebat, orang masyhur, tetapi menjadi seorang penulis yang memberikan impak kepada minda, ruh dan jiwa pembaca kita.
Itulah yang kita harapkan supaya setiap perkataan yang kita tulis itu menjadi wakaf untuk kita, sedekah jariah yang akan berterusan sampai bila-bila, sampai kita dibangunkan di Padang Mahsyar. Dengan syarat kita ikhlas menulis. Kita menulis kerana Allah S.W.T. Kita menulis kerana nak mengubah masyarakat. Penulis adalah Perubah Masyarakat. Saya kongsikan gambar Novel "Diari Seorang Amil" karya Ustaz Hamizul Abdul Hamid dalam penulisan ini kerana buku ini antara yang terawal saya baca semasa saya mula bekerja di PPZ-MAIWP. Bagi saya kisah pengalaman Ustaz Hamizul sebagai sebagai seorang "Amil Zakat" telah banyak menginspirasikan saya untuk terus berada dalam bidang ini dan mudah-mudahan sehingga hujung nyawa. Mungkin selepas ini akan diceritakan kisah-kisah Pembayar Zakat untuk inspirasi bersama. Nak rasa nikmatnya BERZAKAT? Bayarlah dahulu, KITA akan rasa sendiri. Sekian....
#5pages1day
#mdbwithyouths
-
Ditulis oleh Ahmad Zulfadzli
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
「macam-macam sedekah」的推薦目錄:
- 關於macam-macam sedekah 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的最佳解答
- 關於macam-macam sedekah 在 Facebook 的最讚貼文
- 關於macam-macam sedekah 在 Facebook 的最讚貼文
- 關於macam-macam sedekah 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的精選貼文
- 關於macam-macam sedekah 在 大象中醫 Youtube 的最讚貼文
- 關於macam-macam sedekah 在 大象中醫 Youtube 的最佳貼文
macam-macam sedekah 在 Facebook 的最讚貼文
Ada orang share gambar ustaz bercerai dalam sosme dengan caption: “Baik kahwin dengan artis dari ustaz, artis tak cerai bini, tapi ustaz selalu poligami dan cerai isteri pertama”
Aduh, orang bila dah tak suka, macam macam alasan keluar.
Nabi dulu sebaik baik manusia, tapi bila orang tak suka, di tuduhnya nabi ahli sihir, gila seks, gila kuasa, dan macam macam, itu kita dah rujuk sebaik baik manusia tu, maka apatah lagi jika rujuk pada orang yang korang tak suka so call ustaz semua ni, terus up kisah bercerai ustaz tu sebagai alasan padahal dalam islam sebelum nak letak hokum, dengarlah kisah dua pihak.
Selalu sangat jugak ada pasangan yang lepas kena cerai, di ceritakan keburukan bekas pasangan, apa tujuan entah? Aduhhh. Cerita pulak tu dah tentu berat sebelah.
Sedangkan bercerai itu halal, tapi bercerita keburukkan pasangan adalah haram, jika betul cerita keburukkan itu, ianya adalah mengumpat, da jika salah cerita keburukkan itu, ianya adalah menfitnah, dua dua haram. Dua dua dosa.
Tapi itulah, zaman sekarang, lepas bercerai terus memburuk-burukkan bekas pasangan secara terbuka di FB dan IG? Aduhh
Dah jadi gila macam orang saiko. Macam mana anak nak respek nanti?.
Nikah, Cerai dan Rujuk adalah hukum Allah. Semuanya ada hikmah masing masing.
Tanpa nikah manusia akan berzina dan zuriat berkembang dengan cara yang salah,
Tanpa Rujuk maka tiada peluang untuk kali ke dua dan ketiga.
Tanpa Cerai rumah tangga tak bahagia akan kekal celaka dengan adegan laki pukul bini siang malam, atau isteri curang hujung minggu, atau jenis seksa pasangan, atau lemah batin, dan macam macam masalah hidup, yang mana solusinya adalah bercerai.
Lepas dah berpisah tak boleh move on, jangan cerita buruk, mensyuarat, boleh Rujuk balik.
Jika lepas berpisah lebih bahagia, move on,terus kan hidup, dunia ini bukan sesempit perkahwinan korang sahaja.
Dunia ini luas, sangat luas, hidup ini bukan setakat nak berlaga lubang kencing sahaja. Besarkan anak anak tanpa perlu melihat ibu bapa bergaduh juga nikmat hidup.
Jadi, ketahuilah, bahawa Nikah, Cerai, Rujuk yang mana sema ini hukum Allah.
Cerai adalah jalan keluar, bukan jalan buntu, buat dengan betul akan dapat pahala berganda ganda, yang penting lepas bercerai, wartawan tanya ke, kawan tanya ke, siapa siapa tanya ke, jawab jer tiada jodoh.
Sungguh saya sangat respek dengan artis zaman saya muda muda dulu, yang bila bercerai, dijawabnya tiada jodoh, sungguh zaman tu saya tak dengar sangat kisah pasangan artis burukkan pasangan, cukup jawab “dah takde jodoh”, jawapan yang sangat tepat dengan rukun Iman ke enam,, Alhamdulillah.
Jadi kepada isteri ustaz ke, isteri siapa siapa, atau sang suamipun, jika dah ditakdirkan korang bercerai, jawab sahaja tiada jodoh, tak perlu selak kain tunjuk kemaluan.
Dulu waktu pasangan kita tidur terselak kain, dekat paha tak ada kudispun, tapi tidur kain terselak adalah aib, kita lekas lekas tutup dengan selimut atau tutup pintu bilik takut anak anak nampak, aib pasangan kita jaga, sekarang dah bercerai, kita nak selak semua bagi orang tahu pasangan kita ada kurap?
Dan bila orang tahu bekas pasangan korang ada kurap, dah tentu korang pun ada kurap juga sebab tidur sebantal, kan? Aduhhh…
Kahwin elok elok, cerai elok elok, rujuk elok elok, hidup elok elok. InsyaAllah bahagia.
Hidup ni tak lama, esok lusa semua mati jadi mayat, elok elok tersusun kubur korang, dan saya nak ambik gambar kubur korang dan letak caption:
“Dulu saya selalu update FB dan IG cerita keburukkan pasangan saya, sekarang tidak lagi sebab mulut dah penuh dengan tanah!”
Woha!
Ralat: Ada orang tanya, kitab taklim pakcik jual tak? maaf, saya jual buku saya sahaja, tapi jika nak beli kitab taklim, saya cadang beli di shopee link ini, 3 dalam satu https://invol.co/cl5mi9t
macam-macam sedekah 在 Facebook 的最讚貼文
“Abang mayat, moratorium ni kena ambik ke tak?”
Rujuk gambar, jika korang tak terjejas, tak perlu ambik, jika terjejas, ambiklah.
Bila ambik, jangan pandai pandai nak melabur, akan muncul macam macam sifu nak ajar korang melabur, simpan sahaja wang itu dan guna waktu kecemasan.
Bagi yang tak terjejas, jika ada hutang dengan kawan, ambik jugak, pergi bayar hutang kawan kau itu..
Sebab ? Nabi bagitahu sebaik baik amalan adalah mati syahid, semua dosa orang mati syahid di ampunkan kecuali dosa hutang! HUTANG!
Bayangkan PKP ni korang sangat patuh dengan tak keluar rumah berbulan bulan, tak pergi masjid, jika pergi solat pun jaga jarak dengan menjarangkan saf, balik pasaraya terus mandi, basuh tangan tiap setangah jam,barag online smapai jemur dulu 4 jam, patuh SOP sangat hebat, bagus!
Tapi bila mati masuk neraka sebab hutang tak bayar.
Adohai.
Jadi kepada yang ada hutang, Ambiklah moratorium, bayar hutang kawan, dan mulakan kehidupan dengan bayar hutang pada Allah jika ada..
rujuk rukun islam..
Dulu mampu pergi haji tapi sibuk melancong, segera daftar haji. Sekali seumur hidup sahaja ni, InsyaAllah
Dulu tak bayar zakat, ganti zakat dan banyakkan sedekah. Sesungguhnya sedekah akan membuka pintu rezeki.
Dulu tak puasa, ganti puasa, zaman PKP mudah ganti puasa InsyaAllah..
Dulu tak solat, ganti lah solat, satu waktu satu solat, lama lama habislah..
Dulu Tak tunaikan Hak Kalimah, tak berdakwah, maka penuhkan media sosial, wasap, dan apa apa peluang berdakwah dengan ilmu agama dan perkara positif..
Yang pernah solat tak khusyuk, gantikan dengan solat sunat, InsyaAllah, pelan pelan kayuh..
Itu hutang dengan Allah,
jangan lupa, antara Paling penting, hutang adik beradik, kawan kawan, saudara mara, jika ada, segerakan bayar, tahu.., dulu niat asal korang pinjam sebab nak lari dari pinjaman riba, tapi dah pinjam, wajiblah membayar, guna moratorium pun takpe, sebab mati itu datangnya tiba tiba.
Niat asal nak elak riba sekali jadi bahan bakar api neraka!
Usahakan, agar sempat mati dalam keadaan semua hutang dah bayar, sebab dosa berhutang, mati syahidpun tak dapat selamatkan kita dari azab api neraka!”
Kepada kawan kawan saya jika terbaca ini, atau pembeli order barang tak sampai, sila maklumkan, mana tahu saya sendiri masih ada hutang tak bayar sebab saya lupa sebab dah lama, sila maklumkan. InsyaAllah jika ada bukti saya berhutang, saya akan bayarkan.
Akhir kata, Semoga kita semua mati tanpa hutang dan Woha sampi syurga. Amin.