Koperasi Muslimin, Kedai Mamak Kedah Royale dan Kedah FC
Selepas majlis pelancaran Sayap Keusahawan Alumni UIAM di Bangi, saya terus bergegas untuk menghadiri mesyuarat dengan ahli lembaga Koperasi Muslimin Malaysia Berhad. Kami habis waktu solat Maghrib. Saya solat di sana yang diimamkan oleh al-Fadhil Ust Abdul Rahman, Pengerusi KMMB & juga senior saya di Kolej Islam Klang.
Beliau amat dedikasi sangat. Setiap minggu datang KL dari Terengganu menggunakan bas. Di KL, meeting dan program dari pagi hingga malam. Saya tidak tahu dari mana beliau dapat tenaga & kecekalan minda. Hebat. Seorang role model. Umurnya tidaklah muda lagi.
"Dalam hidup, kita bukan sahaja perlu minda pejuang tapi otot & anggota badan seorang pejuang" (dipetik daripada novel kedua saya tentang sukan badminton)
Saya kemudian bersesi santai dengan Ust Khairul Anuar Basri di Royale Kedah. Beberapa tahun lepas, beliau adalah pelajar saya di peringkat Master. Sekarang, beliau seorang usahawan. Macam2 isu yang dibincangkan gabungan antara ilmiah, bisnes & best practices.
Saya tanya kepada dia kenapa Syariah tidak pernah memperuntukkan hukuman yang spesifik kepada jenayah riba & rasuah yang diperangi dan dilaknati Allah. Kemudian kami berijtihad mencari jawapannya.
Selepas sesi makan malam dan sembang, saya terus bergerak pulang ke rumah sambil mengikut perbincangan FB live Kedah United. Rancak sugguh perbincangan tiga ahli panel dengan bahasa Kedah yang berdenggung.
Saya menyokong hasrat penswastaan Kedah FC & juga menyokong hasrat Koperasi Anak Kedah untuk membeli saham dalam Kedah FC. Tentang nama kelab, cantik juga nama FC Kedah 1924. Memang Kedah FC ditubuhkan sejak tahun 1924.
Aktiviti sukan adalah rukun kehidupan dalam masyarakat. Ia mesti disuburkan. Kalau boleh ia ditadbirkan secara pengurusan bisnes yang mantap...kurangkan kos, tambah produktiviti, tingkatkan valuation.
Rakan2 saya anak Kedah, di mana sahaja hampa semua berada, mari bersama menyokong hasrat Koperasi Anak Kedah memiliki Kedah FC. Kalau jadi, setiap ahli koperasi adalah pemilik Kedah FC. Kelab bola sepak yang dimiliki oleh penyokong bukan perkara baru. Ianya sudah berjaya di Eropah. Kena pulun bagi jadi.
MDB
「kedai sukan bangi」的推薦目錄:
- 關於kedai sukan bangi 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的最佳解答
- 關於kedai sukan bangi 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的最佳貼文
- 關於kedai sukan bangi 在 atiehilmi.com : Lifestyle Blogger Facebook 的精選貼文
- 關於kedai sukan bangi 在 Kedai Alatan Sukan Bangi - Air Fighter Sport | Kajang 的評價
- 關於kedai sukan bangi 在 Kedai Lengkap Pakaian dan Alatan Sukan Bukit Mahkota Bangi 的評價
kedai sukan bangi 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的最佳貼文
(ulasan filem The Foreigner)
Masa kecik, aku membesar dengan adik beradik, sepupu sepapat yang minat Jackey Chan.
Jadi dari sekolah rendah lagi bila ada filem Jackie Chan berkungfu malam malam, gigih tonton walau lewat pagi, sanggup pergi rumah jiran tengok.
Lepas tu jika abang atau sepupu yang dewasa tengok wayang filem Jackie Chan mereka akan bercerita lepas solat isyak di tangga surau, kami yang kanak kanak dengar dengan penuh minat. Ternganga dengar cerita Jackey berlawan di pasaraya dalam Police Stoty, kagum dengar Jackey kalahkan lanun dalam Projek A.
Sepupu yang kaya sikit, ada Video Player, sewa cerita Jackey Chan dan akupun tumpang tonton.The Young Master, Drunken Master berapa kali ulang tengok waktu tu, memang tak jemu.
Pendek kata, Jackey Chan jadi fenomena hingga ada kawan aku yang rasist pada orang cina cakap, satu sebab aku tak boleh benci dengan orang cina kerana mereka ada Jackie Chan!-woha!
Bila aku remaja, aku dapat peluang tengok wayang filem Jackie Chan, antara yang aku ingat filem Twin Dragon 1992, panggung Rex Terengganu (kisah Jackey kembar yang lucu), tengok di bulan puasa, gila ramai betul orang tak puasa dalam panggung! Adohai.
Lepas tu layan Crime Story, 1993 panggung Cathay Terengganu (Filem polis serius), kawan anak orang kaya belanja kerusi tingkat atas, RM5 harga jika tak silap masa tu.
Thunderbolt 1995, kisah JC lumba kereta, layan di KL waktu kerja kilang lepas SPM
Rumble in the Bronx, 1995 kisah JC pergi America dan bergaduh dengan genster Punk dan Mafia, kawan kerja kilang Sardin di Terengganu belanja.
Police Story 4: 1996, First Strike aku layan di Kota Bharu Kelantan, zaman belajar di IPTA
Mr. Nice Guy 1997, pun layan sana jugak. Masa tu Kelantan masih ada panggung wayang.
Who Am I, 1998, aku layan dua kali, satu dekat Kelantan, lepas tu balik Terengganu kawan belanja pulak. Tapi memang best pun cerita tu.
Lepas tu aku dah jarang tengok wayang, Rush Hour pun aku layan CD cetak rompak jer sebab masa tu jualan memang terbuka buka.
Cuma aku ingat waktu lepak di Bangi sorang diri, ketika aku sedang ushar poster wayang, tiba tiba ada mamat cina tegur aku, katanya aweknya tak datang, so ada tiket free, jadi kami layan filem Gorgeous 1999, kisah cinta JC dan Shu Qi. Thanks amoi sebab tak datang, ha ha.
Lepas tu aku sibuk belajar agama, maka dah jarang tengok wayang, oleh sebab itu filem Shanghai Noon 2000, The Accidental Spy 2001, Rush Hour 2, The Tuxedo 2002, Shanghai Knights 2002, The Medallion 2003, Around the World in 80 Days2004, New Police Story. The Myth 2005, Rob-B-Hood 2006, Rush Hour 3 ,dan lain lain filem JC semua aku layan di TV atau DVD, dan aku dapati nafsu minat aku pada JC dah berkurang, tengok jalan cerita pun dah hambar, mungkin sebab JC dah tua, tapi aku ada baca JC sendiri tak suka dengan filem di Hollywoof seperti Rush Hour, Shanghai Noon sebab katanya dia tak di beri kebebasan berkarya. Dan dia buat kerana duit semata-mata, patutlah tak best.
Pada tahun 2008, dah lama tak layan JC di panggung, ada satu malam kawan dari Kelantan ajak layan midninght Jackey Chan vs Jet Li, The Forbidden Kingdom ini aku layan di wayang Kuantan, not bad.
Pada tahun 2009, aku ada layan wayang dengan bini filem JC yang berjudul Shinjuku Incident. hampeh langsung tak best, sebab kurang sangat aksi, tapi dari segi drama kisah pelarian cina di jepun, okey, bolehlah layan tapi filem begini orang lain berlakon lebih baik. Jadi bila The Spy Next Door keluar aku layan di TV jer.
Pada tahun 2010, Little Big Soldier aku layan dengan bini, cerita ni okey! Ha ha, lepas tu aku layan The Karate Kid dengan anak sulung dan Puan bini, cerita ni pun okey!
Lepas tu lama aku tak layan JC di wayang hinggalah tahun lepas, 2016 waktu masuk pertadingan sukan di Negeri sembilan, malam tu aku dan kawan kawan layan Skiptrace di panggung wayang dekat Putrajaya. Cerinta ni kembalikan JC zaman filem Hong Kong dulu-dulu.
Terkini, minggu lepas aku dan puan bini buat keputusan untuk tengok filem The Foreigner, bagi aku filem ini sangat bagus, sesuai dengan umur Jackey Chan, dan jalan ceritapun bagus.
Jadi itulah aku nak kabor kisah aku dan JC, beliau waktu muda pernah jadi Stunt man untuk Bruce Lee, dan bila dapat tawaran berlakon watak utama, orang suruh dia jadi macam Bruce Lee, tapi katanya, “saya tak nak jadi Bruce lee kedua, saya nak jadi Jackey pertama!”
Lalu muncul lah dalam dunia filem teknik berlawan yang lucu dan agak logic sebab JC menang bertarung bukan sebab pandai kungfu semata-mata, tapi kerana pandai guna peralatan sekeliling, lari dari klise filem cina bertarung zaman dulu, mesti tengah padang yang lapang, dan musuh serang satu persatu, tapi bila JC berlawan musuh serang serentak maka JC bertarung guna kerusi, meja, pintu kereta, peti ais, vacuum cleaner, kayu hoki, basikal dan macam macam lagi.
Tempat bertarung pulak macam macam, dalam kilang kereta, atas bangunan curam, atas kereta api bawak durian, kilang benang, bengkel kereta, pasar raya, kilang murcun, kedai lego, bilik mandi, kedai snooker dan banyak lagi.
Itulah mahakarya JC sepanjang zaman, dan karya beliau di iktiraf seluruh dunia, terlalu banyak tawaran berlakon dan katanya antara watak yang dia tak sempat nak berlakon adalah menjadi ahli bomba, sekarang dah terlalu tua untuk bawak watak bomba.
Pada tahun 2015, JC dapat anugerah Panglima Mahkota dari Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim, so JC dah dapat pangkat Datuk!
Pada tahun 2016 pulak, JC dapat anugerah paling tinggi dalam dunia filem iaitu Oscar: "extraordinary achievements"
Begitulah kisah JC yang aku kenal dan pada Zaman muda ada perempuan sanggup bunuh diri bila tahu JC nak kahwin tau?, sebab tu JC kahwin senyap senyap.
JC juga kelakar dalam interview talk show dan nampak beliau seorang yang baik hati, semoga Allah kurnia hidayat untuknya masuk islam sebelum mati.
I love you datok Jackey!
kedai sukan bangi 在 atiehilmi.com : Lifestyle Blogger Facebook 的精選貼文
| rugi tak singgah wakkkk |
kakak baru balik dari Hypershoe Kipmall, Bangi..
menyinggah kedai kasut..
hee~
ape lagi nak buat hujung-hujung minggu ni kan selain mencuci beg duit..
serius..
banyak pilihan kasut..
• kasut formal
• kasut sukan
• kasut sekolah / kerja ( tadi nampak nurse beli kasut putih - kira kasut kerja la kan 😅 )
• kasut kanak-kanak
• stokin
• beg sekolah
macam-macam ada..
dan yang penting..
jimat !!
paling best..
untuk harini ada PWP dengan harga RM 1.00 jek !!
contoh macam..
korang beli sepasang kasut..
untuk kasut yang kedua, korang boleh beli pada harga RM 1.00 !!
( selected item )
kentang tak kentang ?
hahahaha~
orang-orang Bangi yang memang niat nak cari kasut..
baik singgah cepat..
masa kakak nak balik tadi..
yang RM 1.00 tu dah tinggal sikit tau..
👠 : @hypershoeofficial
🛒 : @kipmall
🤤 : www.atiehilmi.com
#hypershoe
#kipmallbangi
#bandarbarubangi
#kedaikasut
#kasutmurah
#atiecerita
kedai sukan bangi 在 Kedai Lengkap Pakaian dan Alatan Sukan Bukit Mahkota Bangi 的推薦與評價
Air Fighter Sports Kedai Lengkap Pakaian dan Alatan Sukan Bukit Mahkota Bangi dapatkan semua kelengkapan sukan anda di sini. ... <看更多>
kedai sukan bangi 在 Kedai Alatan Sukan Bangi - Air Fighter Sport | Kajang 的推薦與評價
Kedai Alatan Sukan Bangi - Air Fighter Sport · Page · Sports · No 32 Jalan BM 2/1 Seksyen 2, Bdr Bukit Mahkota, Kajang, Malaysia · +60 12-208 1251 · Closed now · Not ... ... <看更多>