Miang Pla Pao zilazzz version.. 🤪
sy share resepi kat bawah 👇
kot rajin cubalah buat, sedapppp.. tp aku confius jugak sedap ke lapar yg sbenarnya.. 🤣
resepi sos hijau :
bawang putih 4 ulas
daun ketumbar
cili padi hijau 10biji + cili besar hijau 2 biji (klu nak pedas lg boleh lebihkan)
gula melaka
air limau nipis agk² sendiri
sos ikan 3 sudu (klu tawar boleh tambah)
air masak
blend lumat semua bahan di atas
resepi sos merah :
sos cili thai 1 senduk
cili padi merah 4 biji (potong kecik)
bawang putih 3 ulas (cincang halus)
daun ketumbar (cincang)
air limau nipis agak² sendiri
1sudu gula
campurkan semua gaul sebati
resepi ikan:
ikan Talapia merah / siakap kelar serong sampai ke tulang..
gaul kunyit, garam, cukup rasa n tepung jagung
goreng garing..
sayur-sayuran / ulam:
salad, timun jepun, tomato ceri (td nak beli xde, so guna jela tomato biasa), nak buh sayur lain pon boleh asalkan hampa makan, jgn utk ambik gambor sajerrr.. 😏
bihun/suhun
nak hias mcm mana lu pikirlah sendiri.. aku pon main bantai jee... dah makan nnt xdenya nak lelawa, hancur jugak masuk perut.. 😆
p/s : bg kak zila mkn miang pla ni campur dua² sos ni memang sedakk doohh.. ikut pandai hampa, nak makan guna sos mna klu xrajin nak buat dua² buat la mna yg hampa suka aku xmau ambik tau.. biar la aku rajin sorg² nak buat 2,3 jenis sos pon 🙄
同時也有12部Youtube影片,追蹤數超過47萬的網紅DESTINASI TV,也在其Youtube影片中提到,Murtabak Ini Dikatakan Wajib Di Makan Masa Bulan Puasa Oleh Orang Pulau Pinang. Ada betui ka? Murtabak ialah sebuah hidangan roti berinti yang digore...
jenis sayuran 在 Coach Anuar Facebook 的最佳貼文
IDEA MAKANAN SELEPAS BERSENAM
Semasa bersenam kita telah menggunakan otot2 kita sekuatnya so kita perlu recover semula otot kita dengan makanan sumber protin. Antaranya seperti :-
👉 telur putih rebus
👉 ayam bakar atau stim
👉 ikan stim atau bakar
👉 sayuran tinggi protin macam brokoli,cendawan,tempe,tauhu
👉 jika nak makan karbo pilihlah drpd karbo jenis karbohidrat kompleks spt wholemeal pasta, quinoa atau ubi
👉 atau paling win minum protein shake.cukup protin dan zat2 lain utk recover semula sel2 kita.
Semoga membantu
jenis sayuran 在 Coach Anuar Facebook 的最佳貼文
Pilih serat daripada jenis sayuran ini dalam hidangan anda semasa proses menurunkan berat badan
Semoga membantu
jenis sayuran 在 DESTINASI TV Youtube 的最讚貼文
Murtabak Ini Dikatakan Wajib Di Makan Masa Bulan Puasa Oleh Orang Pulau Pinang. Ada betui ka?
Murtabak ialah sebuah hidangan roti berinti yang digoreng
dan kebanyakkannya dijumpai dinegara semenanjung Arab sehingga ke timur-selatan asia seperti negara Arab Saudi, Kuwait, Yemen, Indonesia, Malaysia, Singapore, Brunei, dan juga Thailand
Kepelbagaian variasi menu ini bergantung kepada lokasi, geografi kawasan tersebut, jenis bahan mentah dan juga teknik memasak. Ini kerana menu ini telad diolah mengikut selera dan sumber rakyat setempat
Antara nota rasa Murtabak ini yang telah di catat ialah, sebuah menu lempeng telur yang dilipat, rasa yang agak pedas, dengan sedikit sayur-sayuran sebagai inti.
Antara bahan yang selalu digunakan ialah, telur, daun bawang, kucai, bawang besar dan merah, dan juga daging hancur. Murtabak akan dilipat bersama bahan bahan tersebut dan digoreng menggunakan kuali.
Pada minggu ini, Resepi Tok berada ni tempat yang tidak asing lagi buat rakyat penang, iaitu Restoran Hameediyah. Kami berjumpa dengan Ahmad Saree Pakir untuk mengetahui dengan lebih lanjut sejarah Murtabak ini.
Menurut beliau, Murtabak sudah berada hampir 60 tahun di Malaysia dan Restoran beliau telah membuat Murtabak selama 7 generasi! Maka tidak hairan lah jika Murtabak mereka sangat lah lain berbanding pembuat murtabak di sekitar mereka.
Tambahan pula, Murtabak di Hameediyah sangat terkenal ketika bulan puasa. Ia menjadi menu pilihan rakyat setempat untuk berbuka dan seolah olah menu tersebut jatuh hukum "wajib" makan ketika berbuka dek kerana keenakkan murtabak tersebut.
Lokasi Hameediyah Nasi Kandar: https://goo.gl/maps/24WHbVADPN1ye1iu6
#resepitok #murtabak #destinasitv
Bermula pada tahun 2017, Destinasi TV melihat budaya kulinari dan darmawisata sebagai pintu kepada sejarah, tradisi dan evolusi masyarakat tempatan.
Merupakan sebahagian dari Kumpulan Manggis (https://manggis.group), Destinasi TV menghasilkan siri video digital yang menghiburkan, mendidik dan berkualiti tinggi untuk tayangan umum secara percuma di platform seperti Youtube, Facebook, Instagram, IFlix dan Dim Sum.
Destinasi TV terkenal dengan siri video digital seperti “Mat Salleh Cari Makan”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Pilihan Terbaik”, “Sembang Bros”, “The Nasi Lemak Show”, dan “Trek Artisan”.

jenis sayuran 在 DESTINASI TV Youtube 的最佳解答
Restoran Bawal Power Sempoi yang mulanya hanya menjual Bawal Goreng sahaja di cawangan Cyberjaya, kini telah mempunyai beberapa variasi pilihan makanan seperti sotong bakar XL, udang galah masak lemak, siakap bakar, pilihan sayur-sayuran dan lain lain lagi. Pilihan sambal yang pelbagai seperti sambal kicap, sambal belacan, sambal bakar mempunyai rasa unik yang tersendiri mengikut citarasa tempatan.
Nasi, sambal, air asam, kuah kari, ulam dan air balang boleh diambil berkali-kali secara percuma. Konsep yang diberikan ini turut memberi impak kepada pelanggan ibarat seperti makan di rumah sendiri. Bawal Power Sempoi kini telah membuka cawangan barunya di USJ 21, Subang Jaya berhadapan Main Place Mall.
?Antara menu yang kami cuba disini ialah:
Set Bawal Goreng, Set Sotong Bakar dan Set Udang Galah Masak Lemak
?Lokasi Bawal Power Sempoi»
1) USJ21, Subang Jaya - 103, Jalan USJ 21/10, Usj 21, 47630 Subang Jaya, Selangor
2) Cyberjaya - Futurise Centre, Block 3710, Persiaran Apec, 63000 Cyberjaya, Selangor
3) Bangi - Jalan Bangi, Kampung Teras Jernang, 43650 Kajang, Selangor
4) Glenmarie - No.9, Jalan Penguasa A U1/53A, Kawasan Perindustrian Temasya, 40150 Shah Alam, Selangor
5) Johor Bharu - 38, Jalan Kebun Teh 1, Larkin, 80350 Johor Bahru, Johor
6) Taiping - Jalan Kamunting Lama, 34000 Kamunting, Negeri Perak
?Sosial Media
Facebook: @bawalpowersempoiusj
Instagram: @bawalpowersempoiusj
☎️ +60 12-320 0914 / 017-4930767
- - - - - - - - - - - - - - - -
?SUBSCRIBE KE CHANNEL DESTINASI TV » https://bit.ly/2y97bxp
- - - - - - - - - - - - - - - - -
? FOLLOW INSTAGRAM KAMI:
DESTINASI TV » https://www.instagram.com/destinasitv/
RHYS WILLIAM » https://www.instagram.com/si_rhys/
- - - - - - - - - - - - - - - - -
?KREDIT: CAMERA OPERATOR & VIDEO EDITOR » AHMAD ZAMRI (https://www.instagram.com/ahmadzamri/) - - - - - - - - - - - - - - - - -
? Latar Belakang Destinasi TV ?
Destinasi TV merupakan channel Youtube di Malaysia yang akan jalan satu Malaysia dan juga di luar negara untuk buat video tentang makanan. Tidak kiralah makanan Malaysia, makanan Western, dan pelbagai lagi jenis makanan dari serata dunia.
© Copyright & Disclaimer Kesemua footage video ini adalah hak milik Destinasi TV dan jangan sesekali upload video ini sebagai hak cipta sendiri.
For business inquiries, please email: hello@destinasi.tv

jenis sayuran 在 DESTINASI TV Youtube 的最讚貼文
?ETS
ETS (atau dikenali sebagai Eletric Train Service) merupakan sebuah keretapi antara bandar yang dioperasi oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) pada 12 Ogos 2010. Ia merupakan keretapi tolok metre yang terpantas di Malaysia dan diwujudkan sebagai perkhidmatan yang memiliki keseimbangan dari segi kepantasan dan keselamatan. Terdapat dua jenis kereta api yang digunakan iaitu KTM Class 93 dan KTM Class 91 dimana boleh menampung sebanyak 346 / 312 kerusi di setiap set kereta api. Kelajuan sepantas 140KM/jam dapat mengurangkan waktu perjalanan dari Kuala Lumpur ke Padang Besar dari 12 jam ke 5 jam dan juga dari Kuala Lumpur ke Gemas dari 4 jam ke 2 jam.
Untuk mengetahui info lebih lanjut dan ingin membeli tiket ETS, boleh layari:
http://www.ktmb.com.my/ETS.html
https://eticket.ktmb.com.my/eticket/
?ERT
ERT atau dikenali sebagai Ekpress Rakyat Timuran merupakan perkhidmatan keretapi antara bandar yang dioperasikan oleh Keretapi Tahan Melayu Berhad (KTMB). Ia juga dikenali sebagai KTM Antarabandar / KTM Intercity. Kereta api ERT hanya tertumpu perjalanan Timur - Selatan iaitu dari Gemas ke Tumpat.
ERT juga menawarkan dua jens kelas iaitu Seats Class dan Sleeper Class; dimana para penumpang boleh memilih sama ada membeli tempat duduk biasa atau “bunk bed” berhawa dingin yang cukup selesa untuk perjalanan jauh. Apa yang menarik di ERT adalah ia mempunyai fasiliti yang lengkap seperti kafe yang menawarkan pelbagai makanan yang menyelerakan. Jika anda malas untuk pergi kafe, pihak ERT juga membuat servis troli katering dimana mereka akan menjual makanan dan minuman kepada para penumpang.
Untuk mengetahui lebih lanjut dan ingin membeli tiket ERT, boleh layari:
http://www.ktmb.com.my/Intercity.html
https://eticket.ktmb.com.my/eticket/
?Shuttle 60 (SH60)
Shuttle 60 merupakan kereta api perkhidmatan harian lokomotif di laluan Pantai Timur dari Gua Musang ke Tumpat. Shutte 60 merupakan perkhidmatan dibawah Shuttle Timur, dimana ia menawarkan perkhidmatan keretapi harian yang popular sepanjang Laluan Pantai Timur. Shuttle ini menawarkan akses kemudahan untuk penduduk tempatan yang tinggal di kawasan perkampungan di negeri-negeri Timur Pahang dan Kelantan. Shuttle ini berhenti di semua perhentian sepanjang laluan dengan harga yang sangat berpatutan untuk penduduk tempatan sebagai pengangkutan utama di rantau tersebut. Ia mempunyai kemudahan seperti kafe di keretapi ini.
Tiket Shuttle Timuran / SH60 hanya boleh membeli “on the spot” di kaunter sahaja.
??Antara tempat yang kami lawati di sekitar Kelantan :
?Masjid Razaleigh
Masjid Razaleigh ini merupakan mercu tanda baharu Kelantan yang terletak di Gua Musang. Berkeluasan 70,000 kaki persegi, masjid ini mempunyai rekaan yang unik dimana masjid ini diinspirasi daripada Masjidil Haram di Makkah.
⛩Tokong Swee Nyet Keung (Tokong Mek)
Tokong Swee Nyet Keung merupakan tokong yang dibina oleh masyarakat Cina seawal kedatangan mereka di Kelantan di Kampung Pulai dari negara China kira-kira 400 tahun yang lalu. Tokong ini menjadi salah satu tarikkan pelancong untuk datang ke Gua Musang, khususnya untuk kaum Cina
?Taman Etnobotani
Terletak di sekitar pekan Gua Musang, Taman Etonobotani merupakan taman herba dan pusat inkubator yang berasaskan herba untuk usahawan-usahawan tempatan. Taman Etnobotani ini juga menyediakan aktiviti riadah kepada para pengunjung seperti “Rock Climbing", chalet dan banyak lagi.
??Pasar Siti Khadijah
Diinspirasikan oleh nama isteri Rasulullah SAW, Siti Khadijah, seorang wanita yang berjaya dalam bidang perniagaan. Menariknya, majoriti peniaga di pasar ini adalah kaum wanita yang terkenal dalam perniagaan. Antara barang yang diniagakan di Pasar ini adalah kuih-muih tradisional Kelantan, sayur-sayuran, makanan m entah, rempah ratus dan kraftangan.
?Pusat Kraf Tangan Kelantan
Merupakan satu pusat terutamanya para pengusaha dan penggiat seni kraf tempatan untuk mempromosikan hasil produk mereka. Malah, terdapat juga aktiviti pameran, demonstrasi dan interaktif kraf tempatan yang menjadi tarik tumpuan para pengunjung.
?Wayang Kulit Pak Dain
Diasaskan oleh Pak Dain, seorang pengiat seni yang memperjuangkan seni Wayang Kulit, dimana beliau terkenal dengan mencipta “Wayang Kulit Fusion” yang menarik perhatian generasi muda dengan persembahan Wayang Kulit modern inspirasikan daripada filem “Star Wars”,
?RS Serunding
Serunding Ramlah Salleh (RS) merupakan pengeluar Serunding terkenal yang berasal dari Kampung Laut, Kelantan. Para pengunjung boleh mendapatkan Serunding yang berkualiti dengan harga yang berpatutan di sini.
?Ayu Fashion
Berlokasi di Tumpat, ia merupakan bengkel batik yang diasaskan oleh Tuan Haji Mahadi@Ibrahim Deraman. Di sini para pengunjung boleh melihat hasil pembuatan Batik menggunakan teknik Batik Cop
?KTM Depot Tumpat
Merupakan Depot Lama KTM dari tahun 1966. Ia mempunyai sebuah rumah api dimana para pengunjung boleh melihat kawasan perkampungan, yang asalnya merupakan sebuah muara laut.
