Posted @withregram • @astrogempak Tebuk perut anak, anak derhaka ugut nak lari rumah dan adik pregnant. Fuhh semakin penuh dengan konflik!
.
Jom layan #ITanggang, Setiap Isnin, 9.00 Malam eksklusif di Astro Citra.
Anda juga boleh strim #ITanggang di Astro GO atau On Demand.
.
@danishhazriq
@sheriemerlis
@faizalhusseinofficial
@nadhirnasar_
@emmareanna
@sofia.not.sofea
@andytehkh
@zarinazainuddin_
@wanraja
@emeldarosemila
@pushpanarayan
@rashidi_ishak
@wanhaslizawz
@alak_idle
@unimalaya
.
#ITanggang
#MotherOfAllLies
#AreUOK
#AstroOriginals
同時也有13部Youtube影片,追蹤數超過7,400的網紅Hamka Kereta Mayat,也在其Youtube影片中提到,Anak autisme saya ada masalah nak bercerita, pergi sekolah tiada apa cerita yang mampu dikongsikan, semua soalan tidak di jawab, bila PKP, sekolah tut...
「derhaka」的推薦目錄:
- 關於derhaka 在 Facebook 的最佳貼文
- 關於derhaka 在 Facebook 的精選貼文
- 關於derhaka 在 Facebook 的精選貼文
- 關於derhaka 在 Hamka Kereta Mayat Youtube 的最佳貼文
- 關於derhaka 在 Farhatul Fairuzah Youtube 的最佳貼文
- 關於derhaka 在 Fizo Omar Youtube 的最佳貼文
- 關於derhaka 在 Team Jebat Derhaka Malaysia - YouTube 的評價
- 關於derhaka 在 Anak Derhaka.. | By Cocombee | Facebook 的評價
derhaka 在 Facebook 的精選貼文
“Ayah, vaksin ni apa sebenarnya?”
“Vaksin ni adalah virus lemah yang masuk tubuh dan aktifkan pertahanan badan jadi kuat yang mana bila virus kuat datang, maka virus tu tak mampu lawan pertahanan badan sebab dah ada pengalaman lawan virus jenis itu.”
“Vaksih dari sudut islamik macam mana pula?”
“Baik, Vaksin ni macam ujian dalam ibadat, bila kita mampu lawan ujian kesukaran dalam ibadat, maka Iman kita akan kuat, dan bila Iman kuat, waktu datang ujian besar nanti, selamba kita redha dengan ujian”
“Ujian dalam ibadat ni macam mana?”
“Contohnya ibadat solat, bila masuk waktu, rasa malas, rasa nak lengah lengah, rasa beban, tapi kita lawan, kita bangun terus, ambil wudhu, tinggalkan game, tinggalkan tik tok, teruskan solat, maka ujian masuk waktu solat Ketika sedap main game telah kita atasi maka akhirnya kita akan dapat kekuatan Iman, yang mana andai esok-esok, masuk hospital pakai alat bantuan pernafsan, orang lemah Iman terus tinggalakn solat sebab waktu sihatpun lengahkan solat, tapi kita yang Iman kuat, InsyaAllah solat pakai mata pun sanggup buat, apalah sangat solat sambil pakai alat bantuan pernafasan”
“Cucuk vaksin dos ke tiga apa pula maksudnya?”
“Ujian dalam solat pun ada tingkatnya, ujian solat untuk orang bujang satu hal, bila dah kahawin ada anak bini, ujian dah naik lagi, bila anak pulak sakit atau ada masalah derhaka, ujian naik lagi, tapi walau besar macam manapun ujian, maka tetap solat itulah perumaan macam vaksin banyak dos, meningkatkan lagi keimanan hingga setiap ujian besar datang, selamba sabar tanpa mengeluh pun, malahan, kuat lagi ujian hdup, orang yang kuat Iman, selamba bersyukur pada setiap ujian dengan berkata..”
“Sekiranya beginilah caranya Allah nak ampunkan dosa kita, alangkah ringan-nya penderitaan ini... Alhamdulillah.”
“Pandai! Sambung lagi sikit”
“Dan apabila beginilah caranya Allah nak selamatkan kita dari azab api nereka dan masukkan kita ke dalam syurga yang kekal abadi, alangkah 'indah-nya' penderitaan ini. Alhamdulillah.”
Alhamdulillah syukur atas segala nikmat? Mana vaksin dos ke tiga? Makhluk semua tu tak bagi manfaat dan mudarat, namun ikhtiar pertintah Allah, dan tawakal lepas ikhtiar adalah sunnah, jadi masukkan saya dalam list booster vaksin.
Woha!
derhaka 在 Facebook 的精選貼文
Salam bang, nak tanya,, kenapa Allah cipta orang kafir lalu dimaksukkan ke neraka selamanya?? Kenapa Allah tak ciptakan semua manusia sebagai orang islam.? Tq bang.
Jawapan:
Untuk jawab seoalan ini, kena jawab soalan asas kehidupan:
“Dari mana kita datang, ke mana kita pergi dan apa tujuan di sini?”
Jawapannya, Kita datang dari Kehendak Allah, kepada Kehendak Allah kita pergi, dan Tujuan hidup adalah Ibadat.
Sunnguh Allah Maha Berkehendak, dia yang Berkehendak kita menjadi manusia, lalu disempurnakan nikmat iaitu kuasa berkehendak juga ada pada kita.”
Lalu Kita di beri dua jalan, yang baik untuk didekati, dan yang buruk untuk dijauhi. Baik dan Jahat, Allah yang tentukan, bukan kehendak kita, kita ikut kehendak Allah maka ada kejayaan, lalu akhirnya kehendak Allah yang menentukan Syurga nereka berdasarkan Kehendak kita di dunia”
Dan di dunia ini sahajalah tempat Allah benarkan kita membuat kehendak!
Dan segala kehendak kita di sini akan menentukan masa depan kita di sana( akhirat)…
Sungguh Kejayaan hidup adalah bila kita berjaya membuat ‘kehendak’ dan ‘pilihan’ yang betul…
Saya ulangi..
KEJAYAAN HIDUP ADALAH BILA KITA BERJAYA MEMBUAT KEHENDAK DAN PILIHAN YANG BETUL!
Inilah ‘kuasa’ yang Allah bagi pada manusia yang menentukan Syurga atau Nereka.
Korang di beri DUA PERKARA untuk memilih di antara dua perkara…
Korang di beri AKAL DAN HATI untuk memilih jalan kebaikkan atau jalan kebinasaan.
Binasalah korang jika mengikut DUA PERKARA dalam memilih di antara dua perkara…
Binasalah korang jika mengikut NASFU DAN SETAN dalam memilih jalan kebaikkan atau jalan kebinasaan!
Jika tak buat pilihan di antara DUA JALAN, iaitu JALAN KEBAIKAN dan JALAN KEJAHATAN, maka di akhirat dah tak boleh buat pilihan lagi!
Berikut adalah PILIHAN-PILIHan yang di minta oleh mereka yang berada di Neraka tapi TIDAK di layan:
· Minta makanan dan minuman kepada penghuni Syurga. (Al A’raf 7:50)
· Meminta kepada penjaga Neraka supaya diringankan seksaan walau hanya satu hari saja. (Gofir 40:49-50)
· Meminta kepada malaikat Malik, agar dimatikan saja sebab dah tak tahan kena seksa. (Az-Zukhruf 43:77)
· Meminta kepada Allah agar dikeluarkan dari Neraka dan dikembalikan ke dunia untuk beramal soleh. (Al-Mukminun 23:107-108, As Sajadah 32:12, Ibrahim 14:44)
· Meminta supaya Allah melipat gandakan azab untuk para pemimpin dan ketua yang telah bawa mereka Neraka. (Yasin 33:66-68)
· Meminta Keluar Dari Neraka. (Al Mukmin 23:11)
Oleh sebab itu duhai pembaca yang budiman sekalian, disana sungguh sudah TIDAK BOLEH BUAT PILIHAN, Maka menangislah wahai mata di sini tempat boleh buat pilihan kerana, menangis di sana walaupun keluar air mata darahpun tiada guna sedikitpun.
Tapi di sini walau setitik…bisa memadamkan api neraka yang berkejolah.oh..!
“Dua mata yang tidak akan disentuh api neraka untuk selama-lamanya : mata yang menangis kerana takut kepada Allah dan mata yang berjaga malam di jalan Allah.”
(Riwayat Tirmidzi-bukti pilihan di sini mengubah nasib di akhirat)
So, berbalik kepada pilihan maka wujudlah orang kafir, Allah tak ciptkan mereka kafir, semua orang lahir islam dan fitrah, tapi bila di beri dua jalan, maka mereka memilih kekufuran.
Tapi orang kafir masih di beri peluang bertaubat, di datangkan Nabi, dan pendakwah, mereka boleh ubah nasib di akhirat jika mereka mahu, tapi itulah, mereka yang pilih untuk jadi kafir.
Panjang penerangan, saya ringkaskan dengan bertanya Empat Soalan
Siapakah makhluk yang tidak nampak Allah, tapi DERHAKA sampai kiamat?
Jawapan: Orang kafir
Siapakah makhluk yang tidak nampak Allah, tapi TAAT sampai kiamat?
Jawapan: Orang beriman
Siapakah makhluk yang nampak Allah, tapi TAAT sampai kiamat?
Jawapan: Malaikat
Siapakah makhluk yang nampak Allah, tapi DERHAKA sampai kiamat?
Jawapan Iblis dan syaitan.
Dari empat jawapan ini maka menjawablah soalan korang yang bertanya:
“Abang mayat, kenapa ada orang kafir? Kenapa Ada orang islam? Kenapa Ada syaitan? Kenapa Ada malaikat?
Ini semua masuk bab Iradat, Allah Maha Berkehendak, Maka siapalah kita untuk pertikaikan Kehendak Allah, lalu sudah kehendak Allah nak cipta manusia, diuji susah, diwakilkan Nabi, dan siapa yang ikut Nabi masuk syurga, siapa tak ikut Nabi akan masuk neraka, sudah itu kehendak Allah, kita sebagai hamba ciptaannya nak pertikai apa lagi, sedangkan pilihan telah di beri”
“Tapi abang mayat, dengan Iradat macam tu, ramai akan masuk neraka, kenapa Allah tak bercakap terus dengan manusia direct ke telinga, terus semua sembah Allah dan masuk syurga”
Saudara, Iradat Allah juga sudah buat makluk yang Allah bercakap direct iaitu Malaikat, dan semua malaikat sembah Allah, lepas tu baru Allah cipta manusia, dan waktu itu ada pulak makluk yang bercakap direct dengan Allah jugak tapi derhaka, iaitu iblis, jadi Allah cipta manusia dengan iradat boleh buat pilihan, dan semua manusia akan di uji sama ada nak jadi baik macam malaikat atau jahat macam iblis, pilihan di tangan kita.
Kita hanyalah makhluk ciptaannya, bersyukur Allah tak jadikan kita iblis, kekal di neraka, tapi Allah jadikan kita manusia, boleh pilih masa depan. Tapi kita sombong, nak jadi kafir, dan salahkan Tuhan? Tak ke mana lah kita.., ke neraka bersama iblis Nampaknya.
Akhir kata: takutlah Allah, Fahami bab Iradat, yang mana Allah mampu cipta malaikat yang bercakap direct dengan Allah, semua taat, Allah juga mampu cipta iblis yang bercakap direct dengan Allah, tapi semua derhaka, lalu Allah juga mampu cipta manusia yang tak bercakap direct dengan Allah dan pilihan di tangan kita nak pilih syurga atau neraka
Sabda Nabi, Beruntunglah orang yang tidak melihat aku, tapi Beriman dengan apa yang aku sampaikan.
Semoga Woha sampai syurga!
derhaka 在 Hamka Kereta Mayat Youtube 的最佳貼文
Anak autisme saya ada masalah nak bercerita, pergi sekolah tiada apa cerita yang mampu dikongsikan, semua soalan tidak di jawab, bila PKP, sekolah tutup, lagi sukar nak belajar
Mujur Hospital tak tutup, namun Doktor Pakar terapi bagitahu tak boleh buat terapi di Hospital zaman Covid ini, jadi saya kena buat sendiri di rumah.
Bila saya masuk Group Autisme, banyak saya dapat aduan, suami tak hiraukan anak syurga, semua diserahkan pada isteri untuk buat terapi, ada kes bercerai sebab dapat anak OKU.
Tak boleh macam tu bang, anak syurga tu anak pasangan bersama.
Hak mereka kena tunaikan, barulah mereka boleh tarik kita ke syurga InsyaAllah. Jangan biarkan isteri buat semua kerja terapi ni, bantu sama sama.
Dan walaupun sudah bantu anak syurga, tak semestinya kita terus masuk syurga, kerana yang dijamin syurga itu anak OKU kita, bukan ibu bapanya, bermakna kita sebagai ibu bapa selain tunaikan hak anak, dalam sama yang sama wajib taat perintah Allah, sama macam parent yang lain,
Yang tidak ada anak syurga, mungkin diuji tiada anak, yang ada anak normal, di uji anak derhaka, belum cerita ujian pasangan, ujian kena buang kerja, ujian terputus rezeki, ujian penyakit kronik dan macam macam lagi ujian hidup.
Maka sedarlah Kita bahawa kita yang ada anak OKU, bukan berada di kemuncak segala ujian, sebab ada orang yang lebih sukar ujiannya dari kita tapi masih mampu bersyukur, dan ada orang lebih ringan ujian hidupnya dari kita tapi sentiasa berkeluh kesah.
Sungguh semua orang sedang diuji, dan kita, dah tentu di uji dengan karenah anak syurga.
Lalu syukur dan Sabar silih berganti, Ikhlas dan Khauf amat membantu. Insya-Allah.
Teringat hadis dari Rabi'ah bin Ka’b r.a berkata:
“Aku menginap bersama Nabi SAW dan membantu beliau untuk menyiapkan air wudunya dan keperluan lainnya. Kemudian, Rasulullah bersabda, ‘Mintalah sesuatu kepadaku.’Aku menjawab, ‘Aku mohon agar dapat menemanimu di syurga.’ Lalu, Nabi SAW bersabda, ‘Bantulah aku untuk dirimu dengan memperbanyak sujud’ (HR Ahmad, Muslim, An Nasai, dan Abu Daud).
Bermakna dari hadis ini, seorang sahabat yang menyenangkan Nabi sehingga mendapat tawaran apa sahaja, kerana doa Nabi yang makbul, telah memilih Syurga, namun Nabi tetap pesan,:
‘Bantulah aku untuk dirimu dengan memperbanyak sujud’
Bermakna diri sendiri kena ada usaha ke Syurga, banyakkn sujud, maka mudahlah Nabi membantu kita ke Syurga.
Jadi InsyaAllah akhirat nanti anak syurga kita akan bantu kita ke syurga kerana kesabaran kita dalam menunaikan haknya, atau dalam dalam susah senang hidup bersama.
Namun, untuk ke syurga bersama anak syurga, ingatlah pesan Nabi:
‘Bantulah aku untuk dirimu dengan memperbanyak sujud’
Maka untuk kes kita, ‘Bantulah anak syurga kita untuk diri kita sendiri dengan memperbanyakkan sujud’
Alhamdulillah.
Maka Video ini adalah contoh terapi terkini "Belajar lima patah perkataan”
Semoga lepas tengok video ini, semua Parent yang sekasut macam saya, datang semangat nak buat terapi kendiri di rumah bersama anak syurga.
Mudah mudahan anak kita mampu bercerita pada kita di dunia, dan Apa yang pasti disyurga nanti, anak syurga kita pasti akan banyak nak bercerita.
Woha!
Link video terapi 5 patah perkataan: https://youtu.be/tx6uRz27L1U
Link video terapi 4 patah perkataan: https://youtu.be/qDR5PulFw3E
derhaka 在 Farhatul Fairuzah Youtube 的最佳貼文
Surah Ini sudah membuktikan segala yg berlaku ada tertulis didalam AlQuran?? @Tarmizi Abd Rahman Official @Fakhrul UNIC
.
Mari kita hayati❤️
ayat 1: Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
ayat 2: Dan Kami telah memberikan Nabi Musa Kitab Taurat, dan Kami jadikan Kitab itu petunjuk bagi Bani Israil (serta Kami perintahkan mereka): "Janganlah kamu jadikan yang lain daripadaKu sebagai Tuhan (untuk menyerahkan urusan kamu kepadanya)".
ayat 3: (Wahai) keturunan orang-orang yang telah Kami bawa bersama-sama dengan Nabi Nuh (di dalam bahtera)! Sesungguhnya ia adalah seorang hamba yang bersyukur.
ayat 4: Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau.
ayat 5: Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku.
ayat 6: Kemudian (setelah kamu bertaubat), Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka, dan Kami beri kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya.
ayat 7: Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.
derhaka 在 Fizo Omar Youtube 的最佳貼文
Ramai yang dm yang komen nak resepi. Tak sangka eh ramai rupanya yg suka kuih loyang ni. Mudah je guys nak buat. Yang plg penting jangan 'derhaka' dengan resepi. Episod 1 #campakcampak bersama Minyak Masak Alif kalini Abe Joe nak payung resepi kuih loyang..
Korang tengok video ni dan follow je tips-tips dari Abe Joe confirm letopss nanti kuih loyang korang dgn menggunakan Minyak Masak Alif iaitu 100% daripada kelapa sawit yang tulen dan berkualiti tinggi.
Dahla dapat resepi ni, Abe Joe nak bagi pulak cash RM1000 dan apron hipster dari Minyak Masak Alif utk 10 orang pemenang bertuah. Sape yg bertuah tu? Korang semualahhh
Simple je, korang komen tips menggoreng atau masakan yg power yang Abe Joe tak tahu.
Good luck guys!
Untuk byk lagi tips masakan dan juga minyak masak korang tekan jer link dkt bwh ni:
https://www.facebook.com/watch/124175584965200/211639977083299
https://www.youtube.com/watch?v=xc30gdOPlJY&list=PLAWe-zIL9dmXRUNqwo96 uVbTJO08cSvrR
#biarsinglejanjipandaimasak
#campakcampak
#minyakmasakALIF
#alifpalingarif
#kuihloyang
#kuihsarangtebuan
#kuihviral
derhaka 在 Anak Derhaka.. | By Cocombee | Facebook 的推薦與評價
18 万views, 5652 likes, 329 loves, 395 comments, 8746 shares, Facebook Watch Videos from Cocombee: Jangan sebab nak jaga hati isteri.. Kita lukakan... ... <看更多>
derhaka 在 Team Jebat Derhaka Malaysia - YouTube 的推薦與評價
Official Channel Jebat Derhaka"TENGOK, DENGAR, FIKIR & DIAM" FACEBOOK: Jebat Derhaka Page TIKTOK: @jebatjd Hidup Berakal, Mati Jangan Berhantu #JEBA... ... <看更多>