"abang mayat, Kalau orang luar mahu tonton filem melayu kita, filem apa yang jika mereka tengok, tak rasa malu jika nak kongsi, ada cadangan?"
"Ehem-ehem, saya cadangkan 13 buah filem ini"
Cinta (2006)
Mengisahkan lima pasangan bercinta di kuala lumpur
Cinta seorang kakak kepada adik hingga sanggup bekorban nyawa
Cinta seorang makcik kepada pakcik yang hilang ingatan
Cinta soorang kaya kepada gadis miskin jual majalah.
Cinta yang di curang oleh isteri cantik padahal suami serba cukup.
Cinta yang datang kerana kasihan kepada gadis remaja
Apa yang menarik, 5 kisah ni bersilang satu sama lain, berlatar belakangkan KLCC, filem ini best sehingga Indonesia buat remake.
Note: Kebanyakkan filem arahan Kabir Bhatia ni best dan boleh layan.
Muallaf (2008)
Kisah gadis melayu islam yang minat agama islam, dan kisah pemuda cina kristian yang tidak minat agamanya sendiri, lalu kisah mereka bersilang dengan drama kehidupan masing masing. Filem ini kelakar, dan deep.
Note: Semua Filem arahan Arwah Yasmin Ahmad adalah best dan tak malulah jika orang luar tonton. Walaupun ada babak dalam filem arwah yang sangat kontroversi bagi orang islam di Malaysia, tapi itu kot mesej ‘Mualaf’ yang nak di sampaikan.
One Two Jaga (2018)
Kisah polis dan masalah hidup rakyat Malaysia. Berbakat rupanya abang Nam Ron dalam mengarah filem.
Mencari Rahmat (2017)
Arahan Al Jafree Md Yusop, karya yang di adaptasi dari Oscar Wilde berjudul The Importance of Being Earnest, filem yang lokasi tak banyak, tapi pelakon sangat power hingga penutup filem ni layak korang bangun tepuk tangan.
Aku Tak Bodoh (2010)
Juga adaptasi dari filem luar iaitu Singapura, filem asal: 'I Not Stupid Too', so filem ini memang kelakar dan membawa mesej kekeluargaan versi rakyat Malaysia.
Lelaki Harapan Dunia (2014)
Kisah drama orang melayu di sebuah kampong, filem ini kelakar dan menghiburkan, budaya junjung rumah untuk pindah tu memang berlaku dalam hidup orang melayu dan kini berpeluang difilemkan, tapi filem ini gagal di pawagam sebab tajuknya tak mesra melayu, Lelaki Harapan Dunia?
Sepatutnya tajuk filem ini adalah "Orang Minyak naik Minyak", dan babak orang afrika awal awal tu jangan letak dipermulaan filem, biarkan penonton sangka orang minyak betul tu ada, dan akhir sekali baru buat plot twist yang orang minyak tu adalah warga afrika, sayang filem ini dah best tapi tajukanya tak mesra melayu dan plot twist tak di adakan, kena belajar dengan Mamat Khalid ni, tapi babak bomoh rujuk buku satu pembahruan dalam filem melayu, tahniah Liew Seng Tat walau Hang orang cina tapi mampu tonjolkan filem kita wajah kita.
KIL (2013)
Saya seronok tonton filem ini, sebuah filem drama romantic, dengan tema bunuh diri yang jarang ada dalam filem melayu. Tahniah Nik Amir Mustapha untuk filem ini.
Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010)
Filem yang ada orang melayu, hantu melayu, lawak melayu, lagu melayu, antara karya terbaik Mamat Khalid
PASKAL (2018)
Jom bagitahu dunia, kapal selam kita boleh menyelam, dan semua peralatan tentara kita berfungsi dengan baik, kita juga ada hero badan ketul ketul, dan ada berbagai bangsa dalam askar melayu. Filem ini berdasarkan dari kisah benar, tentera Malaysia dalam misi merampas kembali kapal dagang MV Bunga Laurel daripada lanun Somalia di Teluk Aden pada 2011. Tahniah Adrian Teh untuk filem ini, drama dan aksi seiring, terbaik.
Manisnya Cinta Di Cappadocia (2014)
Filem cinta komedi hasil arahan Bernard Chauly , kisah awek cantik dan tiga lelaki, tunang sejak kecik yang dah mengandungkan awek lain, abang ipar ajak kahwin lepas kakak mati dan hero yang hanya kerja bawak bas, aduhh. Suka ayat “salin tikar”, dan “langkah bendul” yang menjadi tema filem ini.
Puteri Gunung Ledang (2004)
Dah kata nak suruh orang luar tengok, maka kenalah tengok filem purba melayu, tapi sayang tak banyak pilihan yang best, maka filem ini paling sesuai untuk tonjolkan kisah cinta agung, Hang Tuah dan Puteri Gunung Ledang.
Saya lebih suka jika ending filem ini Hang Tuah butakan mata agar dapat bersama Puteri gunung ledang tanpa perlu takut pada sumpahan muntah darah kerana matanya buta lalu mereka hidup bahagia di kemuncak gunung. Chewah.
Jibam (2017)
Kisah anak arwah bomoh yang OKU, macam autisme. Pelakon filem ni juga seorang OKU Disklesia.
Sebelum Pagi Berakhir (2018)
Di Malaysia ramai juga bangsa cina, maka ada kisah empat pemandu teksi dan jenayah dan drama.
Bonohan (2013)
Berlatarkan sebuah kampung di Kelantan, cerita 3 adik-beradik yang ada masalah dengan ayah lalu terbukalah sejarah hidup masing masing.
Okey cukuplah tiga belas, untuk filem animasi katogori lain kita bincang, dan memang ada lagi filem lain yang best tapi cukuplah yang itu dulu, dan saya memang cari filem tahun 2000 ke atas, maka filem P.Ramlee ke, Nordin Ahmad ke, Bukit Kepong ke, Kami (sudirman) ke, Johgo ke, semua saya tak masukkan sebab nanti senarai filem menjadi terlalu panjang. Apa yang saya share filem yang memang menghiburkan, boleh tengok dua kali dan ianya berbahasa melayu.
So, selamat menonton.
(Tolong siapa siapa pandai English tukarkan tulisan saya dalam BI dan jangan lupa bagi kredit pada saya: Hamka Kereta Mayat)
Woha!
#hamkafilm
同時也有27部Youtube影片,追蹤數超過47萬的網紅Hazeman Huzir,也在其Youtube影片中提到,Siri #AngkerSister kali ni bersambung dengan kisah Ainul dari Twitter yang pernah terakam suara perempuan menangis masa video call. Rupanya panjang ce...
「cerita hantu indonesia」的推薦目錄:
- 關於cerita hantu indonesia 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的最讚貼文
- 關於cerita hantu indonesia 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的最佳貼文
- 關於cerita hantu indonesia 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 的最讚貼文
- 關於cerita hantu indonesia 在 Hazeman Huzir Youtube 的精選貼文
- 關於cerita hantu indonesia 在 Hazeman Huzir Youtube 的最讚貼文
- 關於cerita hantu indonesia 在 Hazeman Huzir Youtube 的精選貼文
- 關於cerita hantu indonesia 在 Cerita Hantu Indonesia (CHI) - Facebook 的評價
- 關於cerita hantu indonesia 在 Inilah 15 Youtuber Horor Paling Populer di Indonesia 2023 的評價
- 關於cerita hantu indonesia 在 CERITA HANTU NYATA DAN SERAM DI INDONESIA ... 的評價
- 關於cerita hantu indonesia 在 Rekomendasi 7 Channel Horor Youtube Wajib Tonton 的評價
cerita hantu indonesia 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的最佳貼文
Dulu masa aku belajar agama, ada satu silibus penting iaitu; BETULKAN FIKIR.
Biasa bila sampai masjid, ustaz akan suruh betulkan fikir kerana apa yang kita fikir, itu yang akan kita dapat. Ustaz kata jangan fikir nak cari salah orang, tapi fikir nak baiki diri dengan serah diri pada perintah Allah.
Aku pada mulanya tak tahu macam mana nak betulkan fikir, lalu kawan aku cakap, dia pernah waktu duduk di masjid fikir nak makan kuda, tiba tiba kuda melintas jalan, eksiden!, cedera dan disembelih, lalu daging kuda di beri kepada Jemaah masjid, dapatlah dia makan daging kuda buat pertama kali dalam hidupnya..
Aku masa tu anggap kebetulan jer tu, lalu aku fikir nak makan jagung rebus, lama aku fikir, petang tu orang kampung datang bagi jagung rebus, wow!
Lepas tu aku fikir nak makan durian, tak dapat terus, tapi esoknya dapat! Orang kampung datang bagi pada aku yang sedang iktikaf di masjid. Lepas tu aku fikir nak makan daging itik sebab lama dah tak makan, tak dapat terus, dalam tiga hari akhirnya ada orang tiba tiba bagi aku makan daging itik!
Bila aku cerita pada ustaz, maka ustaz tegur aku:
“Hamka! Jangan fikir tentang makanan, jika fikir tentang makanan, makananlah yang kau dapat. memang manusia di beri kuasa Fikir, Manusia fikir atas besi, besi boleh jadi kapal laut, fikir lagi atas besi, besi boleh jadi kapal terbang. Orang kaya fikir tentang wang, bisnes menjadi semakin maju, orang miskin fikir tentang salahkan orang lain, akhirnya semakin miskin! Gunakan kuasa fikir di jalan yang benar!
Formula formula matematik yang ditemui itu pun berkat fikir manusia, teknologi-teknologi sains yang manusia cipta adalah berkat fikir dengan sungguh sungguh! Betapa hebatnya fikiran manusia. Fikir apa sahaja, kemudian, ia boleh terjadi. Ini Sunnatullah!
Jadi, kenapa kamu tak manfaatkan fikiran kamu yang hebat itu untuk fikir atas agama? Jika fikir atas benda dunia pun menjadi, maka fikir atas agama pun, mesti jadi! Sampai masjid kita kena bawa lari dari fikir dunia kepada fikir akhirat. Kita sebagai orang Islam, fikir kita kena betul. Jika banyak fikir dunia, maka dunialah yang akan maju. Cuba kita ubah kerisauan kita daripada kerisauan dunia kepada akhirat... insya-Allah, kita akan berjumpa jalan-jalan ke arah akhirat. Nabi fikir tentang ummat, akhirnya agama tersebar dan ramai ummat dapat hidayah!"
Panjang aku kena ceramah dengan ustaz tentang JANGAN SALAH GUNA KUASA FIKIR, tapi memang betulpun apa yang ustaz cakap, masuk akal sebab apa yang ustaz tu cakap sebijik macam LAW OF ATTRACTION yang terkenal di Barat.
Aku waktu itu memang ada baca buku HOW LIFE WORKS oleh Andrew Matthew, yang bincang bab “Law of Attraction”, atau dalam Bahasa melayu, hukum tarikan.
Iaitu REAKSI FIKIRAN kita akan menghantar gelombang kepada alam semesta dan akan menarik AKSI KEJADIAN selari dengan gelombang otak.
Katanya, Jika kita berfikiran ceria, maka nasib yang untung akan tiba, tapi jika kita berfikiran murung, nasib malang akan menimpa. Begitu lebih kurang.
Kata pengarang, dia bergaduh dengan isterinya, lalu isterinya bengang dan pandu kereta hingga sampai di lampu traffic light warna merah, isterinya berhenti sambil tunggu lampu hijau, tiba tiba kereta lain datang dan langgar isterinya. Katanya bencana datang sebab isterinya sedang menghantar gelombang kesedihan pada alam semesta.
Waktu lain, kata pengarang bila dia susah hati, semua benda tak jadi, tapi bila dia senang hati, semua yang di buat-menjadi! Inilah kuasa fikiran yang boleh mengubah takdir!
Jadi, dalam konsep “Law of Attraction” di Barat, Mereka percaya gelombang positif dari otak akan mengundang takdir positif dalam hidup yang dikuasai alam semesta, dan gelombang negatif dalam otak juga akan mengundang takdir negatif dalam hidup, cuma mereka tak merujuk kepada kuasa Tuhan, tapi merujuk kepada kuasa alam semesta sebab mereka tak percaya pada TUHAN tapi percaya pada kuasa alam semesta dalam bab kuasa fikir.
Mereka juga percaya bahawa semua dalam alam ini saling berhubung dengan manusia, dan mereka juga percaya dengan kuasa doa dan niat! (sebijik macam ajaran islam!)
Siap mereka percaya, jika fikirkan orang lain ditimpa bencana, maka bencana akan timpa kita! wow!
Jadi jika korang ada baca buku The Secret dan Law Of Attraction maka yakinlah kita bahawa asas kefahaman kedua buku tersebut telah diajarkan oleh Nabi Muhammad 1400 tahun yang lalu. Jadi kita tak payah nak ikut Hukum TARIKAN ini dalam bab ‘mengubah’ takdir sebab mereka takde Tuhan, boleh pulak berdoa kepada Alam Semesta! adohai..,
Jadi mari kita balik ke pangkal jalan kerana semua ini sudah ada dalam Islam dalam bab kuasa fikir:
Yakinlah kita bahawa Allah memberi kita KUASA FIKIRAN yang boleh ‘mengubah’ TAKDIR ALLAH, Kuasa itu ada dalam FIKIR, NIAT dan DOA.
Dengan tiga perkara ini, kita boleh ‘mengubah’ takdir dari sudut padangan kita.
Note: di sisi Allah semua takdir telah tertulis, di sisi kita, belum tahu apa takdir yang di tulis, maka usaha perlu dibuat untuk ‘mengubah’ nasib tapi dengan yakin yang betul bahawa segalanya telah ditakdirkan.
Dalil Allah suruh ubah Nasib:
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka”
Jadi bagaimana nak ubah?
Guna kuasa fikir, niat, dan doa:
Allah berfirman: Aku bersama sangkaan hambaku padaku, dan aku menyertainya ketika ia telah berdoa pada ku.
“Setiap orang akan memperoleh sesuai dengan apa yang ia niatkan” (HR Bukhari Muslim)
“Aku mengikuti prasangka hambaKu, jika prasangkaannya baik maka baiklah yang didapatkan, jika prasangkaannya buruk maka buruklah yang didapatkan.” (Hadits Qudsi)
Maka fahamlah kita, dengan betulkan FIKIR, betulkan NIAT, dan Betulkan DOA, maka takdir akan berubah daripada takdir yang tidak baik kepada Takdir yang lebih baik!
Sebab tu Nabi gunakan kuasa FIKIR nya untuk risau kepada Ummat, Nabi NIAT untuk selamatkan semua Ummat, dan Nabi DOA siang malam untuk selamatkan Ummat hingga berbondong bondong orang masuk islam, tapi bukan semua sebab hidayat ditangan Allah, dan inilah takdir.
Akhir kata:
Kita adalah apa yang ada dalam fikiran kita, dan fikiran kita akan menarik apa yang kita fikir, jika kita takutkan hantu, maka semua benda nampak seram, dan ada peluang untuk berjumpa dengan hantu walaupun itu hanyalah kain putih ditiup angin, bunyi kucing bersetubuh pun kita akan sangka suara puntianak bila terlalu fikirkan hantu! Adohai.
Tapi jika kita fikir tentang nikmat Allah, lalu bersyukur, Allah akan tambah nikmat, jika kita mengeluh, maka hidup akan menjadi lebih susah, jika kita sangka baik, maka takdir baik akan berlaku, sungguh Allah tak akan ubah nasib kita jika kita tak berusaha, sebab tu Nabi fikir risau ummat, dan berdakwah sungguh sungguh pada ummmat dan Yakin bahawa rezeki serta Hidayat milik Allah.
Hasil kerja kita adalah takdir Allah tapi kita kena berusaha dan bertawakal sebelum takdir itu berlaku.
Wahai hati, apa yang sedang kamu rasa? Bertenanglah dan pergilah berjumpa dengan Tuhanmu Bersama hati yang tenang!
Amin.
(gambar aku fikir tentang keretamayat di indonesia, tiba tiba datang mobil jenazah-woha!)
cerita hantu indonesia 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 的最讚貼文
Kematian Wanita Mengandung: Khurafat Yang Terselindung
Pada hari ini masih lagi tersebar dalam kalangan masyarakat kita sebuah gambaran yang buruk ke atas kemalangan jika ada seorang wanita mengandung meninggal dunia maka rohnya akan merayau dan menjadi hantu menganggu orang-orang tertentu.
Kepercayaan sebegini bukan sahaja berlegar di dalam mitos alam melayu sahaja tetapi juga terdapat dalam kepercayaan di negara luar, antaranya:
1) Pontianak & Kuntilanak – Malaysia & Indonesia
Pontianak atau di Indonesia disebut Kuntilanak dipercayai oleh masyarakat Melayu bahawa ia berasal daripada perempuan yang mati ketika mengandungkan anaknya. Lalu setelah dia mati maka rohnya keluar merayau (menjadi hantu).
2) Sundel Bolong – Indonesia
Sundel Bolong juga merupakan hantu yang dipercayai berasal dari matinya wanita yang mengandung. Ia tidak jauh beza dengan Pontianak cuma Sundel Bolong dikatakan memiliki lubang di bahagian perutnya.
3) Langsuir – Malaysia & Indonesia
Hantu Langsuir adalah salah satu hantu yang terkenal dikalangan masyarakat Melayu. Ia juga dikatakan berasal dari wanita yang mati ketika mengandung.
4) Tiyanak- Filipina
Terdapat pelbagai versi tentang bagaimana Tiyanak terjadi. Orang Mandaya dari Mindanao mendakwa bahawa Tiyanak adalah roh seorang anak yang ibunya meninggal sebelum melahirkannya. Ini menyebabkan ia di dilahirkan di dalam tanah kuburan ibunya.[3] peristiwanya itu hampir sama dalam cerita rakyat Melayu iaitu Pontianak, yang merupakan seorang wanita yang meninggal sebelum melahirkan.
5) Mavka – Ukraine
Mavka adalah nama hantu kepercayaan orang Ukraine yang mana ia juga berasal dari kematian wanita yang mengandung. Masyarakat Ukraine percaya Mavka sering muncul dalam bentuk gadis-gadis muda cantik yang menggoda dan memikat lelaki muda ke dalam hutan, di mana mereka akan dibunuh di sana.
6) Ubume – Jepun
Ubume juga merupakan seekor hantu yang terkenal di Jepun. Ia dipercayai berasal dari seorang perempuan yang mengandung. [1]
7) Mae Nak Phra Khanong - Thailand
Mae Nak adalah hantu terkenal yang sering difilemkan di Thailand. Dia juga berasal dari perempuan yang mati ketika mengandung.
8) Chudail – Utara India, Pakistan & Bangladesh
Di dalam kepercayaan masyarakat India juga memiliki kepercayaan ini juga. Mengikut beberapa legenda, seorang wanita yang mati semasa bersalin atau kehamilan atau akibat penderitaan di tangan iparnya akan kembali sebagai hantu Chudail untuk membalas dendam, khususnya mensasarkan kaum lelaki dalam keluarganya.[2]
Ini antara mitos-mitos cerita hantu yang dikaitkan dengan kematian wanita yang sedang mengandung.
Khurafat Yang Menebal
Hantu adalah suatu makhluk yang hidup di dunia terutama manusia yang mati dengan tragis lalu berubah menjadi roh jahat. Roh jahat ini akan dikatakan sebagai hantu. Berbeza pula dengan konsep kepercayaan Islam terhadap makhluk halus seperti jin dan syaitan. Jin dan syaitan adalah makhluk yang sedia ada yang dicipta oleh Allah dari api.
Fakta yang perlu kita ketahui adalah hampir semua agama membawa kepercayaan kepada hantu kecuali agama Islam. Di dalam Islam tidak ada konsep roh manusia yang jahat tergantung dan menjadi pengacau kepada manusia sepertimana kepercayaan masyarakat Melayu. Sepertimana firman Allah:
“Hingga apabila datang kematian kepada seseorang dari mereka (orang kafir) dia berkata: Ya Tuhanku kembalikanlah aku ke dunia, agar aku berbuat amal yang soleh terhadap apa yang telah aku tinggalkan. Sekali-kali tidak (jawapan Allah), sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkannya sahaja (janji kosong). Dan di hadapan mereka ada DINDING (barzakh) sampai hari mereka dibangkitkan” (al-Mu’minun: 99-100)
Menurut Imam Mujahid (Tabien dan anak murid Ibn Abbas r.a) dan Ibn Zaid berkata tentang ayat ini: “Barzakh adalah seperti satu tembok yang menghalang orang yang mati kembali ke dunia.”
Firman Allah lagi yang bermaksud:
“Allah SWT memegang jiwa (roh) ketika matinya (seseorang) dan memegang jiwa (roh) orang yang belum mati di waktu tidurnya, maka Dia tahanlah jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan..” ( Az-Zumar : 42 )
Melalui ayat ini, jelas bahawa roh berada di dalam pegangan Allah SWT dan Allah tidak membenarkan sama sekali Roh untuk kembali ke dunia, sebagaimana yang dijelaskan dalam ayat sebelum ini.
Inilah dalil bahawa roh orang yang telah mati tidak boleh kembali ke alam dunia. Di sini jelas bahawa kepercayaan kepada hantu dan mistik tidak ada dalam Islam. Persoalanya bagaimana masyarakat pada hari ini boleh terdidik dengan perkara-perkara mistik sedemikian? Di mana puncanya?
Di antara banyak-banyak agama samada Kristian, Hindu, Buddha, Sikh dan lain-lain. Terdapat dua agama yang sinonim dengan perkara-perkara mistik dan cerita-ceria hantu. Malah ia terakam di dalam kitab suci mereka dan memiliki pengkelasan yang tersendiri mengenai hantu-hantu iaitu agama Hindu dan agama Buddha. Dalam agama Hindu, maklumat terperinci mengenai hantu terdapat dalam kitab Garuda Purana yang merupakan kitab tradisi mereka. Dalamnya ada menjelaskan mengenai hantu merayau-rayau sekitar tempat mereka sering pergi semasa hidup atau tempat mereka meninggal.
Dalam agama Buddha pula terdapat suatu alam di sebut Asurakaya-Bhumi iaitu alam hantu dan roh. Dalam kitab agama Buddha seperti Petavatthu-Atthakatha, dan Gambhilokapanyatti terdapat senarai nama-nama hantu beserta ciri-cirinya.
Pembahagian jenis hantu di dalam agama Buddha ini hampir sama apa yang dipercayai oleh sebahagian orang-orang melayu. Pengaruh ini wujud dalam masyarakat melayu adalah hasil dari Hindu Buddha yang dianut oleh orang melayu nusantara pada suatu ketika dahulu.
Pengaruh ajaran agama ini tentang hantu dapat diperhatikan dalam negara-negara yang kuat agama Buddha seperti Thailand, Jepun, China, Korea Selatan dan serantaunya melalu filem dan drama mereka. Oleh demikian itu, watak bagi wanita yang meninggal kerana hamil ini turut mendapat tempat di kalangan ‘asal usul hantu’.
Pandangan Islam Terhadap Wanita Meninggal Ketika Mengandung
Islam mengangkat darjat dan kemuliaan kedudukan wanita sebagai seorang ibu yang telah mengandungkan anaknya, di dalam Al-Qur’an, Allah berfirman yang bermaksud:
“Dan Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya, ibunya mengandungkan dia dengan susah payah dan melahirkannya dengan susah payah”. (Al-Ahqaf:15)
Ayat ini mendidik supaya memuliakan wanita, sama ada sebagai anak, isteri apatah lagi sebagai ibu. Walau bagaimana pun, jika seorang wanita itu meninggal dunia ketika mengandung atau pun saat melahirkan anak, kematian mereka adalah satu kematian yang mulia di sisi Islam iaitu mendapat pahala mati syahid:
الشُّهَدَاءُ سَبْعَةٌ سِوَى الْقَتْلِ فِي سَبِيلِ اللَّهِ : الْمَطْعُونُ شَهِيدٌ ، وَالْغَرِقُ شَهِيدٌ ، وَصَاحِبُ ذَاتِ الْجَنْبِ شَهِيدٌ، وَالْمَبْطُونُ شَهِيدٌ ، وَالْحَرِقُ شَهِيدٌ ، وَالَّذِي يَمُوتُ تَحْتَ الْهَدْمِ شَهِيدٌ ، وَالْمَرْأَةُ تَمُوتُ بِجُمْعٍ شَهِيد.
“Syuhada’ (orang-orang mati syahid) yang selain terbunuh di jalan Allah itu ada tujuh: mati kerana wabak taun adalah syahid, mati lemas adalah syahid, penderita penyakit bengkak yang panas pada selaput dada adalah syahid, mati kerana sakit perut adalah syahid, mati kerana kebakaran adalah syahid, yang mati tertimpa runtuhan adalah syahid, dan seorang wanita yang meninggal kerana melahirkan adalah syahid.” (HR. Malik (16/558), Abu Dawud (20/3105), An-Nasai (21/1847), juga Ibnu Majah (24/2909)
Berkata Syu’aib Al Arnauth Hadis ini adalah sahih.
Dalam hadis ini, Rasullullah menjelaskan betapa Allah memberi jaminan bahawa golongan wanita yang meninggal ketika mengandung atau melahirkan anak akan mendapat ganjaran pahala mati syahid (syahid akhirat).
Hal ini memberi gambaran bahawa betapa besar rahmat dan keistimewaan yang Allah berikan kepada seorang wanita yang berjuang dan bersabar sewaktu mengandungkan anaknya kerana mengandung bukanlah suatu perkara yang mudah.
Pengorbanan kaum wanita untuk mengandung dengan risiko yang amat tinggi dan tidak dijangka telah diangkat martabat mereka dengan dimuliakan dengan dijanjikan pahala syahid dan bukannya diperendahkan dengan mitos buruk ke atas mereka dengan menjadi watak-watak hantu seperti Pontianak atau Kuntilanak.
Kesimpulan
Islam mengangkat kedudukan wanita yang meninggal ketika mengandung dan ia juga dianggap mati syahid. Mereka memperolehi pahala syahid akhirat di atas ujian yang menimpanya.
Sesungguhnya khurafat terhadap konsep roh orang meninggal dalam keadaan tragis itu merayau dan menganggu orang-orang itu bukanlah dari ajaran agama Islam. Ia adalah dari ajaran agama Hindu, Buddha dan dongengang semata-mata. Malah kepercayaan ini bercanggah dengan ajaran Islam. Jika umat Islam masih lagi mempromosi filem atau novel seram yang bertemakan kisah hantu nescaya mereka itu melakukan perkara yang bercanggah dengan ajaran Islam, malah tindakan itu mempromosi kepercayaan di dalam agama lain dan mitos yang karut.
Nota Kaki
[1] Stone, Jacqueline Ilyse; Walter, Mariko Namba (2008). Death and the afterlife in Japanese Buddhism, hlm 204
[2] - (1891). North Indian Notes and Queries, jilid 1, Pioneer Press, hlm 57
R&D Team Multiracial Reverted Muslims
cerita hantu indonesia 在 Hazeman Huzir Youtube 的精選貼文
Siri #AngkerSister kali ni bersambung dengan kisah Ainul dari Twitter yang pernah terakam suara perempuan menangis masa video call. Rupanya panjang ceritanya.
Segmen yang ada seperti:
0:00 Teaser
0:29 Intro, Recap Part 1, Siapa Influencer Ainulnunanaa?
2:31 Siapa Perempuan Yang Menangis Dalam Video Call?
4:09 Datang Tapi Turunkan Ilmu Pulak?
6:04 Kena Makan Lampu Kalimantang Pulak
8:52 Orang Tanam Benda Depan Rumah
13:57 Cara Halau Makhluk Halus Dari Rumah. Bacaan Surah Al Baqarah
22:55 Akan Datang: Angker Sister Rupanya Ada 2 Orang?
Ni IG masing-masing dalam video ni:
Haze (Hazemanhuzir)
Hanan (soimnell)
Akim (akimrazmi)
Ustaz Fuad (daifuadmokhtar)
Ainul (ainulnunanaa)
Ustaz punya website is www.hereafterknowledge.com. Selamat gais, and terima kasih kerana menonton tau.
cerita hantu indonesia 在 Hazeman Huzir Youtube 的最讚貼文
Video dan Audio langsuir menjerit masa kitorang record #AngkerSister baru ni secara online meeting. Also penonton Angker Sister sekarang pun boleh share pengalaman mereka dengan DM Haze di IG dan nanti Haze filter.
Segment episode ni ada 4 cerita seperti:
0:00 Teaser Episod, Intro & Episod lepas
1:27 Pendamping Dari Pergunungan Indonesia
4:35 Kisah Viral Api Misteri & Pengalaman Disorok Hantu Waktu Kecil
8:12 Pembantu Rumah Ambil Air Untuk Anak Halimunan
19:52 Bunyi Langsuir Menjerit Masa Online Meeting
cerita hantu indonesia 在 Hazeman Huzir Youtube 的精選貼文
Jangan lupa turn on notification. Edisi #AngkerSister kali ini membawakan Syafiq Kyle di set penggambaran dan apa yang sis Hanan nampak ketika Syafiq sibuk di set lakonan. Serta 5 cerita seram lain di tempat parking rumah anda.
Pecahan segment:
0:00 Frequently Asked Questions Angker Sister
1:10 Introduction Episod Kali Ini
2:01 Tempat Letak Kereta Ada Penanggal
7:40 Aku Berlakon Dalam Telemovie Woi
9:20 Syafiq Kyle Diganggu Langsuir di Langkawi dan Pendamping
13:24 Hantu Budak Bermata Merah Di Set Bukan Cerita Cinta Cliche
16:11 Hantu Di Tempat Memancing Ikan Feat. Syafiq Kyle
20:23 Penampakan Pocong Di Rawang
Jangan lupa subscribe dan on notification
cerita hantu indonesia 在 Inilah 15 Youtuber Horor Paling Populer di Indonesia 2023 的推薦與評價
Pastikan kamu menonton 15 channel Youtube horor Indonesia ini. ... Beberapa cerita horor, kisah misteri, teori konspirasi, dari dalam maupun luar negeri, ... ... <看更多>
cerita hantu indonesia 在 CERITA HANTU NYATA DAN SERAM DI INDONESIA ... 的推薦與評價
2019 Mar 27 - Kalian pernah dengar cerita tentang wewe gombel? Atau Si Manis Jembatan Ancol? Tonton cerita lengkapnya disini! ... <看更多>
cerita hantu indonesia 在 Cerita Hantu Indonesia (CHI) - Facebook 的推薦與評價
Cerita Hantu Indonesia (CHI). 6269 likes. KUMPULAN CERITA HANTU & PENAMPAKAN NYATA. ... <看更多>