Terdapat 14 jenis penyakit yang kita berjaya kawał disebabkan vaksin:
Polio
Tetanus
Campak
Influenza
Hepatitis B
Hepatitis A
Rubella
HIB
Batuk kokol
Penyakit Pneumokokal
Rotavirus
Beguk
Cacar Air
Difteria
Jom tambah COVID-19 ke dalam senarai ini!
Kepada anda yang belum mendaftarkan diri untuk vaksin, sila berbuat demikian di:
https://www.vaksincovid.gov.my/daftar/
Kepada yang sudah daftar jangan lupa untuk semak MySejahtera bagi mengetahui status terkini temu janji vaksin anda.

#LindungDiriLindungSemua
campak rubella 在 Ainie Haziqah Facebook 的精選貼文
Sejarah imunisasi negara kita bermula seawal tahun 1950-an apabila Program Imunisasi Kebangsaan Malaysia (NIP) diperkenalkan dengan tujuan untuk mengurangkan penyakit tuberculosis (batuk kering), Hepatitis B, difteria, pertussis (batuk kokol), mumps (beguk), human papilloma virus (HPV), demam campak (measles), rubella, tetanus dan polio. Hasilnya kadar jangkitan penyakit Difteria dan Tetanus turun dengan drastik. Begitu juga dengan penyakit Cacar (small pox).
Setelah program vaksinasi cacar dilakukan secara menyeluruh, negara telah berjaya diisytiharkan sebagai bebas dari cacar pada tahun 1980. Seawal tahun 1989, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke 24 telah memutuskan bahawa Program Imunisasi Campak, Tibi, Batuk Kokol, Difteria, Tetanus dan Polio adalah harus dari segi syarak kerana berdasarkan kaedah “menolak kerosakan adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan’’ dalam hukum Islam.
Jangan cepat percaya berita yang tidak benar berkenaan vaksin dan imunisasi. Percaya dan yakinlah kepada pakar perubatan bertauliah dan pemerintah yang menjaga rakyatnya. Ingatlah firman Allah di dalam Surah al-Ma’idah ayat 32 yang bermaksud “…bahawasanya sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan yang membolehkan membunuh orang itu, atau (kerana) melakukan kerosakan di muka bumi, maka seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya; dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya…”
Sumber:
Prof Madya Dr Azrul Hafiz bin Abdul Aziz
Pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia &
Dr Rahimah binti Mohd Sahudi @ Sahud
Pegawai Perubatan, KKM
Artikel asal: https://malaysiagazette.com/2021/04/24/selamat-menyambut-minggu-imunisasi-sedunia/
campak rubella 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的最佳解答
"Ayah... saya nak kena cucuk vaksin rubella, rubella tu apa?"
Tanya anak perempuan saya.
Hmmm, kisahnya begini..
Pada zaman dahulu, ada sejenis wabak yang menjangkiti ibu beserta anak yang berada di dalam kandungan sehingga bayi lahir ada pelbagai penyakit, nama penyakit itu adalah 'Congenital Rubella Syndrome'(Syndrome kecacatan waktu lahir disebabkan virus rubella) juga di kenali demam campak jerman.
Dulu memang ramai orang kena penyakit demam campak jerman ini, tapi syukur atas kurniaan Allah yang mana sejak lepas merdeka hari tu, vaccine rubella di temui dan alhamdulillah pada waktu ini jarang sekali kita mendengar penyakit rubella melanda negara kita.
Tapi sejak zaman orang tak percaya doctor pakar dan percaya pada dr google, maka wujud anti vaksin yang tak nak ambil vaksin rubella. Kita doakan agar virus rubella ini tidak merebak sebab ianya sangat senang berjangkit.
Faham tak?
"Panjang sangat ayah explain, lukis boleh tak?"
Ha ha. Buat punch line pulak, okey, ayah malas nak explain panjang-panjang, tapi ayah nak menyayi...
(lagu asal Isabella dari Seardh)
Rubella itu adalah
Sejenis campak merbahaya
Mengapa wanita sahaja
Disuntik dengan vaksin Rubella?
Bimbang anak sakit
Terkena pelbagai penyakit
Bakal Ibu mengandung
Elok ambil vaksin Rubella
Bayangkan jika anakmu
Terkena wabak virus gila
Dunia di penuhi
Rasa menyesal rendah diri
Jangan kita lena
Hingga virus mengganas
Suntikan di sekolah
Terhapuslah virus gila
Chorus:
Penyakit Rubella
Sejenis virus merbahaya
Di suntik kerana
Jangkitan dalam rahim
virus gugur bersama
anti bodi yang di aktifkan
Haluan hidupmu
Di cucuk dengan vaksin rubella
Maaf aku terpaksa
Demi mengelak virus rubella
Moga dibukakan
Pintu hati anti vaksin
Akan terbentang jalan
Andainya kau mengerti
Bahaya Rubella!
Woha!