Q&A berkaitan KEK COKLAT EMCC & KEK COKLAT BOBOI EMCC.
1. Apa yg saya dapat bila bank in untuk menjadi agen RM150?
J = 18 bekas BOBOI EMCC
2. Bilakah saya akan dapat stok tersebut selepas saya bank in RM150?
J = Selewatnya Selepas 5 hari pendaftaran mengikut hari bekerja. Sabtu opis cuti.
3. Kenapa saya perlu membayar RM150 dan dapat 18 bekas sahaja?
J = Itu adalah starter pack di mana termasuk kos pengangkutan sampai ke lokasi anda dan juga kos pendaftaran dan kos harga kek.
4. Apa kelebihan saya menjadi AGEN BOBOI EMCC?
J = Anda dapat jual produk kek coklat yg sgt laris di pasaran. Anda dapat menambah income isi rumah anda minima sehari rm100 sekiranya anda berusaha. Anda tidak akn mendapat apa2 hasil sekiranya anda lihat sahaja kek coklat itu depan mata tanpa membuat apa2 TINDAKAN terhadap kek coklat tersebut.
5. Saya ada berniaga lain produk selain dari kek coklat. Boleh kan saya menjual kek coklat ini?
J = Boleh. Jadikan kek coklat sebagai kunci carian pelanggan anda datang ke tempat anda dan dalam masa yang sama, anda boleh promote produk anda juga. itu namanya marketing back end sale. Maksudnya di sini, kek coklat ini menarik pelanggan datang membeli kek cioklat dan dalam masa yang sama, anda boleh mempelkenalkan produk anda sendiri dan secara tak langsung, org tahu anda turut menjual produk lain selain dari kek coklat.
6. Berapa lama daya tahan kek coklat ini?
J = Sekiranya anda menyimpan di dalam suhu bilik, daya tahan mengikut pada faktor cuaca. sekiranya bilik atau rumah anda tiada aircond, daya tahan 3 hari sahaja sebab kek coklat ini sangat manja. Sekiranya anda menyimpan di suhu bilik yang tak berapa panas, boleh tahan sehingga 4-5 hari tetapi anda hendak lah buka kotak dan wrapping agar ada laluan udara di situ.
Sekiranya anda menyimpan di di dalam peti sejuk, daya tahan kek ini akn menjadi selama 2 minggu dan klu anda bernasib baik, sebulan pun tahan. Tapi kek ini tidak akan tahan lama bila anda buka tudung dan ambil sudu dan suap ke mulut anda atau pelanggan anda, maka pastinya kek ini habis terus tanpa anda meninggalkan sebarang kesan
Sekiranya anda membiarkan di dalam kenderaan anda, jangka hayat kek ini akn mampu bertahan 2 - 3 hari sahaja kerana suhu kenderaan ketika waktu tengahari menyebabkan kek manja ini akan cepat rosak.
7. Kek coklat ini di bakar atau dikukus?J = Di kukus.
8. Mengapa tiada tarikh luput atau tarikh di kilangkan?J = Kami tidak meletakkan nya kerana kami menyarankan agen kami yang meletakkannya kerana situasi berbeza di setiap lokasi cara penjualan kek coklat ini.
Contoh : A) Sekiranya anda meletakkan kek ini di kedai runcit di kaunter pembayaran, jangka hayat kek ini mungkin dalam masa 4-5 hari sahaja dan agen boleh meletakkan tanda tarikh luputnya bermula dari tarikh pengambilan dari production dan letakkan tarikh luput mengikut pada kiraan hari tersebut.
Sekiranya anda meletakkan di tempat berhawa dingin secara terbuka seperti di dalam stesen minyak dll, anda boleh meletakkan tarikh luput 5-6 hari kerana suhu nya konsisten sejuk dalam suasana beraircond.
C) Sekiranya di letakkan di dalam peti sejuk, anda boleh meletakkan tarikh luput sehingga 2 minggu dan pastikan kiraannya selama 14 hari bermula tarikh di kilangkan.
9. Mengapa produk ini tidak mempunyai TANDA HALAL?
J = Kami dalam proses permohonan HALAL, ISO, HACCP, MALAYSIA BEST, MESTI dll utk penambaikan di dalam kek coklat ini dan produk ini adalah 100% DI JAMIN HALAL kerana kami adalah 100% USAHAWAN BUMIPUTERA beragama ISLAM yang menjalankan perniagaan ini dan SETIAP TELUR AYAM di basuh dengan sempurna untuk menjamin kebersihan produk kek coklat ini.
10. Bagaimana cara penghantaran stok bekalan kek coklat ini?
J = Buat masa sekarang, kami menggunakan perkhidmatan bas dan juga van ke seluruh destinasi seluruh Malaysia dan kami dalam proses untuk mendapat kan lori sendiri untuk memudahkan capaian kepada pelanggan kami yang jauh tinggal di pendalaman. Jadi buat masa sekarang, anda semua perlu bersusah-susah dahulu dan ins sya Allah kami akn pastikan kemudahan ini berjalan lancar selepas kami mendapat apa yang kami inginkan untuk kemudahan semua pihak.
11. Bagaimana MOQ kami sebagai AGEN BOBOI EMCC?
J = Buat masa sekarang, MOQ MINIMA 20 bekas atau lebih di fahami syarat minima order kerana setiap agen yang menyertai BOBOI EMCC akan kami serahkan pada MOBILE STOKIS & STOKIS YANG AKTIF utk anda bertemu mereka dan berbincang mengenai syarat pengambilan produk kerana setiap tempat dan lokasi adalah tidak sama kos sara hidup mereka.
12. Adakah cas pengangkutan dikenakan pada setiap kali penghantaran di lakukan?
J = Ya. Kos pengangkutan ditanggung oleh agen sekiranya stok itu di hantar terus kepada agen melalui kilang minima sekotak rm20 sekiranya penghantaran melaui bas dan kalau melalui van terus ke hadapan pintu rumah anda ( contoh ) kos nya adalah rm30 sekotak yang mempunyai isian 100 pcs minima, dan sekiranya agen mengambil dari mobile stokis atau stokis yang aktif, kos tersebut boleh berbincang sesama sendiri untuk mencapai persetujuan kerana kos ini tidak sama di setiap negeri. Ada negeri jalanraya nya lancar dan ada negeri jalanraya sentiasa sesak dan kos meningkat mengikut kiraan jarak perjalanan dan juga minyak serta tol. Tetapi kos pengangkutan ini tidak membebankan semua pihak sekiranya di persetujui sedua-dua belah pihak.
13. Berapakah harga jualan terendah dan tertinggi kek coklat BOBOI EMCC ini?
J = Harga pasaran RM6.90 sebekas dan sekiranya anda ingin menjual 3 bekas RM20 tidak menjadi halangan dalam perniagaan ini. Sekiranya pada hari karnival atau pameran, pihak syarikat membenarkan anda menurunkan harga tetapi tidak kurang dari rm6 sebekas untuk menggalakkan ramai pelanggan yang pertama kali boleh membeli dengan gembiranya. Sekiranya anda ingin menurunkan harga lagi, anda perlu menghubungi HQ EMCC untuk mendapat kebenaran lisan atau bertulis untuk mengelakkan berlakunya salah faham di kalangan agen-agen lain yang menjual produk tersebut dengan harga rm6.90
14. Adakah agen di benarkan menyertai mana-mana karnival atau expo?
J= Ya di benarkan dan syarikat akan menghantar wakil sekiranya perlu dan sekiranya syarikat mempunyai lebihan tenaga kerja untuk membantu agen dalam promosi tersebut.
15. Bagaimana cara pembayaran kek coklat BOBOI EMCC?
J = Semua pembayaran adalah secara TUNAI sebelum produk di hantar kepada anda. Sekiranya pembayaran tidak di lakukan, maka syarikat berhak tidak menghantar bekalan BOBOI EMCC kepada agen tersebut dengan tanpa notis p[emberitahuan.
16. Adakah di benarkan mengambil segala gambar di dalam page BOBOI EMCC / EMCC untuk tujuan pemasaran di facebook dan lain-lain medium pengiklanan?
J = Ya di benarkan untuk tujuan pemasaran sahaja dan hanya dengan jenama EMCC & BOBOI EMCC sahaja.
17. Bagaimana cara-cara untuk membuat tempahan kek coklat BOBOI EMCC?
J = Anda boleh membuat tempahan 3 hari sebelum pengambilan produk melalui orderemcc@gmail.com dan boleh hubungi HQ EMCC 044403663 atau STOKIS / MOBILE STOKIS kawasan anda untuk pengesahan sebelum tempahan anda di ambil.
18. Apakah perbezaan antara jenama EMCC & BOBOI EMCC?
J = Produk dan rasa yang sama dan bezanya hanya lah JENAMA SAHAJA.
19. Berapakah saiz yang ada dalam produk kek coklat ini?
J = Buat masa sekarang, syarikat mempunyai 4 saiz dan 2 saiz yang di kormisialkan iaitu :
Saiz Mini : 69gm = RM2.90 harga semasa & - RM3.90 ( dalam perancangan )
Saiz S : berat 159gm = RM6.90
Saiz L : berat 350gm = RM16 - RM18 mengikut negeri yang berbeza faktor ekonomi. ( di buka tempahan di musim perayaan )
Saiz XL = 1 kilo = RM55 - RM60 mengikut negeri yang berbeza faktor ekonomi. ( di buka tempahan di musim perayaan )
20. Adakah agen di benarkan untuk melantik sub agen untuk membantu melariskan jualan?
J = Ya di benarkan dan syarikat 100% bersetuju dengan bersama-sama berkongsi rezeki tersebut.
Terima kasih kerana menyertai AGEN BOBOI EMCC dan saya doakan agar kita semua kaya dan berjaya dunia dan akhirat dan bersama2 membantu dan menambah nilai hidup orang lain di dalam perniagaan ini. Setiap rezeki yang di kongsi, ins sya Allah kita mengharapkan keberkatan Illahi. Semoga perniagaan ini sentiasa di murahkan rezeki dan setiap usaha yang kita lakukan, pasti ada balasan yang akan kita perolehi setimpal dengan usaha yang kita lakukan.
p/s : Sekiranya anda berminat untuk menjadi agen kami, anda hanya perlu taip
"NAK JADI AGEN BOBOI EMCC"
NAMA :
NO TEL :
ALAMAT :
& hantarkan melalui sms / whatapps ke 0164146669 dan wakil kami akan hubungi anda dengan kadar segera. Sekian terima kasih.
Ikhlas dari Afdlin Shauki
14 Nov 2013
Jam 4.30 ptg.
Search