thx
The Johor royal family will be among the millions of Malaysians rooting our Badminton mixed doubles team in their quest for an Olympic gold medal in the finals against Indonesia tonight.
“My family and I will be eagerly watching the mixed double pair Chan Peng Soon-Goh Liu Ying’s match tonight and we pray they will be able prevail over titans Indonesia and deliver Malaysia’s first Olympic gold medal.” Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, the Sultan of Johor, said.
Sultan Ibrahim, in congratulating the incredible feat of reaching the finals by shuttlers Goh V Shem and Tan Wee Kiong in the men's double semi-finals last night said:
“I would like to congratulate both players for their exemplary grit, tenacity and courage that showcased the best of Malaysian sports.
Sultan Ibrahim said he was especially proud of the fact that Tan Wee Kiong is a Johorean.
“Remember, you not only represent Malaysia but also Johor. Give your best to bring pride and glory to Johor and Malaysia,” he reminded Tan, 27, who hails from Bukit Gambir in Tangkak, Johor.
Tan, who now has a world ranking of No. 7, also represented Malaysia at the 2014 Glasgow Commonwealth Games with Goh V Shem. They went on to take the gold medal and were the only medalists in the tournament who were not seeded.
The ruler also commended divers Pandelela Rinong and Cheong Jun Hoong who won Malaysia’s first medal, a silver medal, in the 10m synchronised platform event, and Azizulhasni Awang for the bronze medal in the men’s track cycling Keirin.
“I wish all our athletes in the Rio Olympic Games in Brazil all the very best. We are rooting for all of you back home.” said the sports-loving Ruler.
Kerabat DiRaja Johor adalah di antara jutaan rakyat Malaysia yang bakal menyaksikan serta memberi sokongan padu kepada pasangan badminton beregu campuran negara yang beraksi diperlawanan ahkir, dalam usaha mereka meraih pingat emas pertama negara dalam Sukan Olimpik.
“Saya sekeluarga begitu bersemangat untuk menyaksikan pasangan beregu campuran Chan Peng Soon-Goh Liu Ying, beraksi dalam perlawanan akhir malam ini, dan kami mendoakan agar mereka dapat mengatasi pasukan lawan dari Indonesia serta menyumbangkan pingat emas negara yang pertama dalam Sukan Olimpik,” Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor bertitah
Sultan Ibrahim juga berkenan menyampaikan titah ucapan tahniah kepada gandingan Goh V Shem dan Tan Wee Kiong yang layak ke peringkat akhir acara badminton beregu lelaki dalam satu kemenangan yang luar biasa. Baginda bertitah :
“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada pemain beregu lelaki badminton negara. Mereka adalah contoh tauladan terbaik dalam sukan Malaysia dengan mempamerkan semangat ketabahan dan kecekalan.
Baginda sangat berbangga dengan hakikat bahawa Tan Wee Kiong berasal dari negeri Johor.
"Anda bukan sahaja mewakili Malaysia tetapi juga negeri Johor. Berikanlah persembahan yang terbaik untuk mengharumkan nama negeri Johor dan Malaysia,” Tuanku Sultan berpesan kepada Tan, 27, yang berasal dari Bukit Gambir, Tangkak, Johor.
Tan, bersama pasangan beregunya Goh V Shem yang kini berada di kedudukan ke 7 dalam “ranking” dunia, turut mewakili Malaysia di Sukan Komanwel 2014 di Glaslow. Mereka telah meraih pingat emas dalam Sukan Komanwel 2014. Mereka adalah satu-satunya pemenang pingat dalam temasya sukan itu yang tidak diiktirafkan sebagai pilihan.
Baginda turut menyampaikan titah ucapan tahniah kepada gandingan penerjun negara Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong yang telah berjaya merangkul pingat pertama iaitu pingat perak dalam acara terjun platform 10m seirama wanita, dan juga Azizulhasni Awang yang berjaya merangkul pingat gangsa melalui acara berbasikal keirin.
"Saya mendoakan yang terbaik untuk semua atlet kita yang beraksi di Sukan Olimpik Rio, di Brazil. Kami disini memberi sokongan yang padu pada anda semua,” titah Baginda yang begitu meminati sukan.
#sultanibrahimofficial
#sultanjohor
#royaljohor
#muafakatbangsajohor
#sultanjohordanrakyatberpisahtiada
#jdt
Search