Assalamualaikum..wbt
DANA KECEMASAN PKPD Kg Dato Ahmad Said Tambahan 2 dan Mukim Hulu Kinta
Saudara semua..
Selama hampir dua minggu jiran kami di kg dato ahmad said 2 dan Mukim Hulu Kinta akan dikenakan PKPD berikutan penularan wabak covid 19 yg ketara di dua kawasan ini bermula esok sehingga 19 Jun .
Mungkin bagi golongan yg senang atau makan gaji dan bergaji besar, tidak akan terasa dgn apa yg bakal berlaku esok, namun bagi yg susah..yg selama ini hidup kais pagi makan pagi, kais petang, makan petang pasti dan pasti akan menyulitkan kehidupan mereka sekeluarga
Kami di Baitul Dhiya' sekali lagi di minta utk bersama² membantu dgn mengumpul Dana buat mereka yg memerlukan ini. Baitul Dhiya boleh dijadikan tempat transit sementara barang² kering yg ingin disedekahkan kepada mereka di samping kami akan melancarkan DANA KECEMASAN selama LIMA hari bermula pada hari ini..sehingga 10 Jun. ( Akan diupdate setiap hari)
Kami akan hentikan dahulu kutipan Dana Waqaf Pembinaan Kompleks Baitul Dhiya bagi memberi peluang kepada sesiapa yg ingin infaq kpd DANA KECEMASAN PKPD ini.
Kita telah berjaya membantu meringankan beban saudara kita di Taman Meru 2C dan di Klebang Jaya dgn kita sama² berkongsi rezeki, dan kali ini Ayuh!! kita sama² membantu sekali lagi dgn seeikhlas hati, tak kira berapa pun yg kita mampu.
Sumbangan boleh disalurkan ke dalam akaun rasmi BAITUL DHIYA iaitu:
Maybank (55 82 84 31 86 04)
Atau barangan boleh dihantar ke
Maahad Tahfiz Vokasional Baitul Dhiya'
No 483 Laluan Taman Meru 14, Taman Meru 30020 Ipoh Perak atau hubungi kami di talian 0194443052
#MohonDiSebarkan
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...