ILHAM BISNES DARI BILIK TIDUR, KINI BOLEH BUAT RM 9 JUTA SETAHUN.
Jual bantal je dah boleh buat RM 9 juta!
Siapa yang tak kenal dengan billboard seorang lelaki memeluk bantal berderet di highway sepanjang perjalanan di lebuh raya. Pasti orang lihat lelaki ini sangat hebat kerana berjaya bina empayar bisnes, namun tak semua tahu kenapa beliau memulakan perjalanan sebagai seorang usahawan.
Ini kisah Tuan Das Abdul, pemilik Das Abdul Global yang hanya mula berniaga bantal di ‘car boot sales’, beliau kini sudah pun mempunyai sebuah gudang sendiri serta pekerja, ejen dan stokis yang ramai. Tidak dinafikan, kejayaan Tuan Das Abdul membuka mata ramai pihak kerana berjaya membawa pulang anugerah berprestij.
3 tahun lepas bila Tuan Das Abdul mula datang ke Program RichWorks, pasti semua orang akan fikir “Allah.. Susahnya keadaan dia”. Sehingga ke hari ni tak tahu nak gambarkan semula keadaan lelaki ini pada hari pertama beliau menjejakkan kaki ke program RichWorks. Air mukanya penuh dengan kerisauan dan langsung tak ada keyakinan dalam diri.
Mulanya beliau dibesarkan dalam keluarga yang lengkap serba serbi, berkemampuan dan mempunyai impian yang sangat cerah. Kerjayanya sebagai seorang engineer bukanlah penyebab beliau nak hidup dalam keadaan selesa sahaja. Nekadnya lelaki ini berhijrah bersama keluarganya dari Kelantan ke Johor selepas pelbagai masalah yang berlaku.
Dugaan Allah beri sesuai dengan kemampuan hambaNya. Mana tidaknya, beliau adalah seorang bekas jurutera yang hilang pekerjaan dan terpaksa jual bantal untuk sara hidup keluarga! Jual bantal di car boot sale dan hanya terjual setakat 20 biji sebulan. Tambahan lagi, isterinya baru je 41 hari bersalin, mereka terpaksa bawa bayi kecil untuk sama-sama berniaga. Tidakkah lebur hati seorang suami melihat situasi macam ni?
Tapi, apa yang hebatnya Tuan Das Abdul seorang yang sangat kuat dan gigih. Tak mudah berputus asa, malah perkataan itu tak pernah wujud dalam kamus hidupnya sendiri. Tuan Das Abdul betul-betul NEKAD nak ubah hidup beliau dan keluarga.
Sebelum buat keputusan jual bantal, beliau tercari-cari jalan jana pendapatan buat keluarganya. Alhamdulillah, pada satu malam beliau ‘dipertemukan’ dengan video dari Dr Azizan Osman di Facebook. Kata Tuan Das, “MenThor saya cakap - nak mula berniaga guna apa ada di tangan. Maksud dia apa yang mudah dan kita tahu buat..”
Walaupun sukar pada mulanya tapi beliau tetap percaya dan terus mencuba. Apatah lagi Tuan Das Abdul selalu dilihat memegang bantal setiap kali hadir Program RichWorks. Bila di tanya kenapa, beliau kata itu cara nak orang kenal beliau. Tapi, bukan senang nak peluk bantal ke hulu hilir, sangat malu pada awalnya dan memerlukan keyakinan yang tinggi.
Alhamdulillah, Tuan Das bersyukur dapat jumpa guru dan MenThor, Dr Azizan Osman yang curah ilmu dan teknik dalam marketing dan bisnes sehingga sekarang beliau dapat bina bisnes dari 20 bantal hingga ratus ribu. Purata bantal terjual capai 30,000 ke 40,000 biji sebulan.
Dari bisnes kecil yang bermula di carboot, sekarang beliau dah ada gudang bantal sendiri, dengan agen dan stokis yang seramai 3,000 orang. Dari tak ada apa-apa sehingga jenama Bantal Hotel 7 Bintang DAG dah terkenal dan billboardnya boleh dilihat di seluruh Semenanjung.
Bantal Hotel DAG telah memenangi Anugerah Superbrand Malaysia 2019 dan pihak Astro Awani juga telah sempat temubual Tuan Das. Ini semua adalah rezeki dari Allah atas usaha, komitmen, dan kerja keras yang beliau yang komited datang berguru dengan MenThor Dr Azizan Osman.
Kini dengan hasil jualan mencecah RM 9 juta setahun dan mampu berdiri sebaris dengan usahawan ternama Malaysia dan menjadi ahli Titanium Premier Dr Azizan Osman.
Menurut beliau, apa yang beliau buat betul
selama ini ialah konsisten dalam tindakan dan praktikkan apa yang MenThor beliau- Dr Azizan Osman nasihatkan dan bimbing.
Ramai orang fikir bila nak berniaga tak perlu ada MenThor tapi mereka tak sedar kos kesilapan dan kerugian akibat berniaga tanpa mentor adalah sangat tinggi. Nak mulakan bisnes sebenarnya sangat senang tapi nak kekalkannya dan jadikan bisnes sentiasa meningkat anda perlukan energy yang lebih tinggi.
Nak kami bantu anda mulakan langkah bisnes seperti Tuan Das Abdul, komen ‘Nak bisnes berjaya’ dan team akan bantu.
#TeamRichWorks
#BillionaireInTraining
#ICMPremierShenzhen2020
#GangTitan
#ResultMatters
#IAmATitan
「icmpremiershenzhen2020」的推薦目錄:
- 關於icmpremiershenzhen2020 在 Azizan Osman Facebook 的精選貼文
- 關於icmpremiershenzhen2020 在 Azizan Osman Facebook 的最讚貼文
- 關於icmpremiershenzhen2020 在 Azizan Osman Facebook 的最佳解答
- 關於icmpremiershenzhen2020 在 #icmpremiershenzhen2020 - अन्वेषण गर्नुहोस् | Facebook 的評價
- 關於icmpremiershenzhen2020 在 Selamat Pagi RichWorks! EP31 | 5 Habit Usahawan Berjaya ... 的評價
- 關於icmpremiershenzhen2020 在 Smart city applications-推薦/討論/評價在PTT、Dcard、IG整理一次看 ... 的評價
- 關於icmpremiershenzhen2020 在 Smart city applications-推薦/討論/評價在PTT、Dcard、IG整理一次看 ... 的評價
icmpremiershenzhen2020 在 Azizan Osman Facebook 的最讚貼文
𝐃𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐧𝐲𝐚 𝟗 𝐎𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐒𝐭𝐚𝐟 𝐈𝐛𝐮 𝐌𝐮𝐝𝐚 𝐈𝐧𝐢 𝐁𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐁𝐮𝐚𝐭 𝐒𝐚𝐥𝐞𝐬 𝐑𝐌𝟏𝟖.𝟑 𝐉𝐮𝐭𝐚 𝐒𝐞𝐭𝐚𝐡𝐮𝐧!
Dari seorang yang asalnya pendiam, tiada kawan, suka bersendiri dan kurang keyakinan diri, kini beliau mampu ada empayar bisnes.
Kata orang nak buat bisnes juta-juta kena ambil masa yang lama. Mungkin betul bagi orang yang berniaga tanpa ilmu, tapi anak didik Dr Azizan Osman dah buktikan sebaliknya.
.
Minatnya usahawan ini dengan dunia kecantikan pada awalnya secara suka-suka telah menjurus beliau untuk berkongsi petua kecantikan menerusi platform Live di Facebook.
.
Katanya, dari situ pengikutnya semakin bertambah dan dia yakin perniagaan berasaskan kecantikan mempunyai potensi luas untuk berkembang.
“Pada awalnya Madammu hanya berkongsi minat secara Live di Facebook tanpa ada niat untuk memulakan perniagaan ini. Selepas lakukan Live secara konsisten dan followers meningkat dari 300 orang di Facebook bertambah ke 80 ribu dalam masa kurang 2 bulan, Madammu buat keputusan untuk mulakan Noir”, jelas Puan Eriyca Intan Baiduri.
.
Tergiang-giang di telinga Puan Eriyca kata-kata MenThornya Dr Azizan Osman, “Bila buat Facebok Live jangan kira berapa orang yang tengok, kira berapa kerap live you ‘tu boleh bantu ramai orang”. Alhamdulillah, keberkatan sikap suka berkongsi Puan Eriyca mendorong para pengikutnya di Facebook tertarik untuk menonton Live beliau setiap hari.
.
Ketika diajukan soalan apakah perkara yang paling membanggakan selepas perniagaannya berjaya, jawab beliau, ketika lahirnya stokis jutawan jenama Noir dengan pendapatan RM 1.8 juta sebulan.
.
Kejayaan itu dianggap tidak ternilai kerana asbab kewujudan produk keluarannya mampu mengubah hidup seseorang.
.
Puan Eriyca Baiduri atau mesra dipanggil Madammu ini turut membantu 3000 orang agen dan 120 orang stokisnya untuk menambah pendapatan. Lebih-lebih lagi suri rumah yang berusaha membantu ekonomi keluarga.
.
Usaha Puan Eriyca bukanlah demi wang semata tetapi memberi peluang kepada para wanita untuk menjana pendapatan sendiri.
.
Tahun 2019 melakar sejarah apabila jenama Noir mencatat jualan sehingga RM18.3 juta berbanding tahun sebelumnya RM4.2 juta dan RM300 ribu pada tahun 2017. Akui Puan Eriyca kejayaan ini mungkin tak dapat dikecapi jika tidak dibimbing oleh MenThor yang betul.
.
Masakan tidak, jenama ini lahir pada tahun 2017 dan dah mampu capai jumlah yang besar dan mengagumkan. Tambah menarik, bisnesnya lahir tanpa sengaja dengan hanya bermula dengan strategi zero kos marketing!
.
Kesan mengikuti program RichWorks, melalui ilmu dan pengisiannya telah membantu Puan Eriyca memperbaiki leadership untuk memimpin organisasi Noir dengan baik dan tenang. Beliau juga berjaya mengawal emosi dengan baik dengan team Noir.
.
Yang paling berharga, pandangannya di dalam perniagaan jauh berubah dan lebih jelas.
.
Dulu produk pertama keluaran Noir adalah sunblock sebanyak 500 unit sahaja. Tapi kini beliau dah memiliki 100 unit billboard Noir di seluruh Malaysia.
.
Selain itu, iklan Noir kian rancak bersiaran di kaca televisyen.
Dalam masa yang sama, Puan Eriyca tidak lupa usaha sama dari team Noir.
.
Beliau telah berbelanja RM1.2 juta hanya untuk meraikan mereka! Besar sungguh penghargaan beliau kepada teamnya.
.
Tahniah Puan Eriyca Intan Baiduri, team RichWorks bangga melihat jenama Noir setanding jenama antarabangsa!
.
Puan Eriyca semakin yakin dengan bimbingan secara dekat dari Dr Azizan Osman bisnes beliau akan meningkat dan mencapai sasaran bisnes pada tahun 2020.
.
Seronok dapat baca kisah wanita cantik ni. Kami yakin ramai kat luar sana berminat nak ada produk kecantikan sendiri tapi tak tahu nak marketkan macam mana.
.
Let us help!
PM team kami dan mereka akan bantu atau komen ‘nak bisnes’ nanti mereka akan mesej anda segera.
#AzizanOsman
#TeamRichWorks
#BillionaireInTraining
#ICMPremierShenzhen2020
#GangTitan
#ResultMatters
#IAmATitan
icmpremiershenzhen2020 在 Azizan Osman Facebook 的最佳解答
Bermula dengan buat video live kerana suka-suka nak share ilmu kecantikan dengan orang lain, kini wanita cantik ni dah ada produk kecantikannya sendiri.
.
Pesan Dr Azizan Osman kepada beliau
“Bila buat Facebok Live jangan kira berapa orang yang tengok, kira berapa kerap live you ‘tu boleh bantu ramai orang”.
.
Jangan lepaskan tonton sesi temubual eksklusif Puan Intan Baiduri, si cantik pemilik Produk Kecantikan - NOIR, dengan Tuan Radz Mohd - si hensem VP RichWorks International.
.
Sharekan learning point anda dari sharing eksklusif ini dan tag 20 rakan-rakan usahawan kecantikan untuk tonton bersama-sama.
#AzizanOsman
#TeamRichWorks
#BillionaireInTraining
#ICMPremierShenzhen2020
#GangTitan
#ResultMatters
#IAmATitan
icmpremiershenzhen2020 在 Selamat Pagi RichWorks! EP31 | 5 Habit Usahawan Berjaya ... 的推薦與評價

#TeamRichWorks #SelamatPagi #BillionaireInTraining #ICMPremierShenzhen2020 #GangTitan #ResultMatters #IAmATitan ... ... <看更多>
icmpremiershenzhen2020 在 Smart city applications-推薦/討論/評價在PTT、Dcard、IG整理一次看 ... 的推薦與評價
#ICMPremierShenzhen2020 #GangTitan #ResultMatters #IAmATitan. You can't miss it. Have you lived with a salary of RM3000 per month. ... <看更多>
icmpremiershenzhen2020 在 #icmpremiershenzhen2020 - अन्वेषण गर्नुहोस् | Facebook 的推薦與評價
“Never stay at the same point” kata Dr Azizan Osman memulakan pagi ini di sesi pembukaan Inner Circle Meeting Titanium Premier di Intercontinental Hotel, ... ... <看更多>