Okey, malam ni nak sahut cabaran memasak guna 3 bahan jer bersama sos pilihan dari @kimballmy Yang penting, menu ni sangat ringkas, mudah, cepat dan sedap! Sesuai untuk dapur bujang 😜
Sos pilihan adalah Sos Berperisa Tiram Kimball. Dan malam ni, kita nak sediakan menu lain dari yang lain iaitu Daging Sos Tiram KimballLeh!
Resipi Daging Sos Tiram KimballLeh!
3 Bahan Utama
1. 200g daging
2. 1 biji Bawang Bombay
3. 1 biji Lada Merah
4. 2 sudu besar Sos Tiram Kimball
Cara penyediaan
1. Daging dipotong nipis
2. Bawang Bombay dihiris nipis
3. Lada Merah dihiris serong
Cara memasak
1. Panaskan minyak
2. Tumis Bawang Bombay sehingga naik bau
3. Masukkan daging
4. Biarkan seketika sehingga daging empuk
5. Masukkan 2 sudu besar Sos Berperisa Tiram Kimball
6. Masukkan serbuk lada hitam dan garam secukup rasa
7. Akhir sekali, masukkan hirisan Lada Merah
8. Daging Sos Tiram KimballLeh siap sedia untuk dihidang
Selamat menjamu selera 😍
#3BahanJer #RasaLagiMenjadi #KimballLeh #KimballMalaysia
#SilaDudukRumah #StayAtHome
#DapurPB #DapurBujang #MenuMCO
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...