SULTAN JOHOR: SYARAT KETAT PROGRAM MM2H PERLU DISEMAK SEGERA
DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, bertitah kerajaan perlu menyegerakan semakan semula syarat ketat Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) yang ditetapkan baru-baru ini.
Baginda Tuanku Sultan membangkitkan isu berkenaan ketika menerima mengadap
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada hari ini (25 September).
DYMM Sultan Johor bertitah, Johor merupakan antara destinasi utama pelaburan asing, selain negeri ini juga antara penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia.
“Johor bukan sahaja berjiran dengan Singapura, malah Program MM2H adalah antara penyumbang kepada kekuatan ekonomi negeri.
“Kaji semula syarat ketat yang ditetapkan sebelum ini dan kekalkan juga syarat lama dengan membuat berapa penambahbaikan supaya ia dapat memberikan imbangan positif khususnya pertumbuhan ekonomi,” titah DYMM Sultan Johor.
Baginda Tuanku Sultan turut membincangkan pelbagai perkara lain berkaitan kemajuan Johor dalam pertemuan bersama Perdana Menteri.
Pertemuan bersama Baginda Tuanku Sultan berlangsung di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru dengan turut dihadiri Menteri Besar. Dato’ Hasni Mohammad.
Ini merupakan kunjungan rasmi pertama Datuk Seri Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Ke-9 pada 21 Ogos lalu.
Perdana Menteri turut diraikan dalam majlis santapan tengah hari bersama Baginda Tuanku Sultan.
#royalpressoffice
#sultanjohor
#johor
同時也有3部Youtube影片,追蹤數超過54萬的網紅Budiey Channel,也在其Youtube影片中提到,Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin diberi penghormatan untuk memasuki Kaabah ketika menunaikan ibadah umrah pada malam Sabtu (semalam) bersama ...
「perdana menteri pertama」的推薦目錄:
- 關於perdana menteri pertama 在 Facebook 的精選貼文
- 關於perdana menteri pertama 在 StarVendors Facebook 的最佳解答
- 關於perdana menteri pertama 在 Facebook 的最佳解答
- 關於perdana menteri pertama 在 Budiey Channel Youtube 的精選貼文
- 關於perdana menteri pertama 在 Myatika Addin Youtube 的最佳貼文
- 關於perdana menteri pertama 在 Namewee Youtube 的最佳貼文
perdana menteri pertama 在 StarVendors Facebook 的最佳解答
"Merdeka itu bukanlah suatu benda yang mudah didapati, melainkan ialah dikehendaki untuk mendapatkannya itu iaitu pengorbanan yang sebenar pengorbanan”. Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj – Perdana Menteri Malaysia Pertama🇲🇾
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke-64 Tahun buat seluruh rakyat Malaysia 🇲🇾! Semoga negara kita yang tercinta ini terus kekal berada dalam keadaan aman & harmoni serta segera MERDEKA daripada ancaman wabak Covid-19 yang melanda... Aaminnn YRA
Salam Hormat,
*Puan Ifa Raziah*
*Founder / CEO*
*STARVENDORS EVENT SDN BHD*
perdana menteri pertama 在 Facebook 的最佳解答
・・・
Saya terharu hari ini diberikan kesempatan melawat PPV Mega WTC bersama insan yang pernah menjadi Menteri Belia dan Sukan Malaysia pada sekitar tahun 2008 dan 2009 sewaktu saya memulakan langkah pertama ke sukan Olimpik Beijing 2008.
.
Hari ini PPV WTC juga mencipta sejarah sebagai PPV yang berjaya merekodkan suntikan yang ke 1 juta dos dan pencapaian itu diiringi dengan pelantikan YAB Datuk Seri Ismai Sabri Yaakob @ismailsabri60 sebagai Perdana Menteri.
.
Terima kasih di atas ruang dan peluang yang diberikan kepada saya untuk bersama Perdana Menteri melawat PPV WTC hari ini. Terima kasih juga di atas pemberian cenderahati peribadi DS kepada saya, akan saya kenang sampai bila-bila.
.
#keluargamalaysia
#WeAreOneWithAzizul #DemiMalaysia
#teamazizul #azizulawang
#teamcimb #cimb #forward
#airasia #daretodream #allstars
#daikin #daikinmy #daikinmalaysia
#nike #nikemy
#oakley #oakleymy
#ogk #ogkkabuto
#wattbike
perdana menteri pertama 在 Budiey Channel Youtube 的精選貼文
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin diberi penghormatan untuk memasuki Kaabah ketika menunaikan ibadah umrah pada malam Sabtu (semalam) bersama isteri beliau, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman serta beberapa tetamu lain. Detik pembukaan pintu Kaabah, turut dirakam beberapa jemaah yang berkongsi momen itu di media sosial dan ini merupakan kali pertama tetamu memasuki Kaabah sejak lebih setahun lalu. Terdahulu, Perdana Menteri dan isteri tiba di Jeddah pada pukul 5.31 petang Sabtu waktu tempatan (10.31 malam di Malaysia) untuk lawatan rasmi ke Arab Saudi. Muhyiddin adalah ketua negara pertama yang mengerjakan ibadah umrah sejak penularan pandemik Covid-19 sejak Mac 2020. #MUHYIDDINYASSIN #BULETINVIRAL
? You can also follow me here:
Portal: https://www.budiey.com
IG: https://instagram.com/budiey
Twitter: http://twitter.com/budiey
Facebook: http://facebook.com/BudieyDotCom
Youtube: http://youtube.com/budieychannel
Vlog: https://www.youtube.com/channel/UCpeZPtTv7e8JEm4nkEBR6sw
Thanks for watching!
perdana menteri pertama 在 Myatika Addin Youtube 的最佳貼文
The National Museum of Kuala Lumpur is one of the museums under the supervision of the Museum of Malaysia (JMM). Established on the former site of the Selangor Museum, its construction plan was announced in 1959, and its design was approved by the First Prime Minister in 1961. Two years later, the National Museum was officially opened by the third Malaysian YDPA.
Until now, the building stands with traditional Malay architecture is open every day from 8am to 6pm. Entry fee is only RM 2 per person.
=================================================
Muzium Negara Kuala Lumpur merupakan salah satu daripada muzium yang berada di bawah seliaan Jabatan Muzium Malaysia (JMM). Didirikan di atas bekas tapak Muzium Selangor, rancangan pembinaannya telah diumumkan pada 1959, manakala rekabentuknya dipersetujui oleh Perdana Menteri Pertama pada 1961. Dua tahun kemudiannya, Muzium Negara ini telah dirasmikan oleh YDPA Malaysia ketiga.
Sehingga kini, bangunan yang berdiri megah dengan senibina Melayu tradisional ini dibuka setiap hari bermula jam 8 pagi hingga 6 petang. Yuran masuk hanya RM 2 seorang.
perdana menteri pertama 在 Namewee Youtube 的最佳貼文
SURAT PENJELASAN
Yang pertama, beberapa hari yang lepas saya telah upload sebuah lagu yang bertemakan anjing. Lagu ini adalah sebuah lagu Tahun Baru Cina. Dalam turutan kalendar Lunar masyarakat Cina, tahun ini adalah tahun anjing, oleh itu saya telah menyanyikan sebuah lagu tentang bunyi salakan anjing dalam setiap negara yang berbeza. Mungkin anda merasa terdapat kelakuan yang tidak senonoh dalam muzik video tersebut, tapi ia hanyalah untuk hiburan saja. Sebelum ini saya juga ada mengeluarkan lagu Tahun Baru Cina yang bertemakan ayam dan lagu lain yang berunsur lucu untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina dan sama sekali tiada niat untuk menghina mana-mana agama ataupun bangsa.
Yang kedua, penggambaran muzik video ini dibuat di kawasan aktiviti yang terletak di tepi jalan utama Putrajaya dan bukannya masjid. Babak yang muncul dalam muzik video adalah jalan besar di Putrajaya yang diiringi dengan tanaman pokok di bahagian tepi, bangunan di belakang yang terletak lebih kurang dalam lingkungan 1km ialah pejabat Perdana Menteri. Kami tidak menyentuh mana-mana bahagian kawasan ibadah dalam muzik video tersebut. Jadi saya minta semua pihak yang berkaitan tidak salah faham dan marah oleh kerana laporan berita yang tidak tepat. Maklumat dalam berita yang mengatakan saya membuat penggambaran dan menghina kawasan masjid adalah tidak benar sama sekali dan tidak pernah berlaku. Saya ingin mengesa semua pihak media di Malaysia yang melaporkan berita ini supaya tidak menyampaikan berita palsu yang boleh mengelirukan masyarakat dan tampil dengan penjelasan supaya tiada lagi timbul salah sangka yang lebih parah.
Ketiga, Oleh kerana pemandangan dan persekitaran Bandaraya Putrajaya yang cantik dan tidak sibuk, saya juga pernah membuat penggambaran di sini untuk pelbagai jenis video yang lain antaranya video tentang samun, pengemis, kemalangan jalanraya, perlumbaan kereta dan juga video perayaan hari Krismas. Putrajaya adalah sebuah bandar yang istimewa, ramai yang suka buat penggambaran di sini. Sebagai seorang pengarah, gaya persembahan saya selalunya lebih kreatif dan tidak menyentuh isu keagamaan ataupun bangsa. Tambahan lagi terdapat banyak filem luar negara contohnya filem Germany, Bollywood, Hong Kong dan Hollywood pernah membuat penggambaran di sini dan pasti berlatarbelakangkan semua bahagian pentadbiran di sini, kandungan filem juga adalah beransurkan polis, tembak-menembak, pembunuhan dan juga pergaduhan.
Keempat, dalam berita yang dilaporkan ada disebut tentang isu 'Oh My God' yang dikatakan menghina masjid sebelum ini. Saya ingin tegaskan di sini, saya sebenarnya telah dianiaya. Tujuan utama lagu 'Oh My God' adalah untuk memupuk keharmonian di antara kaum dan agama yang berbeza, dalam lirik lagu tidak menghina mana-mana agama. Penggambaran untuk lagu tersebut juga telah dibuat di semua kawasan ibadah termasuklah gereja, tokong buddha, kuil dan bukan hanya masjid Tanjung Bunga sahaja. Malah sebelum penggambaran kami telahpun mendapat persetujuan dari pihak pengurusan masjid dan telah diberikan kebenaran untuk penggambaran. Pihak pengurusan juga berada berhampiran kami ketika penggambaran dijalankan. Kami bukannya muslim, kami tidak tahu tentang peraturan di dalam masjid, oleh itu proses penggambaran telah mendapat persetujuan pihak pentadbir dan penggambaran dijalankan dalam keadaan yang aman dan kami tidak membuat kecoh ataupun sebarang bunyi bising dalam masjid.
Kelima, saya tidak dan tidak pernah mewakili mana-mana parti politik dan melaksanakan mana-mana perkara. Sekiranya ada komen dari saya yang berunsur politik ia hanyalah pendapat saya sendiri sebagai seorang rakyat Malaysia. Semua idea dibuat diri saya sendiri tanpa dikawal atau melibatkan mana-mana parti politik. Saya tegaskan di sini bahawa saya tiada latarbelakang politik, saya seorang pengarah, pemuzik, penyanyi yang tiada latarbelakang atau identiti politik. Tolong jangan libatkan saya pada mana-mana parti politik. Penggiat seni seperti kami susah nak cari makan dan hidup di Malaysia. Saya harap kerajaan akan bantu kamu, tolong berhenti menghadkan kreativi dan idea kami. Tolong!
Malaysia adalah sebuah negara yang berbilang kaum dan saya yakin rakyat Malaysia sentiasa ingin hidup sejahtera dan harmoni seperti sebuah keluarga. Sebagai seorang pencipta yang cintakan tanahair, saya tidak mungkin akan menghina ataupun memalukan mana-mana agama ataupun bangsa dan tidak pernah melakukannya dalam hidup saya. Saya berharap sempena tahun yang baru ini, negara Malaysia dan rakyat jelatanya akan semakin maju dan hidup aman makmur!
Terima kasih!
-
欲網購黃明志最新實體專輯《亞洲通才》及歷年專輯和周邊商品請到。Purchase Namewee Latest 《Asian Polymath》 , Others Music Albums & Merchandises Please log in to https://namewee4896.com/
Namewee 黃明志 Official Facebook Fan Page:
https://www.facebook.com/namewee/
Namewee YouTube Channel Link:
http://www.youtube.com/namewee/
#Namewee #黃明志