Apabila malaikat pun bertanya…
Alkisahnya…
Saya terima mesej dari abang saya Zulkifli Hanafie.
“Adik-beradik mahu korban seekor lembu tahun ini, sekarang sudah ada empat nama, nak masuk bahagian tak?”
Saya termenung tentang ibadah qurban, hukumnya adalah sunat yang dituntut. Sesetengah mazhab ada memfatwakan wajib bagi mereka yang mampu berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah r. a yang mengatakan Nabi bersabda:
“Barangsiapa yang ada kemampuan untuk berqurban tetapi tidak melakukannya, janganlah dia hadir bersama kami di tempat sembahyang kami.”
Lagipun banyak kelebihan ibadat qurban seperti dosa akan terampun bersama titisan darah binatang yang disembelih, mendapat pahala sebanyak bulu pada badan binatang dan lain-lain.
Saya pun balas mesej.
“Berapa sebahagian?”
Sementara abang saya Zulkifli Hanafie jawab mesej, fikiran saya merenung jauh sebelum semua manusia dicipta yang mana ketika Allah membuat keputusan untuk mencipta manusia, para malaikat telah bertanya;
“Kenapa hendak menjadikan khalifah di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan dan menumpahkan darah? Padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji dan mensucikan Allah?”
Jawapan dari Allah:
“Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.”
Kemudian, apabila Allah mencipta manusia, berkatalah pula iblis:
"Aku adalah lebih mulia dari manusia. Engkau ciptakan aku dari api sedang manusia Engkau menciptakannya dari lumpur."
Allah kemudian melaknatnya dan iblis telah bersumpah untuk menyesatkan anak Adam, maka bermulalah ujian besar dalam kehidupan manusia.
Tapi Allah tidak membiarkan iblis menyesatkan manusia semberono. Bersama di alam manusia, Allah telah menghantar ratusan Nabi dan ribuan Rasul bersama mukjizat dan keramat, lantas manusia telah berpecah kepada dua golongan. Satu yang beriman mengikut para nabi, dan satu lagi enggan beriman dan mengikut iblis.
Beribu tahun kemudian
Di hadapan sebuah rumah, kelihatan Ahmad Albab menantu Kiai Zakaria yang sudah berhenti bisnes MLM sedang menggaru telinganya yang tidak gatal, kemudian menggaru pipi, lepas tu membongkok menggaru betis pula.
“Assalamulaikum.”
Ahmad Albab lantas mendongak dan terlihatlah seorang manusia berjubah putih dan berserban. Ustaz Sufi Supian.
“Oh! Ustaz, dah lama saya tunggu, ni nak bagitahu, esok pagi nak minta tolong sembelih lembu bapak mertua saya, Haji Kiai Zakaria, boleh ustaz?”
“Insya-Allah”
“Boleh tak ustaz?”
“Insya-Allah”
“Yelah, Insya-Allah, tapi boleh ke?”
“Saya cakap, Insya-Allah, awak pun kena jugak sebut Insya-Allah.”
“Tak payah ‘Insya-Allah’lah ustaz, lembu dah ada, dah ikat elok-elok, pisau pun dah asah tajam-tajam, kira jadi ye ustaz besok pagi?”
“Insya-Allah”
“Insya-Allah-Insya-Allah! Jadi ke tak jadi ni ustaz?”
“Insya-Allah.”
“Pening saya ustaz, Insya-Allah ni untuk benda yang tak pasti, lembu ada, pisau ada, kira jawab boleh dah ler.”
“Kamu ni Ahmad Albab, nak mengajar ustaz pula, kita kena sebut ‘Insya-Allah’ kerana semua yang terjadi dengan izin Allah, faham.”
“Kira boleh ler ni ustaz?”
“Insya-Allah”
Arghhhh, pening kepala Ahmad Albab dengan jawapan ustaz Sufi Supian, lalu Ahmad Albab pun berlalu sedang ustaz Sufi Supian menggeleng-gelengkan kepala melihat Ahmad Albab yang semakin jauh dari pandangan.
Sementara itu, balik kepada kisah saya, tiba tiba Ternampak mesej masuk dari abang saya.
“Satu bahagian RMXXX.”
Mahal jugak lembu kat sini.Bisik saya dalam hati
Balik kepada kisah penduduk langit, nun di dunia langit sana, teriwayatlah bahawa Allah sentiasa memuji manusia dari kalangan nabi dan rasul di hadapan penduduk malaikat.
Maka terdapat malaikat yang meminta izin dari Allah untuk turun ke bumi bagi menguji sejauh manakah kehebatan iman manusia dari kalangan nabi dan rasul.
Memetik satu cerita, ketika Nabi Ibrahim a.s duduk menjaga kambing-kambingnya. Maka datanglah malaikat yang menjelma dalam fizikal manusia lalu bertasbih: ‘SubhanAllah!’ pada zaman semua orang sembah berhala.
Oh, Alangkah terkejutnya Nabi Ibrahim a.s mendengar nama ‘kekasih’nya di sebut-sebut. Lantas dengan penuh teruja, Nabi Ibrahim segera mendapatkan orang itu lalu menyuruh hamba Allah tersebut ulang balik apa yang ditasbihkan.
Tapi hamba Allah itu membuat syarat, Nabi Ibrahim harus berikan semua dari kambing baginda jika ingin beliau bertasbih lagi.
Selamba sahaja Nabi Ibrahim ‘korban’kan semua kambing dengan sedekah pada ‘malaikat’ tadi.
Pendek cerita, sedarlah malaikat bahawa Nabi Ibrahim A.S layak dipuji Allah atas keikhlasannya.
Berhenti sekejap sebab ada mesej masuk dari abangku Zulkifli Hanafie.
“Jadi tak, semua dah cukup 6 bahagian, tinggal lagi satu, jika lambat, adik-beradik lain akan ambik”
Saya pun balas mesej:
“Okey”
Sementara itu Ahmad Albab melihat lembu kesayangannya yang bakal dikorbankan esok pagi, sambil menggosok-gosok tanduk lembu, Ahmad Albab pun bercakap dengan lembunya.
“Esok pagi, ‘ustaz Insya-Allah’ akan sembelih kamu, kamu jangan nakal-nakal.”
Nampaknya, Ahmad Albab telah melabelkan ustaz Sufi Supian dengan gelaran ‘ustaz Insya-Allah’. Apa-apalah..
Pintu kandang pun ditutup, dan Ahmad Albab pun pulang ke rumahnya..
Balik ke ribuan tahun yang lampau…
Diriwayatkan sebelum Nabi Ibrahim a.s mendapat anak, demi cintanya kepada Allah, baginda pernah membuat ibadat korban sebanyak 1,000 kambing, 300 lembu dan 100 unta di jalan Allah. Melihatkan kepada banyaknya jumlah korban yang dilakukan, maka kagumlah para malaikat akan betapa hebatnya cinta Nabi Ibrahim a.s kepada Allah.
Kemudian, Nabi Ibrahim a.s bersabda;
“Semua yang menjadi korban itu belum apa-apa lagi bagiku. Demi Allah, kalau saya dikurniakan anak lelaki, sudah tentu saya juga sanggup korbankan dia untuk Allah.”
Alamak, ada mesej masuk dari abang saya kejap.
“Salam, berita ralat, lembu sudah habis dan yang tinggal hanya seekor, harga RMXXXXX, sebahagian RMXXX, setuju tak?”
Saya balas mesej:
“Apa kata adik-beradik yang lain?”
Sementara tunggu abang saya balas whatsapp kita aambung balik kisah Allah yang sentiasa memuji manusia di kalangan Nabi dan Rasul di hadapan para malaikat.
Dan pujian Allah tidak hanya kepada rasul dan Nabi sahaja, malahan manusia biasa yang berdosa, selepas diuji ujian nafsu seperti haiwan, dan juga dengan godaan iblis. Namun apabila manusia bertaubat, maka Allah akan membuka pintu langit kepada para malaikat dan memuji manusia, Allah berfirman:
“Lihatlah kepada hamba-Ku yang sedang merayu kepada-Ku, bersaksilah Aku telah ampunkan segala dosanya”
Dalam hadith lain apabila malaikat pulang dari majlis zikrulAllah yang manusia buat di bumi, Allah berfiman;
“Lihatlah kepada hamba-Ku, bersaksilah Aku telah ampunkan dosa mereka dan kedua ibu bapa mereka.”
Ada juga riwayat mengatakan apabila manusia sedang bermusafir, atau sedang duduk atas bukit atau dalam kebun, apabila masuk waktu solat, lalu azan, dan mengerjakan solat awal waktu dengan susah-payah, maka Allah akan memuji manusia ini di hadapan para malaikat.
“Lihatlah kepada hamba-Ku, bersaksilah aku telah ampunkan segala dosanya.”
Dipendekkan cerita, dalam peristiwa Allah yang sentiasa memuji manusia di hadapan malaikat, tercatat dalam sejarah penduduk langit, telah berkata akan satu Malaikat:
“Mengapa manusia itu harus mendapat pujian setelah berbuat dosa? Sedangkan kami lebih baik kerana beribadat sepanjang masa.”
Lalu Allah membela manusia; “Pergilah panggil ke mari tiga malaikat yang terbaik. Akan Aku turunkan mereka ke bumi dan berikan nafsu seperti manusia, dan kamu akan dapat melihat apa yang dilakukan oleh malaikat-malaikat itu!”
Malaikat kemudian bermesyuarat lalu memilih hanya dua wakil di kalangan mereka lalu menjawab; “Tuhanku, biarlah Harut dan Marut saja yang melakukannya!”
Lalu turunlah dua malaikat yang bernama Harut dan Marut ke bumi sebagai manusia yang mempunyai nafsu seperti mana layaknya manusia mempunyai nafsu.
Beribu ribu tahun kemudian, kelihatan Ahmad Albab sedang asyik mengira duit dari tujuh bahagian tempahan orang kampung terhadap lembunya. Satu bahagian, RMXXX. Terus Ahmad Albab ulang kira kerana sekejap dikira terlebih, sekejap dikira kurang.
Berapa saya nak upah ‘ustaz Insya-Allah’ esok? RM 50 cukup kot..
Hujung jari dibasah lidah, dan jari-jemari terus membelek-belek duit itu lagi.
Sementara itu mesej masuk dari abang saya telah diblue tick.
“Bagi Abang, teruskan sahaja korban ini, sebab harga lembu memang dah naik, harap semua adik-beradik setuju, boleh booking. Sebab takut lembu ni pun orang ambik, harga lori, biar abang yang tanggung.”
Saya balas mesej: “Bincang dengan bini jap.”
Kembali ke zaman Nabi Ibrahim, arakiannya sudah lama sekali Nabi Ibrahim a.s berdoa kepada Allah agar dikurniakan seorang anak lelaki yang soleh. Pada hujung usia, ketika umur sudah lanjut, maka datanglah keajaiban dari Allah, malaikat sendiri turun menyampaikan berita ini iaitu Nabi Ibrahim bakal mendapat anak lelaki.
Ayah mana yang tidak gembira mendapat cahaya mata yang telah lama diidam-idamkan? Bukan main gembira lagi, tapi ujian Allah telah datang, dengan disaksikan malaikat, sebaik anak lahir, Nabi Ibrahim telah sanggup korbankan masa yang amat berharga bersama keluarga lalu membawa isteri dan anak tercinta ke satu lautan pasir yang tandus, dan meninggalkan mereka.
“Abang ingin ke mana.”
Tanya isteri dengan cemas dan sedih, tapi Nabi Ibrahim a.s hanya membisu, berat mulutnya untuk berkata-kata, lalu isteri bertanya lagi.
“Adakah ini perintah Allah?”
Nabi Ibrahim membenarkan lalu meneruskan perjalanan meninggalkan mereka berdua di padang ‘kematian’. Tiada jiran, tiada tanaman, tiada teduhan, tiada teman, yang tinggal hanya kesabaran dalam kepasrahan.
Demi cinta kepada Allah yang lebih dari segala-galanya, maka Nabi Ibrahim AS telah mengorbankan perasaan meninggalkan anak dan isteri di padang pasir yang tiada asbab hidup selama 7 tahun lebih kurang.
Stop kejap, sebab ada mesej masuk dari abang saya
“Dah bincang belum?”
Saya pun balas mesej:
“Adohai, lupa.”
Dikampung yang sama lokasi berbeza terdengar soalan:
“Apahal kau termenung tu Ahmad Albab?”
Tanya Mak Munah setelah melihat Ahmad Albab asyik berbaring depan TV sambil melihat syiling.
“Tak mak, saya teringat Ustaz Insya-Allah tu, eh, silap, ustaz Sufi Supian, suka benar cakap Insya-Allah Insya-Allah, macam tak jadi, cakaplah boleh..”
“Itulah masalah orang Melayu, Insya-Allah biasanya tak boleh, kalau boleh terus cakap boleh, mak pun tak faham..”
"Kalau Ustaz Insya-Allah tu tak jadi, nak suruh siapa mak?"
"Berapa kau nak upah sembelih tu?"
"RM100."
"Mak rasa mak pun boleh, Insya-Allah."
Ahmad Albab tersenyum kambing.
Okey, kita kembali kepada kisah Harut dan Marut yang turun ke bumi sebagai manusia, terus sahaja lapar dan dahaga. Lalu mula mencari kerja untuk mendapat sedikit upah bagi membeli makanan. Dipendekkan cerita, bersama nafsu manusia dalam diri, tergodalah mereka dengan wanita cantik jelita. Lantas menyesakkan nafas Harut dan Marut, kerana nafsu manusia dalam diri malaikatnya mula membahang!
Eh? Ada mesej masuk dari abang saya.
“Dah bincang?
Saya balas mesej.
“Apa kata adik-beradik yang lain?”
mesej masuk dari abang dalam group wasap keluarga:
“Sesiapa yang berniat untuk berkorban. Bersyukurlah. Lembu dah ada. Cuma Allah nak uji untuk kita tambah korban. Dari bajet RMXXX kepada RMXXX. Apa sangat pengorbanan kita berbanding korban Nabi Ibrahim. Umur dan rezeki di tangan Allah.”
Mendengar nama Nabi Ibrahim, terus insaf, teringat sewaktu umur Nabi Ismail 10 tahun lebih kurang, Nabi Ibrahim a.s telah pulang berjumpa anak dan isteri, mengubat rindu dan duka lara, tapi ujian Allah datang lagi.
Baginda Nabi Ibrahim a.s telah mendapat mimpi supaya di tunaikan nazarnya demi membuktikan cinta kepada Allah, anaknya mestilah disembelih kerana nazar baginda sewaktu tiada anak berbunyi:
“Demi Allah, kalau saya dikurniakan anak lelaki, sudah tentu saya juga sanggup korbankan dia untuk Allah.”
Maka apabila diberitahu kepada anaknya dan isterinya.
Mereka bertiga sanggup menunaikan perintah Allah.
Iblis telah datang mempertikaikan perintah ini, akibatnya iblis dilontar batu di Jamratul Aqabah.
Arakian, berkatalah Nabi Ismail a.s sebelum disembelih:
“Wahai ayahku, kerjakanlah apa yang diperintahkan Allah. Insya-Allah ayah akan mendapatkan saya sebagai orang yang sabar.
Wahai ayah, hendaklah ayah mengikat tanganku supaya saya tidak bergerak-gerak yang mungkin menyakitkan hati ayah.
Hendaklah wajahku dihadapkan ke tanah supaya kita tidak bertentang mata lalu ayah menjadi kasihan dan ragu ragu.
Hendaklah ayah meninggikan lipatan kain ayah supaya tidak tercemar dengan darahku, supaya ibu tidak menjadi sedih melihatnya.
Hendaklah ayah menajamkan pisau ayah, lagi pula mempercepatkan jalannya di atas leherku, supaya tidak terlalu sakit kerana mati itu sakit sekali.
Hendaknya ayah membawa bajuku kepada ibu sebagai tanda kenangan daripadaku serta sampaikan salam saya kepadanya dan katakan kepadanya: ‘Bersabarlah engkau terhadap perintah Allah’ dan jangan ayah beritahukan kepadanya bagaimana ayah menyembelihku, serta bagaimana pula ayah mengikat tanganku.
Hendaklah ayah tidak memasukkan anak-anak ke rumah ibu supaya dia tidak terlalu sedih mengenangkan saya.”
Nabi Ibrahim berkata: “Sebaik-baik penolong adalah engkau wahai anakku, untuk melaksanakan perintah Allah SWT.”
Kemudian Nabi Ismail berubah fikiran supaya dilepaskan ikatan, kerana tidak mahu dilihat oleh penduduk langit seperti terpaksa. Lalu Nabi Ibrahim telah membuang ikatan pada kaki dan tangan Nabi Ismail dan menyembelih anaknya dengan sekuat tenaganya.
Nabi Ismail ketika disembelih tidak meronta, malahan meluruskan tangan dan kaki, agar mudah ayahnya menyembelihnya.
Sewaktu kejadian itu. Allah telah membuka pintu langit, dan membuka semua mata malaikat di langit dan laut. Lantas terlihatlah akan malaikat bahawa Nabi Ibrahim a.s sedang menyembelih puteranya iaitu Nabi Ismail, lantas semua malaikat tersungkur sujud kepada Allah dengan penuh ketakutan.
Kemudian Allah berfirman bermaksud:
“Perhatikan olehmu sekalian kepada hamba-Ku, bagaimana dia melalukan pisau ke atas leher puteranya untuk mencari atau mengharap keredhaan-Ku, sedang kalian dulu semua mengatakan: ‘Apakah Engkau menciptakan orang yang akan berbuat kerosakan di bumi, dan akan menumpahkan darah, sedang kami sekalian mensucikan Engkau?’”
Dan pada suatu waktu yang lain, Allah juga membuka pintu langit dan membuka semua mata malaikat di langit dan laut.
Lantas terlihatlah akan malaikat Harut dan Marut yang menjadi wakil malaikat terbaik sebagai manusia tapi sedang berzina.
Lantas sekali lagi, tersungkurlah semua malaikat sujud kepada Allah dengan penuh ketakutan akan kemurkaan Allah dan membenarkan bahawa manusia adalah sebaik-baik kejadian, sebaik-baik mahluk, kerana malaikat yang telah lihat Allah dan beriman sempurna. Namun apabila memiliki nafsu seperti manusia, sanggup pula membuat dosa terkutuk..
“Maafkan kami wahai manusia, alangkah hebatnya akan kamu manusia ciptaan Allah yang tidak pernah lihat wajah Allah, tidak lihat syurga-neraka, hidup hanya bersandarkan dengan sabda Nabi Muhammad SAW tapi masih mampu mentaati Allah mengatasi semua malaikat. Maka layaklah kamu dipuji Tuhan sewaktu membasuh dosa bersama air mata.”
Dipendekkan cerita, Malaikat Jibril telah muncul sambil menangis di hadapan Malaikat Harut dan Marut sambil berkata;
“Cobaan apakah yang membuat kamu hanyut seperti ini?”
Mendengar ucapan Jibril itu, Harut dan Marut pun menangis dengan sekuat-kuatnya. Lalu Jibril berkata; “Sesungguhnya Tuhan kamu sudah memerintahkan kepada kamu untuk memilih antara azab di dunia atau azab di akhirat.”
Tahulah sudah bahawa dunia ini hanya sementara, sedangkan akhirat kekal abadi dan sesungguhnya Allah Maha Pengasih dan Penyayang kepada semua hamba-Nya. Kedua-dua malaikat itu akhirnya memilih hukuman di dunia dan menyerahkan nasibnya kepada kehendak Allah.
Lantas Harut dan Marut digantung antara dua gunung pada sebuah gua bawah tanah. Setiap hari mereka diseksa sepanjang hari.
Ketika berita hukuman itu diketahui malaikat yang lain, mereka pun berdoa : “Ya Allah, ampunilah anak cucu Adam kerana kami kagum bagaimana mereka dapat menyembah dan taat kepada Allah, padahal mereka dikelilingi beberapa kesenangan dan kelazatan.”
(Firman Allah: “Dan malaikat-malaikat bertasbih serta memuji Tuhannya dan memohon ampun bagi orang-orang yang ada di bumi.”–Al-Syura, ayat 5)
Mesej masuk dari abang saya buat sekian kalinya.
“Bagaimana Hamka. Jadi tak?”
Saya balas mesej:
“Dan bank in dah.”
Tuan-tuan yang mulia, Nabi Ibrahim a.s tidak diperintah untuk sembelih seekor binatang. Tapi diperintah untuk sembelih seorang manusia, Nabi ibrahim a.s tidak diperintah untuk sembelih seorang manusia sahaja tapi manusia itu adalah anak baginda. Nabi Ibrahim a.s tidak diperintah untuk sembelih salah satu daripada anak baginda. Tapi itulah satu-satunya anak baginda dari keturunan yang Hajar. Dan baginda telah melakukannya.
Kita hari ini baru sembelih satu bahagian sudah berkerut dahi?
Adohai.
Allah telah terima pengorbanan Nabi Ibrahim a.s, pisau menjadi ‘tumpul’ pada leher Ismail a.s, dan Malaikat Jibril telah datang membawa qibas sebagai ganti.
Saya dan anda di sini, adakah benar kita telah membuat pengorbanan di jalan Allah? Sembelih binatang adalah ‘hadiah’ pengorbanan Nabi Ibrahim.
Sanggupkah kita ‘menyembelih’ perasaan bersama anak dan isteri meninggalkan mereka untuk keluar ke jalan Allah demi ugama?
Lantas, keesokkanya,
Pagi-pagi lagi Ahmad Albab sudah tiba di rumah Ustaz Sufi Supian.
“Ustaz, ustaz!”
Ustaz Sufi Supian pun keluar dan bertanya.
“Kenapa Ahmad?”
“Insya-Allah, lembu hilang!
Woha!
Mesej masuk dari Sudin Insuran pula.
“Hamka, jom keluar jalan Allah?”
Ps: mesej terakhir itu belum berbalas, semoga mesej itu tidak berbalas kerana saya sudah keluar berkorban di jalan Allah dan terkorban. Al-Fatihah untuk saya. Semoga kita termasuk manusia yang dipuji Allah di kalangan penduduk langit. Amin.
Selamat hari Raya qurban. Selamat korbankan perasaan.
(dipetik dari buku Hamka Keretamayat, sebahagian kisah dalam artikel ini dipetik dari riwayat israiliyyat yang tidak bertentangan Al quran dan hadis..InsyaAllah, semua yang baik dari Allah, yang buruk atas kelemahan diri saya sendiri. Semoga Allah terima pengorbanan kita semua.. amin)
同時也有2部Youtube影片,追蹤數超過1,160的網紅Mawardi Yunus,也在其Youtube影片中提到,KISAH SANG RASUL : Habib Rizieq shihab sumber : https://youtu.be/LgcBH5TJWbs Asalnya, Kisah Rasul digubah oleh pengarangnya dalam 33 Rangkap Syair y...
nama bapa nabi muhammad 在 Facebook 的最讚貼文
Isu Utaz Ebiet Lew dan penyanyi Rap Caprice nak masuk Gaza bagi bantuan ini, saya tak mahu ulas sebab tak kenal Penyanyi tu langsung? Lagu apa dia nyanyi? Pelakon drama ke? Maaf sebab tak kenal, yang kenal sikit ustaz Ebit Lew, Jadi biar masa tentukan siapa benar siapa salah.. dan saya perlukan masa nak kenal siapa Caprice ni..
Cuma alang alang isu Palestin ni up balik, saya nak jawab soalan dari anak:
“Ayah Kenapa kelihatan Tuhan macam tak tolong orang Palestin?”
Begini kisahnya..
Satu hari, sewaktu Nabi Muhammad SAW melihat Sahabat di seksa akibat masuk islam, Nabi yang ketika itu tak mampu buat apa apa, sebab belum ada kekuatan tentera dan sebagainya, telah berkata:
“Bersabarlah keluarga Yasir. Sesungguhnya kamu semua dijanjikan syurga.”
Maka ucapan yang sama kita ucapkan: “Bersabarlah Palestin. Sesungguhnya kamu semua dijanjikan syurga.”
Balik kepada Palestin, anak Tanya, Kenapa Allah tak tolong orang Palestin?
Maka wahai anakku, rujuk Kisah Sumayyah, adakah Allah tak tolong Sumayyah? Salah tafsir pertolongan Allah dalam bentuk matrial atau fizikal semata mata, pertolongan adalah bila Allah teguhkan Iman Summayah hingga mati syahid dan di janjikan Syurga.
Sebab tu Nabi pesan perkara yang sama, teguhkan iman itu penting! Jangan terkena penyakit Wahan, Mati kena seksa bukan kegagalan, mati tak beriman itu lah kerugian yang besar.
Secara hakikatnya, Negara merdeka bukan kejayaan, Negara perang juga bukan kegagalan, tapi mati beriman dalam negara merdeka atau perang, itulah kejayaan.
JIka mati tak beriman, dalam negara merdeka pun rugi, perang apatah lagi?!
Jadi bantuan yang sebenar adalah bila Allah teguhkan keimanan kita hingga mampu mati dalam islam! Itulah bantuan sebenar!
Sebab tu ada kisah Nabi terdahulu yang di pancung, di gergaji, dibunuh, semua itu bukan bermakna Allah tak bantu, tapi teguhnya keimanan mereka sewaktu menjelang ajal, itulah bantuan terbesar!
Jadi kita doakan, orang Palestin dikuatkan Keimaman, dan mendapat bantuan fizikal serta rohani.., amin Ya Rabbil Alamin..
Bab mati perang ni, Nabi dah tahu, satu masa sahabat akan berperang sesama sendiri, Aisyah akan berperang dengan Ali, Cucunya akan dibunuh, semua Nabi tahu, dan Nabi tak mampu ubah semua takdir Allah dalam bab ujian terhadap umat islam, tapi Nabi doa agar keimanan kita semua kuat dan kukuh waktu hadapi ujian, sebab masalah besar, bukan bagaimana kita mati? Tapi adakah kita mati beriman atau tidak? Itu yang besar!
Ingat tak kisah seorang buta berjumpa dengan ustaz Ebit, katanya tuhan tidak adil…
Kenapa?
Kerana kata si buta, dia solat, puasa, dan tak buat jahat, tapi matanya masih buta. Setiap hari dia berdoa agar matanya dipulihkan, tapi bangun di malam hari yang sunyi dan gelap selamanya, menangis tak faham kenapa matanya masih buta? Sedangkan orang lain ada yang buat jahat, tak solat, berzina tapi matanya celik. Tuhan tak adil katanya.
Lalu tanya ustaz Ebit, “adik.. Apakah masalah terbesar dalam hidup hingga Nabi pun menangis?”
Nabi tak menangis melihat Abdullah bin Mat tom yang buta, tapi Nabi menangis bila bapa saudaranya yang kaya dan tidak cacat, tapi bila mati tak sempat beriman kepada Allah.
Jadi tuan tuan dan Puan puan, apakah masalah terbesar dalam hidup?
Masalah terbesar dalam hidup adalah HIDUP TAPI TAK KENAL SIAPA TUHAN KITA, hidup tak beriman itulah bencana terbesar.
Sebab tu Nabi menangis ketika melihat mayat orang kafir dikebumikan, sahabat tanya kenapa menangis? Bukankah itu orang yahudi?, kata Nabi, baginda menangis sebab terkenangkan nasib orang itu yang akan di bakar dalam api neraka buat selamanya.
Tuan tuan, bila kita tengok orang bukan islam yang mati berarak naik kereta mewah, tahu tak yang mereka sedang di bawa ke lembah neraka dan akan menderita selamanya?
Tahu tak Firaun, Haman, Namrud, Qarun yang hidup kaya raya tapi tak beriman kepada Allah sekarang sedang menderita dalam kubur dan jika diberi peluang akan sanggup hidup didunia menjadi orang buta asalkan dapat beriman kepada Allah!
Jadi kepada sibuta, memang berat ujian kamu, tapi syukurlah kerana masih mendapat nikmat mengenal Allah, menyebut nama Allah, beriman kepada Allah, sebab dalam dunia ini, ada orang buta yang kafir yang mana mereka akan mati dalam keadaan buta dan masuk neraka selamanya!
Tapi kamu yang diuji dengan ujian mata buta, jika sabar dengan ujian buta, dan andai kata malam ini kamu mati diserang musuh tapi sempat mati dalam keadaan beriman kepada Allah, maka kamu akan masuk syurga dan celik serta Bahagia selamanya di sana, nikmat mana lagi yang kita dustakan?
Jadi nikmat yang paling besar adalah nikmat dapat kenal Allah. Nimat dapat beriman pada Allah! Tiada nikmat yang lebih besar dari nikmat ini, dan masalah terbesar dalam hidup adalah bila kita tak kenal siapa Tuhan kita, itulah masalah terbesar dalam hidup yang semua ahli neraka sanggup buat apa sahaja agar dapat kembali kedunia untuk beriman walaupun hanya sepemerahan susu lembu kadar hayat, tak apa, asalkan dapat kenal Allah, dan beriman kepada Allah sebelum mati.
Selalu dengan kisah mualaf masuk islam, apa yang mereka mahu? Wang zakat? Kahwin orang melayu? Tak…, Mereka sangat mahukan, ibu bapa mereka juga dapat mati dalam keadaan beriman.
Uztaz Ebit lew cerita kisah betapa syukurnya emaknya mati dalam keadaan sempat kenal Allah.
Ustaz Ravi cerita betapa gembiranya dia kerana, emaknya mati dalam keadaan sempat kenal Allah.
Jadi anakku masalah terbesar dalam hidup adalah bila kita tak kenal Allah.
Renung nikmat beriman ini, maka segala masalah akan menjadi kecik.
Maka di Pelestin, orang yahudi mati masuk neraka, dan Orang islam yang beriman mati masuk syurga! Doakan Iman mereka terus teguh dan kita bantulah apa yang mampu.
Mereka sedang di uji dengan perang, doakan mereka wahai anak, agar sentiasa kuat Iman di dada dan Dibantu Allah dunia akhirat.
“Bersabarlah Palestin. Sesungguhnya kamu semua dijanjikan syurga.”
Bab perang pulak…
Al kisahnya, awal islam, Nabi Muhammad SAW yang tak mampu tolong umat islam di seksa teruskan berdakwah cari pengikut, hingga Nabi sendiri di ancam bunuh, lalu Nabi Hijrah ke Madinah atas perintah Allah untuk usaha atas kenabian.
Pendek cerita, Perang Badar berlaku, seribu kafir Mekah datang nak serang Madinah, tapi kalah apabila umat islam bertawajuh pada Allah, bersama bantuan dari langit telah datang.
Kemudian berlaku perang Ahzab, gabungan semua orang kafir nak serang madinah, Nabi guna strategi Salman Al Farisi, dengan menggali parit, buatkan musuh terhenti di tepi parit, dan pasukan Nabi sukar di serang sebab sudah kuasai bukit dan perigi. Nabi Juga guna kaedah melaga lagakan musuh hingga mereka bergaduh sama sendiri, Juga bantuan Ribut kencang, maka musuh telah pun kalah.
Akhirnya Nabi dan tentera masuk Mekah secara rombongan macam perarakan Maal Hijrah, lalu semua orang kafir menyerah, dan Mekah di kuasai oleh orang Islam selamanya sampai hari ini.
Maka untuk menang perang, Rasulullah SAW telah tunjukkan, jika kekuatan tak sama tidak ada masalah, namun strategi perang itu penting, dan tawajuh pada Allah jangan tinggalkan, InsyaAllah akan mampu beri kemenangan. Namun jika kalah perang pun tetap menang kerana kejayaan adalah mati dalam agama islam.
Ya Allah kau bantulah semua umat islam di seluruh dunia, sungguh antara kami ada yang ditindas, Kau bantulah, antara kami ada yang sakit, kau sembuhkanlah, antara kami ada yang bergaduh, Kau damaikanlah, antara kami ada yang diliputi beban beban, Kau ringanlah, antara kami ada yang berhutang, kau permudahkanlah, antara kami ada yang rosak iman, Kau Baikilah, antara kami ada yang tidak membantu, Kau Gerak gerakkanlah.
Mereka Merancang, dan Kau Juga merangcang, dan Kaulah sebaik baik perancang, Tiada daya upaya melainkan dengan IzinMu.
Jika tiada dalam takdirMU akan bantuan Fizikal, cukuplah bantu Rohani kami agar teguh Keimanan sampai mati, asal Kau Redha!
Amin Ya Rabiil Alamin!
.
.
.
.
Link video kisah ujian paling besar sahabat Nabi: https://youtu.be/m4TDLuOKO4w
nama bapa nabi muhammad 在 Facebook 的最佳貼文
Kenapa kita tak Bahagia?
(Perkongsian ini dipetik dari seorang bapa yang ada anak OKU autisme di Group Autisme Malaysia -memujuk ibu bapa yang punyai anak OKU agar sentiasa berbahagia-Semoga ada manfaat)
Dalam dunia ini, ramai orang tak percaya dia sedang bahagia.
Contohnya: Ada orang naik kapal terbang tambang murah, sempit, penumpang di sebelah tidur berdengkur, lalu dia rasa tak bahagia, dalam hati mengeluh kepada dirinya sendiri sebab hanya mampu beli tiket tambang murah dan terpaksa duduk sebelah orang gemok yang berdengkur.
Pada waktu itu, dia percaya dia sangat tak bahagia, tiba tiba enjin kapal terbang mati, dan terus menjunam, waktu itu dia menjerit tak bahagia dan sedar, tadi, waktu kapal terbang tak rosak, dia sedang bahagia walaupun terpaksa mendengar dengkuran orang berdengkur.
Nampak tak?
Contoh untuk group ini: Bila dapat anak OKU autisme, ada ibu bapa yang hari hari menangis sedih sehinggalah di takdirkan anaknya tiba-tiba mati, dan hidupnya tiba tiba menjadi sunyi, barulah dia sedar, dulu waktu anaknya ada, saya sedang bahagia sebenarnya tapi sebab terlalu bandingkan dengan anak orang lain yang normal buatkan diri tak percaya sedang bahagia.
Nampak tak?
Jadi.., apa punca kita tak percaya kita sedang bahagia?
Sebab kita tak bersyukur. Simple, Nabi dah ajar lama tapi kita sendiri tak berapa nak percaya dengan ajaran Nabi Muhammad SAW.
Kita sangat tak bersyukur sehingga nikmat depan mata dirasai semacam azab, itulah neraka dunia yang boleh hadir pada sesiapun walau duduk dikerusi empuk, bilik air cond, tubuh semua sihat tapi masih mengeluh kerana kita tak percaya kita sedang bahagia.
Bagi ibu bapa yang ada anak OKU satu orang, cuba tengok parent lain yang ada anak OKU kesemua adik beradiknya, baru kita sedar bahawa kita sedang berbahagia sebenarnya. Napi pun selalu pesan, tengoklah orang di bawah kamu agar kamu selalu bersyukur.
Baru baru ni saya lihat seorang makcik tua tapi masih mampu tersenyum menjaga anak OKU lumpuh yang sudah dewasa, tiba tiba dalam wawancara Makcik ini berkata dirinya sangat bahagia hari ini.. kenapa makcik ini bahagia? Sebab Pihak Kebajikan Masyarakat telah hadiahkan katil baru boleh laras kepada anaknya yang OKU.
Nampak tak? jika Makcik itu boleh bahagia menerima katil baru untuk anaknya, kenapa tidak kita yang setiap hari anak anak semakin positif perkembangannya? InsyaAllah…
Paling saya tak boleh nafikan, kisah sorang makcik dalam TV dulu-dulu waktu jaga anak OKU yang terbaring lumpuh tak boleh berkata kata, makcik ini sudahlah miskin, suaminya juga lumpuh, dan kesemua tiga orang anaknya OKU cacat otak dan lumpuh sehingga tak kenal siapa mak dia. Makan bersuap, mandi dan bersihkan najis, semua maknya yang urus.
Waktu wartawan ada bertanya soalan: “Apa harapan makcik pada anak?” Sebab kesemua anak makcik tu dah besar, umur 20-an, tapi masih lumpuh, berak kencing masih di jaga mak, dan si anak masih belum boleh bercakap, jawapan makcik ni buat air mata lelaki saya tumpah.
Kata makcik tu..
“Harapan makcik..., makcik nak jaga dia sepanjang hidup makcik, dan sebelum makcik mati, makcik harap sangat dapat dengar walau sekali dari mulut dia, anak ini panggil makcik .. emak.. sekalipun cukuplah!”
Makcik tu menangis kesat air mata dengan hujung baju, saya pun menangis jugak sebab saya rasa sampai ke matipun makcik tu tak akan dapat nikmat anak mengenali beliau dan dapat memanggil “Mak” walau sekali seumur hidup. Oh…,
Siapa yang awal sangat potong bawang di bulan puasa begini? Sob..sob…
Sesungguhnya, Makcik tu jauh lebih mulia dari saya sebab ujian dia lebih besar dari saya, Special Request dia lebih Special! anak saya sendiri walaupun OKU, masih kenal siapa ayah dan ibunya, boleh panggil nama ayah bila dia ada masalah. Sob..sob.. tapi makcik?
Bertabahlah makcik, walaupun ujian makcik jauh lebih besar dari saya, pun masih ada orang yang jauh lebih menderita dari makcik iaitu si anak syurga makcik sendiri sebab dia juga ada roh dan perasaan, dia juga sedang menderita sebab dialah pejuang sebenar di medan derita, makcik hanya membantu perwira yang sedang berjuang seberat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, sebab dia tak mampu nak suarakan perasaannya kepada sesiapapun!
Dan yakinlah makcik suatu hari nanti, anak Syurga Makcik akan jerit nama makcik di pintu syurga, beliau akan jerit dengan suara yang indah, wajah yang indah, pakaian yang indah.
Baik, Kita tinggalkan kisah Makcik yang sedang berpelukkan dipintu syurga, kita sambung kisah kita.
Kenapa kita tak bahagia sedang bahagia itu sudah ada dalam diri kita?
Ada orang bagitahu, jika dia kahwin dengan pasangan yang betul, baru dia akan bahagia, sekarang hidupnya merana kerana mendapat pasangan yang salah, padahal rahsia pasangan yang bahagia kita nampak sekarang ini adalah, sebelum kahwin lagi mereka dah lama bahagia, dah lama tahu erti kesyukuran.
Mereka lelaki bujang yang bahagia dan bersyukur, bila bertemu wanita bujang yang bahagia dan bersyukur, maka insyaAllah rumah tangga mereka juga akan bahagia sebab mereka sentiasa bersyukur. Dan jika mereka ditakdrikan dapat anak OKU pun insyaAllah mereka akan bahagia dan bersyukur.
Oleh sebab itu, jangan tunggu pasangan yang betul baru saya bahagia, jangan tunggu dapat anak normal baru bahagia, tapi bersyukurlah dengan nikmat yang ada, dan jadilah orang yang bahagia maka insyaAllah orang bahagia akan menarik orang bahagia juga untuk bersamanya. Akan merubah orang disekeliling untuk turut bahagia bersamanya, dan akan mengubah anak OKU kita menjadi lebih positif insyaAllah.
Nampak tak?
Nak faham lagi? Cuba korang tengok iklan TV, apa motif mereka?
Iklan akan bagitahu anda sedang tak bahagia kecuali anda beli produk mereka.
Dalam iklan ada cerita orang sedang sedih dan bila beli produk mereka tiba tiba bahagia, jadi korangpun percaya, sebab tu ramai tertipu skim cepat kaya sebab percaya mereka sekarang tak bahagia lalu melabur dan perasan bahagia sekejap lepas tu tersontot.
Okey, itu produk scam, produk tak scampun yakinkan anda tak bahagia, suruh beli kereta misalnya, anda beli, tapi lepas tu tengok iklan kereta model baru, orang memandu sedang senyum bahagia, ada pulak tambahan air bag, sensor dan sebagainya, terus korang rasa.., alamak, silap beli kereta ni, patut beli kereta tu.
Begitulah hidup ini buat kita membuang masa dengan memberi anggapan kita sedang tidak bahagia.
Ada orang makan gaji dan rasa dirinya tak bahagia selagi tak bisnes sendiri. Lalu berhenti kerja dan bisnes tapi tak menjadi dan mulai sedar waktu makan gaji dahulu sebenarnya bahagia.
Berapa ramai yang tak bahagia bekerja dan berhenti lepas tu kerja tempat lain dan rasa tak bahagia jugak? Ramai kan?
Berapa ramai yang bercerai sebab tak bahagia dan kahwin dan bercerai lagi dan kahwin dan bercerai lagi hingga buat kesimpulan, bini pertama yang terbaik sebenarnya…, dulu saya sedang bahagia sebenarnya.
Berapa ramai yang rasa mak bapaknya tak membahagiakan lalu lari dari rumah utamakan kawan, utamakan kekasih tapi bila shit happen, patah balik cari mak bapak sebab sedar dulu mak bapak kita sedang membahagiakan kita Cuma kita tak percaya.
Berapa ramai yang nafikan anaknya OKU kerana jika anaknya OKU akan sangat tidak bahagia lalu hantar anak ke sekolah biasa hingga anak itu terseksa di buli oleh guru dan pelajar yang tak faham tentang masalah anak OKU dan bertambah sedih tengok anak stress dan diapun stress!
So apa saya nak cerita, bersyukurlah, maka Allah akan tambah nikmat. Jika ada orang bagitahu anda sedang tak bahagia, janganlah percaya sebab mereka sedang menipu.
Waktu pilihan raya, ramai ahli politik bagitahu anda sedang tak bahagia kecuali undi mereka, waktu itu tengoklah fakta atau auta, bab kata P Ramlee: Salah pangkah dapat taik!
So sebagai penutup, marilah kita menikmati nikmat yang sedia ada, bersyukur dan berbahagialah!
Cuba tengok tangan dan cakap:
“Ya Allah terima kasih berikan saya tangan dan mintak maaf kerana tak pernah cakap terima kasih ada tangan”
Cuba tengok anak OKU kita dan cakap:
“Ya Allah, terima kasih kurniakan saya anak syurga, mudah mudahan si anak dapat menutup aib saya yang sangat banyak di akhirat kelak, anak inilah ladang pahala saya, anak inilah yang akan sibukkan saya dengan kerenahnya sehingga saya tak ada masa nak buat dosa, semoga anak ini akan dapat tarik saya yang hina ini ke syurga”
Baca buku tulisan Hamka keretamayat, cakap:
“Bukan Hamka yang kena berterima kasih kepada saya kerana membeli buku beliau, tapi sayalah yang akan berterima kasih kepada Hamka kerana menulis buku best!”
Woha!
Akhir kata,Selamat bersyukur dan berbahagialah. Jangan mengeluh penat menjaga anak OKU tapi berterima kasihlah kerana bila kita penat, maka kita dah tak larat buat maksiat-Alhamdulillah
nama bapa nabi muhammad 在 Mawardi Yunus Youtube 的最佳解答
KISAH SANG RASUL : Habib Rizieq shihab
sumber : https://youtu.be/LgcBH5TJWbs
Asalnya, Kisah Rasul digubah oleh pengarangnya dalam 33 Rangkap Syair yang menceritakan Kisah Hidup Rasulullah SAW dengan segala suka dukanya mulai dari lahir hingga wafat. Tapi untuk memudahkan penghafalannya, hanya 4 rangkap Syair pertama sahaja dipopularkan ketika kini.
Berikut merupakan Lirik Lagu dengan 3 rangkap yang sedang popular di You Tube pada masa sekarang.
رَاحَتِ الاَطيَارُ تَشدُو # فِى لَيَالِى المَولِدِ
وَبَرِيقُ النُّورِيَبدُو # مِن مَعَانِى اَحمَدِ
رَاحَتِ الاَطيَارُ تَشدُو # فِى لَيَالِى المَولِدِ
وَبَرِيقُ النُّورِيَبدُو # مِن مَعَانِى اَحمَدِ
وَبَرِيقُ النُّورِيَبدُو # مِن مَعَانِى اَحمَدِ
وَبَرِيقُ النُّورِيَبدُو # مِن مَعَانِى اَحمَدِ
فِى لَيَالِى المَولِدِ
فِى لَيَالِى المَولِدِ
Rohatil Athyaaru Tasyduu
FIi Layaalil Mawlidi
(Burung-burung berkicau bahagia di malam kelahiran Nabi)
Wa Bariiqun Nuuri Yabdu
Min Ma'aanii Ahmadi
Fii Layaalil mawlidi
(Dan kilatan cahaya terpancar penuh makna dari Ahmad Sang Nabi di malam kelahirannya)
(Rangkap 1)
Abdullah nama ayahnya
Aminah ibundanya
Abdul Muthallib kakeknya (datuknya)
Abu Thalib pamannya (bapa saudaranya)
Khadijah istri setia
Fathimah putri tercinta
Semua bernasab mulia
Dari Quraisy ternama
Inilah kisah Sang Rasul
Yang penuh suka duka 2x
Yang penuh suka duka 2x
(Rangkap 2)
Delapan tahun usia
Kakek meninggalkannya
Abu Thalib pun menjaga
Paman paling membela
Saat kecil penggembala
Dagang saat remaja
Umur dua puluh lima
Memperistri Khadijah
Inilah kisah Sang Rasul
Yang penuh suka duka 2x
Yang penuh suka duka 2x
(Rangkap 3)
Di umur ke tiga puluh
Mempersatukan bangsa
Saat peletakan batu
Hajar Aswad mulia
Genap empat puluh tahun
Mendapatkan Risalah
Ia pun menjadi Rasul
Akhir para anbiya
Inilah kisah Sang Rasul
Yang penuh suka duka 2x
Yang penuh suka duka 2x
Record : Aplikasi Wesing
Editing video: Final Cut Pro
Editing thumbnails: Adobe Photoshop & Adobe Illustrator
Ikuti saya di social media berikut :-
Instagram : @mawardiyunus (https://www.instagram.com/mawardiyunus/)
Facebook : Mawardi Yunus (https://www.facebook.com/mawardiyunus)
Twitter : mawardiyunus (https://twitter.com/mawardiyunus)
Blog : www.mawardiyunus.com
For Business / Inquiry : mawardiyunus@gmail.com
#Selawat #KisahSangRasul #Muhammad
nama bapa nabi muhammad 在 The Helmis Youtube 的精選貼文
Ayat Cinta Dari Tuhan (Official Music Video)
The Helmis (Heliza Helmi & Hazwani Helmi)
…
Stores:
iTunes: https://itunes.apple.com/my/album/ayat-cinta-dari-tuhan-single/1454023947
Spotify: https://open.spotify.com/album/278Py4...
Deezer: https://www.deezer.com/us/album/88275382
…
Lyrics: Ayat Cinta Dari Tuhan
Darah luka membasahi hati ini
Perit tak terperi
Sepi ruang hati ini sepi
Tiada siapa memahami rasa ini
Mata tak mampu menangis lebih lagi
Lubuk luka menguasai
Letih, segala raga ku letih
Tuhan, tolong aku hilang rasa pedih
Ayat cinta dari Tuhan
Peneman sepanjang zaman
Cinta dari Tuhan
Seluas lebih dari lautan
Kau tidak keseorangan
Bacalah dengan nama Tuhan
Jawapan segala persoalan
Jatuh, kerap kali ku terjatuh, rasa pilu
Bagai tiada sinar baru
Namun, dalam sendu aku tahu
Kau setia kasihkan ku, oh Tuhan ku
Ayat cinta dari Tuhan
Peneman sepanjang zaman
Cinta dari Tuhan
Seluas lebih dari lautan
Kau tidak keseorangan
Quran setia meneman
Hadirmu, sebagai sahabat hingga hujung waktu
Namun tewas dengan nafsu
Malu, aku malu
Tuhan kau perhatikan ku
Ayat cinta dari Tuhan
Peneman sepanjang zaman
Cinta dari Tuhan
Seluas lebih dari lautan
Kau tidak keseorangan
Kau kan temui jalan
Ayat cinta dari Tuhan
Peneman sepanjang zaman
Cinta dari Tuhan
Seluas lebih dari lautan
Kau tidak keseorangan
Bacalah dengan nama Tuhan
Jawapan segala persoalan
…
Ayat Cinta Dari Tuhan
Song & Lyrics by: Hazwani Helmi
Producer: Syah Mohamed
Co-Producers: Heliza Helmi & Hazwani Helmi
Lead & Backup Vocal: Heliza Helmi & Hazwani Helmi
Song arrangement: Syah Mohamed, Heliza Helmi & Hazwani Helmi
Music Programming: Syah Mohamed
Piano: Firdaus Mahmud
Bass: Kelly
Strings arrangement: Ryo
Violin: Hendra, Yusril, Yudi, Adhitya, Herman, Vino, Pras, Bunyi
Viola: Rianty, Brama
Cello: Shanti, Yudhistira
Flute: Kiemas
Recorded at Sutera Hijau Lab by Syah Mohamed
Strings and flute recorded at Zhaurus Studio, Jakarta by Donny
Mixing & Mastering at Harem Studio by Yasin Sulaiman
Segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan baginda Nabi Muhammad saw. Syukur Ya Allah di atas ruang dan peluang untuk penghasilan Ayat Cinta Dari Tuhan ACDT. Mohon doa dari semua agar ACDT menjadi asbab dan manfaat kepada kami dan kita semua Aamiin.
Terima Kasih buat Abah Mama tersayang yang mendoakan, yang memberikan sokongan tidak berbelah bahagi, Ya Allah rahmatilah Abah Mama dan ampunilah dosa mereka, dan masukkanlah kedua Ibu Bapa kami dan kita semua ke dalam SyurgaMu tanpa hisab , satukanlah kami semua dalam SyurgaMu. Aamiin
Terima Kasih kepada seluruh Tim ACDT, Abang Syah Mohamed, Ustaz Syed Abdul Kadir AlJoofre, Faris Zulkharnane, Saiem Muhammad, Badlisyah, Ustaz Izzat, Haji Ayob.
Bagaikan mimpi sebenarnya apabila hanya kata kata menjadi satu doa yang dimaqbulkan, di mana impian nak shoot VC di Mekah Madinah Allah kabulkan. Di sini kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Haji Afiq dari Simply Umrah yang merealisasikan impian kami untuk ke Tanah Suci. Kita doakan agar Tuan Haji Afiq dan Simply Umrah dilimpahi rezeki yang barokah dan afiat dan diberikan kebahagiaan dunia akhirat.
Sudah semestinya buat kalian yang sentiasa menyokong, mendoakan tanpa jemu. Hanya Allah sahaja dapat membalas jasa baik kalian.