6 Aplikasi Yang Kami Guna di CHINA
*******
Ada enam aplikasi yang sangat berguna ketika kami bermusafir di Tanah Besar. Lebih-lebih lagi di sini, sekurang-kurangnya di wilayah Heilongjiang, hampir semua penduduk tempatan tak boleh berbahasa Inggeris.
Sebelum saya beritahu enam aplikasi ni, elok saya ceritakan tentang penggunaan Internet ketika di sini (China). Sebagai pengguna prepaid, saya telah melanggan Roam 3-Day (RM25) CHN.
Caranya, tutup mobile data sebelum meninggalkan Malaysia. Apabila tiba di China, lakukan aturan telefon dengan memilih "Mobile Network>Data Roaming>Carrier:China Mobile". Kemudian dail *128*5# dan pilih RM25 untuk 72 jam dengan jumlah data 2GB. Selepas menerima sms dari Digi, barulah aktifkan mobile data semula. Yang bagusnya, segala yang disekat seperti Facebook, Google Maps, Google, IG, semuanya boleh diakses.
Okay, sekarang tentang aplikasi.
1. Baidu Map (Peta)
Walaupun boleh buka Google Maps, tetapi dengan ketinggian tembok China, banyak jalan dan lorong yang tak dikesan Google. Di China, Baidu Map sangat berguna kerana kita boleh dapat maklumat lengkap tentang laluan bas yang mana untuk ke destinasi kita, lengkap dengan maklumat tambang dan waktu beroperasi. Segala metro, teksi dan kereta sewa, semuanya lengkap. Malangnya, bahasa dan tulisan yang digunakan hanya Mandarin. Di sinilah pentingnya aplikasi kamus.
2. Translator Huawei (Kamus)
Saya menggunakan aplikasi kamus yang hanya terdapat di Huawei. Untuk bahasa Chinese Simplified, Inggeris dan Bahasa Melayu telah siap saya muat turun ketika di Malaysia supaya ia masih boleh digunakan sewaktu tiada Internet. Bagusnya aplikasi ni, kita boleh mengambil gambar tulisan dan ia terus mengalihbahasakan daripada tulisan dalam gambar tersebut. Saya banyak gunakan kamus ini ketika snapshot peta Baidu atau mahu mencari lokasi dalam bahasa Cina untuk di 'paste' ke Baidu Map. Selain itu, kita boleh berkomunikasi dengan orang tempatan menggunakan kamus ini. Alternatif lain, boleh gunakan Google Maps atau Hanping Lite. Cuma Hanping Lite, untuk alih bahasa gambar, kita perlu membeli versi advance.
3. Trip.com.
Walaupun boleh menempah penginapan dari booking.com dan Agoda, Trip.com lebih berguna di China. Hotel yang ditawarkan lebih banyak dan digunakan secara meluas. Ketika menggunakan booking.com pada hari pertama kami di Harbin (1 Jan 2019), hotel yang ditempah tidak wujud. Kami cuba tempah hotel lain di aplikasi yang sama, jumpa hotelnya tapi kedudukan dalam peta yang disediakan jauh menyimpang dua kilometer. Trip.com adalah versi bahasa Inggeris tapi sering digunakan rakyat China sendiri. Untuk membaca review dalam bahasa Cina, boleh guna aplikasi kamus. Setakat ni, hotel yang kami tempah melalui Trip.com memang tak ada masalah, lebih murah dan bagus sekali. Contohnya hotel kami sekarang, harganya RM83 semalam. Tapi ia besar, bersih, cantik, dekat dengan bus stop serta Carrefour.
Oh ya, Trip.com boleh menyenangkan kita membeli segala tiket tren di China. Jadualnya lengkap dan boleh pilih jenis tren samada nak yang keretapi peluru atau yang biasa. Harganya pun lengkap cuma ada sedikit upah untuk pengendali. Selepas membeli, kita akan diberi kod. Kemudian kena ke kaunter tiket keretapi. Tunjukkan kod untuk tukar tiket.
4. Didi - Greater China
Aplikasi ini menggantikan Grab dan Uber. Kita cuma perlu ada akaun We Chat untuk mendaftar. Aplikasi ini versi yang ada bahasa Inggeris, malah boleh alih bahasa komunikasi antara kita dan pemandu. Boleh pilih cara bayaran juga. Kalau nak pilih kenderaan lebih mewah pun, boleh. Untuk saya, cukuplah setakat teksi dan kereta biasa. Jika pilih teksi, bayarannya mengikut meter. Seperti Grab, kita boleh tahu lokasi pemandu dan laluan yang digunakan. Nama tempat pun boleh masukkan dalam tulisan rumi. Versi China adalah Didi Yucheng.
5. We Chat
Aplikasi ini sangat berguna terutamanya apabila mahu mendaftar aplikasi di atas. Dan ia juga boleh digunakan untuk berhubung dengan pihak hotel jika perlu. Di China, mereka membayar untuk membeli belah atau tambang pun guna We Chat. Kita yang bermusafir ini hanya perlu guna sebagai akaun bagi tujuan pendaftaran aplikasi di China atau menghubungi sesiapa di sana. Jika kita guna. WiFi di China dan tak boleh nak Google, We Chat boleh dijadikan 'search engine' juga. Cuma tidaklah begitu banyak maklumatnya seperti di Google.
6. Turbo VPN
Aplikasi ini digunakan untuk menembusi laman sesawang atau aplikasi yang disekat negara China. Jika guna Wi-Fi hotel, bolehlah aktifkan Turbo VPN dan ber'whatsapp'lah sepuasnya. Setakat ni, kami tiada masalah menggunakan aplikasi ini walaupun dikatakan negara ini menyekat penggunaannya di talian.
********
Semoga maklumat yang kami kongsikan ini memberi manfaat kepada semua.
-Admin NAS-
「harbin mandarin」的推薦目錄:
- 關於harbin mandarin 在 REEF OMAR Facebook 的最讚貼文
- 關於harbin mandarin 在 Harbin Mandarin - YouTube 的評價
- 關於harbin mandarin 在 Harbin Mandarin - Facebook 的評價
- 關於harbin mandarin 在 Harbin Mandarin - Chinese Language - Pinterest 的評價
- 關於harbin mandarin 在 Harbin Mandarin YouTube Channel Analytics Report 的評價
- 關於harbin mandarin 在 Beginning Mandarin Chinese Lessons from YouTube 的評價
- 關於harbin mandarin 在 Harbin Mandarin YouTube Channel Analytics and Report 的評價
- 關於harbin mandarin 在 57 of the Best YouTube Channels for Learning Mandarin ... 的評價
harbin mandarin 在 Harbin Mandarin - Facebook 的推薦與評價
Harbin Mandarin. 7770 likes · 29 talking about this. We offer personalized one-on-one online education in Mandarin Chinese. Classes are offered via Skype. ... <看更多>
harbin mandarin 在 Harbin Mandarin - Chinese Language - Pinterest 的推薦與評價
Dec 29, 2020 - Explore Neo's board "Harbin Mandarin" on Pinterest. See more ideas about mandarin chinese learning, chinese language learning, ... ... <看更多>
harbin mandarin 在 Harbin Mandarin - YouTube 的推薦與評價
Free Mandarin Chinese lessons from harbinmandarin.com. For private one-on-one online Chinese lessons please visit www.harbinmandarin. ... <看更多>