#Repost @fynnjamal
Ramadhan Day 12 ..
・・・
lama aku renung skrin. panjang dah aku tulis-- aku padam. tulis balik. padam juga. tulis lagi. padam semula.
.
berat perkongsian ayat hari ni. untuk aku, sekurang2nya. membeban dada, menyempit rasa. terlalu risau dgn nasib diri yg entah apa sudahnya.
.
maka setelah mereka lupakan apa yg dipesan kpd mereka, kami bukakan utk mereka pintu2 kesenangan. sehingga tatkala mereka bergembira dgn apa yg diberi, kami siksa mereka dgn tiba2. maka ketika itu jadilah mereka org2 yg berputus asa.
an'am:44
.
allahu akbar.
macam konkrit hentak muka.
.
mengetahui aku bukan langsung hamba terbaik, aku sedar pembahagian masa aku hakikatnya sedikit sahaja digunakan utk mengingati الله. kalau bukan kerana solat itu wajib, tidaknya aku di hamparan sejadah.
.
tidaklah maksud aku kita perlu buang dunia-- tapi apa yg aku sendiri rasa adalah waktu aku main candy crush dan layan video2 kelakar di youtube adalah lebih lama dari berdamping dgn kalaamullah.
.
apakah aku termasuk dlm golongan yg dibahasa الله? yg berani melupakan الله sedang sebenarnya AKU lah yg sdg dilupakan dari peringatannya.
.
dan ITULAH yg lebih ngeri.
tidak mengetahui yg hakikatnya ENGKAU yg dilupakan ilahi.
.
dilalaikan dgn segala kesenangan dan keindahan. diabaikan dgn keralitan melayan dunia yang sekadarnya mempermainkan.
.
berbahagialah org2 yg dimusibah. hidupnya berjaga2. amannya berpada2. segalanya tawakkal pd yg kuasa.
.
istidraj adalah adalah kesenangan yg الله berikan kpd org2 yg jauh darinya.
.
kerana itu ada org tidak solat tp harta makin bertimbun2. ada hidup derhaka tp duit merimbun2.
.
kita sendiri--
kesenangan kita ada hari ini;
(dan aku kira selagi mana kita masih ada masa singgang, duit terluang, kesihatan cemerlang-- kita senang),
apakah berbaloi dgn ibadah2 kita selama ini?
.
berapa yakin kita ini org yg baik?
.
mereka berkata: "kami org2 berbuat kebaikan".
ingatlah. mereka itulah yg tidak baik tapi tidaklah mereka sedar.
baqarah: 12.
.
aku dah cakap dah. berat tulisan hari ni. berat sbb satu caption tak memadai.
.
beribu soalan dlm kepala.
kita hidup senang.
rezeki atau istidraj agaknya?
kita rasa baik?
atau kita tak perasan hakikatnya?
.
.
.
kau yg lupakan الله--
atau kau yg sebenarnya dilupakan?
Search